Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 3 Surah Al-Lahab Abu Lahab Bapa Neraka

Tafsir Ayat 3 Surah Al-Lahab Abu Lahab Bapa Neraka
Iklan

 

Tafsir Ayat 3 Surah Al-Lahab Abu Lahab Bapa Neraka

AYAT 3

سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ

As-Saadi

Maksudnya: Akan dikelilingi dengannya api neraka dari setiap arah.

Al-Wasit

Dan firman Allahu ta’ala:

سَيَصْلى ناراً ذاتَ لَهَبٍ

Pernyataan tentang akibat buruk yang menunggunya, selepas celaan dan ancaman ini. Maksudnya: Akan dilempar Abu Lahab ke dalam neraka yang bersangatan panasnya; memanggang muka dan tubuh badan. Dan Allah menyifatkan api dengan;

«ذات لهب»

…(yang bermaksud: yang mempunyai nyala api) untuk menambah menegaskan kaitan di antara namanya dan sikap kufurnya; kerana dia dikenali dengan Abi Lahab, dan api yang disifatkan dengannya yang mempunyai nyalaan api.

Tafsir Ayat 3 Surah Al-Lahab Abu Lahab Bapa Neraka

 

Qurtubi

Firman Allahu ta’ala:

سيصلى نارا ذات لهب

Maksudnya yang mempunyai bara dan nyala. Sesungguhnya telah lalu pada surah al-Mursalat perkataan padanya. Bacaan umum: (سيصلى) dengan baris atas pada huruf (ى). Abu Rojak al-A’masy membacanya dengan membaris depankan huruf ya’. Mahbub meriwatkannya dari Ismail dari Ibnu Kathir dan Husin dari Abi Bakar bin Asim, dan diriwayatkan dari Hassan. Dan membaca Asy-hab al-Aqili dan Abu Simal al-Adwi; (سيصلى) dengan ya’ dibariskan depan, dan ‘sad’ berbaris atas dan ‘lam’ bersabdu; dengan makna Allah akan membakarnya; dari firmanNya: (وتصلية جحيم)…

Firman Allah:

(وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ * فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيمٍ * وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ)

Maksudnya: Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, Serta bakaran api neraka.” [Surat Al-Waqi’ah 92 – 94]

Dr Hamka

Dia akan masuk api neraka. Dia kemudiannya mati sengsara karena terlalu sakit hati mendengar kekalahan kaum Quraisy dalam peperangan Badar. Dia sendiri tidak turut dalam peperangan itu. Dia hanya memberi belanja orang lain buat menggantikannya. Dengan gelisah dia menunggu berita hasil perang Badar. Dia sudah yakin Quraisy pasti menang dan kawan-kawannya akan pulang dari peperangan itu dengan gembira. Tetapi yang terjadi ialah sebaliknya. Utusan-utusan yang kembali ke Makkah lebih dahulu mengatakan mereka kalah. Tujuh puluh yang mati dan tujuh puluh pula yang tertawan. Sangatlah sakit hatinya mendengar berita itu, dia pun mati. Kekesalan dan kecewa terbayang di wajah jenazahnya.

Ke ayat 4 surah al-Lahab;

Video, Kuliah Maghrib, Bacaan Tafsir Ayat 4 (Versi 1), S Al Lahab, Kisah Isteri Abu Lahab, Siri 1, oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz

__________________________________

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment