Tafsir Al-Quran

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 1- Kisah Isteri Abu Lahab

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 1- Kisah Isteri Abu Lahab
Iklan

Tafsir Ayat 4 Surah Al Lahab Siri 1 Kisah Isteri Abu Lahab

SURAH AL-MASAD

AYAT 4

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ

As-Saadi

Dia dan isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Adalah juga bersangatan menyakiti Rasul Allah (s.a.w), bertolong-menolong dia dan isterinya di atas dosa dan permusuhan. Berbuat kejahatan. Bersegera mencapai apa yang boleh menyakiti Rasulullah (s.a.w).

Al-Wasit

Kemudian Allah (s.w.t) mengakhirkan yang demikian itu; dengan penghinaan isterinya yang bersekutu dengannya di dalam memusuhi Rasulullah (s.a.w), maka Dia berfirman:

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ، فِي جِيدِها حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ

Maksudnya: “…dan isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Pada tengkuknya, ada tali dari tali-tali yang dipintal.”

FirmanNya:

وَامْرَأَتُهُ

Maksud firman Allahu ta’ala, dia memang sebenar-benarnya, pembawa kayu api.

Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawa dia adalah membawa dengan dirinya seberkas tumbuhan berduri dan tulang ikan. Maka dia menaburkannya di malam hari di laluan Nabi (s.a.w) untuk menyakiti Nabi,

Dan sahih bahawasanya adalah apa yang dikehendaki dengan ayat ini adalah sindiran (kinayah) dari kerjanya berjalan di antara manusia dengan gosip atau berita bohong dan khabar angin yang jahat di sekitar Rasulullah (s.a.w). Maka sesungguhnya, dikatakan bagi orang yang berjalan membawa berita bohong untuk merosakkan sesama manusia, manusia yang membawa kayu api di antara manusia.

Dan sahih bahawa maksud ayat ini, pembawaannya untuk dosa dan kesalahan, dari perkataan mereka (orang-orang Arab): “Si Fulan menyalakan kayu api di belakangnya”, bila dia memenangkan dosa dan kesalahan.

Sesungguhnya Imam Ibnu Jarir telah merajihkan (mengutamakan) qaul pertama kerana dia membawa duri dan melemparkannya di laluan Nabi (s.a.w).

Tafsir Ayat 4 Surah Al-Lahab -Siri 1- Kisah Isteri Abu Lahab

Qurtubi

Firman Allah:

وامرأته …

…Ummu Jamil. Berkata Ibnul Arabi: Al-Aurak (العوراء), ibu kekejian. Berkata Ibnu Abbas, Mujahid, Qatadah dan as-Sudyi: Adalah dia berjalan dengan berita bohong di antara manusia.

Berkata Aksam bin Saifi kepada anaknya: Berhati-hatilah kamu terhadap pemberitaan bohong. Sesungguhnya ia api yang membakar. Sesungguhnya tukang fitnah itu melakukan kerjanya dalam satu jam, apa yang tidak sapat dilakukan oleh tukang sihir dalam sebulan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………..

Ke ayat 4 (Versi 2);

Video, Kuliah Maghrib, Bacaan Tafsir, Ayat 4 (Versi 2), S, Al-Lahab, Kisah Isteri Abu Lahab, Siri 2, oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz

 

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment