Uncategorized

LBGT: Munkar yang Undang Azab Jika Tidak Dihalang

 

عن أبى بکر الصديق أنهُ قال: أيُّها الناسُ إنَّكم تقرؤونَ هذهِ الآيةَ (يَا أَيُّهَا الذِينَ آَمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ) وإنِّي سمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يقولُ:
إنَّ الناسَ إذا رأواالظالمَ فلم يأخذوا على يدَيهِ أوشكَ أنيَعُمَّهُمُ اللهُ بعقابٍ منهُ

Di sana, ada sebuah hadis sahih;
Dari Abu Bakar As-Siddiq, dia berkata: Wahai manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini: “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya)”, dan sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sekelian manusia apabila melihat seorang yang zalim, maka tidak ditegah mereka itu akan apa-apa yang diperbuat oleh si zalim itu, nescaya hampirlah Allah meratakan azab mereka dengan azab daripadaNya.
Hadis di atas menyatakan bahawa azab Allah akan turun jika kemungkaran tidak dicegah; dan kemungkaran itu adalah segala perkara yang dilarang syari’at. Maka segala mungkar itu, termasuk LGBT jika dibiarkan atau didiamkan orang-orang memperbuatnya, tidak dilarang, tidak dinasihatkan oleh ulama dan orang-orang yang berkuasa nescaya berhak Allah menurunkan azabNya di dunia ini…
Kita janganlah tersalah faham bahawa apabila kita berbuat taat seorang diri, dan tiada perdulikan orang lain, maka kita sudah boleh lepas daripada siksaan Allah. Bahkan hendaklah jaga-jaga, di sana masih ada lagi kewajipan di atas batang leher kita; iaitu apabila ada kuasa melarang orang berbuat maksiat, maka tiada kita larang, nescaya umum turun azab atas semua yang berbuat taat dan yang berbuat maksiat.
Umpamanya dalam hal zina, kita katakan bahawa itu dosa di antara pelaku dengan Allah dan kita tidak ada hak untuk mencegahnya atau menghalangnya. Itu pilihan dia. Ini pemahaman yang salah di sisi syara’. Begitu juga dengan perbuatan berduaan lelaki dan perempuan yang ajnabi ditempat tertutup yang kononnya di anggap sebagai hak peribadi juga adalah suatu fahaman yang salah di sisi syara’. Jika mereka berdua-duaan tanpa pengetahuan kita, itu suatu hal yang berbeza. Memang kita dilarang untuk mengintip dan seumpamanya. Namun jika kita nampak; atau melihat; atau mengetahui lelaki dan perempuan berduaan yang ajnabi ditempat tertutup, maka kita wajib mencegahnya. Itu, boleh membawa kepada zina. Bila kita mengetahuinya maka kita wajib menghalangnya daripada berlaku.
Hadis di atas juga menegaskan bahawa negara yang penuh dengan maksiat dan segala perbuatan yang keji; seumpama kegiatan LGBT menjadi keutamaan untuk turunnya bala Allah jika tidak ada usaha menegah dan melarang dengan sebenarnya.
Hadis di atas menegaskan bahawa maksiat, termasuk maksiat LGBT, tidak boleh di diamkan, terutamanya bagi pemerintah-pemerintah muslim yang ada kekuasaan di dalam tangannya dan ulama juga berperanan untuk memberi rasa takut dan nasihat.
Sesungguhnya zaman kita ini, zaman yang sehabis-habis banyak perbuatan-perbuatan larangan syara’ itu berlaku di merata negara yang kepada para ulamak dan pemerintah muslimin disuruh syara’ untuk melarang dan mencegahnya.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment