Hadis Rasulullah (s.a.w) Tafsir Al-Quran

Berjalan di atas wajah (BM J22 H87)

Hadis Sahih Himpunan Imam Turmuzi (Bahrul Mazi Jilid 22 Hadis 87)

يُحشَرُ النَّاسُ يومَ القيامةِ ثلاثةَ أصنافٍ: صنفًا مشاةً، وصنفًا رُكبانًا، وصنفًا على وجوهِهم، قيلَ: يا رسولَ اللهِ، وَكيفَ يمشونَ على وجوهِهِم ؟ قالَ: إنَّ الَّذي أمشاهم علىأقدامِهم قادرٌ على أن يمشيَهم على وجوهِهم، أما إنَّهم يتَّقونَ(٢) بوجوهِهم كلَّ حدَبٍ(١) وشوْكَةٍ

الراوي:أبو هريرة المحدث:الترمذي المصدر:سنن الترمذي الجزء أو الصفحة:3142 حكم المحدث:حسن

…………………………………….
(1) Bonggol
(2) Memelihara
…………………………………….

Berjalan dengan muka pada hari qiyamat, satu perkara wajib atas muslimin beri’tiqad dengan dia kerana terang nasnya di dalam al-Quran.

Firman Allah

وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِهِ ۖ وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا ۖ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَاهُمْ سَعِيرً

[Surat Al-Isra’ 97]

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.

Maka sifat berjalannya itu terpulang kepada Allah yang menjadikannya; merayap semacam ular merayap dengan perut, berjalan dengan melompat semacam gagak.

Pada waktu itu, muka menggantikan tangan kerana Allah menambahkan hinanya dan memaksakan dia menolakkan mudharat dengan mukanya sebagaimana adat; iaitu tangan dan kaki menolakkan mudharat. Maka di akhirat kelak Allah menjadikan muka itu menempati kerja tangan dan kaki supaya bertambah-tambah hinanya.

………………………….

Dalam ayat 97, surah al-Isra’, di atas;

Allah menerangkan gambaran yang mengerikan yang dihimpunkan ke atasnya orang-orang yang sesat pada hari qiyamat.

Kami mengumpulkan orang-orang yang sesat itu pada hari qiyamat, ketika mereka bangun dari kubur mereka. Kami jadikan mereka dengan kekuasaan Kami, berjalan di atas muka mereka, atau ditarik ke atasnya, sebagai penghinaan untuk mereka dan penyiksaan. Adalah mereka di dalam keadaan ini buta, bisu dan pekak.

Berkata al-Alusi apa yang ringkasannya:

نَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيامَةِ عَلى وُجُوهِهِمْ

Samada berjalan, dengan merangkak dua bahu di atasnya. Menyaksikan untuknya, apa yang mengeluarkannya oleh Asy-Syaikhan dan selain keduanya dari Anas berkata; dikatakan kepada Rasulullah (s.a.w): Bagaimana dihimpunkan manusia atas muka mereka? Baginda bersabda: Yang menjalankan mereka atas kaki mereka, berkuasa menjalankan mereka di atas muka mereka.

Adapun perkataan سحبا dari perkataan يسحبون membawa maksud malaikat mengheret mereka di atas bahu. Sebagaimana firman Allah:

يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلى وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ

Menyaksikan baginya apa yang mengeluarkannya oleh Ahmad, Nasa’ie dan Hakim – dan mereka mensahihkannya – dari Abi Zarr bahawa dia membaca ayat ini;

وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيامَةِ عَلى وُجُوهِهِمْ

Maka dia berkata: menyebutkan kepada ku Orang yang benar lagi dibenarkan s.a.w. bahawa manusia dihimpunkan pada hari qiyamat di atas tiga kumpulan; kumpulan penunggang, kumpulan yang berjalan dan kumpulan yang diheret malaikat di atas muka mereka.

Dan yang benar adalah dua perkara dari semua keadaan: Pertama: Ketika mereka berhimpun dan sebelum mereka masuk ke neraka, dan kedua ketika mereka masuk ke dalamnya. Kemudian dia berkata: Mendakwa sebahagian dari mereka bahawa perkataan di atas dasar perumpamaan.

Bagaimana hendak menyeimbangkan di antara ayat ini yang mensabitkan bagi mereka yang sesat itu di hari perhimpunan bahawa mereka itu buta, bisu dan pekak, dan di antara ayat-ayat lain yang mensabitkan bagi mereka pada hari ini dengan kebolehan melihat, bercakap dan mendengar, sebagai mana di dalam firmanNya;

وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ

Dan sebagaimana dalam firmanNya;

دَعَوْا هُنالِكَ ثُبُوراً

Menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu)

Dan sebagaimana dalam firmanNya Azza wa Jalla;

سَمِعُوا لَها تَغَيُّظاً وَزَفِيراً؟

Mereka mendengar suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh

Jawapan: Bahawa yang dikehendakki dalam ayat di sini bahawa mereka dihimpun buta tidak melihat apa yang dapat memudahkan mereka, bisu tidak dapat bercakap dengan hujjah yang memberi manfaat kepada mereka dan pekak tidak dapat mendengar apa yang menyenangkan hati mereka.

Atau pun bahawa mereka dihimpunkan sebagai yang demikian itu, kemudian dikembalikan bagi mereka deria-deria mereka selepas itu ketika proses penghisaban dan ketika mereka memasuki neraka.

Atau bahawa mereka ketika apa yang mereka dihimpun pada hari qiyamat, mereka melihat apa yang mereka lihat dari kengerian-kengerian, jadilah keadaan mereka umpama keadaan buta, bisu dan pekak kerana besarnya kebingungan mereka, ketakutan yang bersangatan dan lama tercengang.

Kemudian Allah menerangkan tempat mereka dihantar selepas perhimpunan dan penghisaban. FirmanNya:

مَأْواهُمْ جَهَنَّمُ كُلَّما خَبَتْ زِدْناهُمْ سَعِيراً

Dan makna خبت ; tenang nyalaan apinya. Bahawa tempat pulang, tempat tinggal dan tempat menetap mereka yang berdosa itu adalah neraka Jahannam. Setiap kali tenang nyalaan api dengan bahawa memakan kulit-kulit dan daging-daging mereka, kami tingkatkan nyalaan, dengan menggantikan kulit-kulit dan daging-daging mereka dengan kulit dan daging yang lain.

Maka kembalilah api sebagaimana keadaan sebelumnya dalam keadaan radang dan dahsyat.

Pudar dan tenangnya api tidak mengurangkan sesuatu pun dari azab mereka. Atas yang demikian itu maka tiadalah percanggahan di antara ayat ini dan antara firmanNya Azza wa Jalla;

خالِدِينَ فِيها لا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُون

Dan apa yang ada di dalam ayat ini iaitu azab untuk orang-orang kafir mengerikan dan menggetarkan dari gambarannya akan hati dan perasaan. Bermohon kepada Allah dengan kelebihannya dan rahmatNya bahawa menjauhkan kita dari kesudahan atau ketentuan yang menyakitkan ini.

______________________________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576 / Maybank – 164799034703

Berjalan di atas wajah (BM J22 H87)

 

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment