AL-MAIDAH
AYAT 2
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Tafsir As-Saadi:-
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”
Perkataan ‘Al-Bir’ maknanya; Kerja-kerja mengembangkan kebaikan dan suatu pekerjaan yang dapat membekalkan kebaikan kepada manusia.
Perkataan ‘Taqwa’; penapisan hati dan penyuciannya serta menjauhkannya dari setiap apa yang ditegah Allah.
Berkata Qurtubi: Berkata Mawardi: Allah menghukumkan sunat kepada perkerjaan menolong dengan kebaikan, dan menggandingkannya dengan taqwa kerana pada taqwa ada redha Allah, dan pada ‘al-bir’ ada redha manusia. Siapa yang memghimpunkan redha Allah dan manusia maka sempurnalah kebahagiaan dan meratalah nikmatnya.
‘Al-Udwan’; pelanggar batas yang diperintahkan syariat, agar manusia berhenti padanya.
Maksud ayat: Bertolong menolonglah – wahai orang-orang yang beriman – ke atas setiap apa yang ianya adalah kebaikan, ‘bir’ dan taat kepada Allah Ta’ala. Dan janganlah bertolongan di atas melakukan dosa dan janganlah juga bertolongan di dalam perbuatan menyerang ke atas batas-batasnya. Sesungguhnya, bertolongan ke atas ketaatan dan kebaikkan membawa kepada kebahagiaan. Adapun bertolongan ke atas apa yang dimurkai Allah membawa kepada kecelakaan.
Hasil kefahaman dari ayat yang mulia ini, warid hadis-hadis yang banyak, darinya apa yang meriwayatkannya akan Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari berkata:
جاء رجل إلى النبي صلّى الله عليه وسلّم فقال: يا رسول الله إنى أبدع بي- أى: هلكت دابتي التي أركبها- فاحملني
“Datang seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w) maka dia berkata: Sesungguhnya telah binasa tunggangan yang aku menungganngnya – maka bawakan kepada aku.”
فقال: «ما عندي».
Bersabda Nabi: “Tiada di sisi ku.”
فقال رجل: يا رسول الله، أنا أدله على من يحمله
Berkata seorang lelaki: “Ya Rasulullah, aku tunjukkan dia kepada siapa yang boleh memberikan kepadanya.”
فقال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: «من دل على خير فله مثل أجر فاعله»
Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”
Dan riwayat Imam Muslim – juga – dari Abi Hurairah berkata:
قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: «من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا.
Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa yang menunjukkan kepada hidayah adalah baginya pahala seperti pahala siapa yang mengikutnya tidak kurang pahala itu dari pahala mereka sedikit pun.”
ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من تبعه. لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا».
“…Siapa yang menunjuk kepada kesesatan adalah ke atasnya dari dosa seperti dosa orang yang mengikutnya. Tidak kurang itu dari dosa-dosa mereka sedikit pun.”
Firman Allah ta’ala;
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقابِ
“Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
Tujuan penghujung ayat ini adalah untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang bertolongan di atas dosa dan permusuhan. Maksudnya: Takutlah kamu kepada Allah – wahai manusia – takutilah Dia pada apa yang Dia perintahkan dan apa yang Dia tegah kepada kamu, sesungguhnya Dia itu amat pedih hukumannya bagi mereka yang menyanggahi perintahnya, dan menyimpang dari jalanNya yang lurus.
Dengan yang demikian itu, ayat yang mulia ini sesungguhnya mencegah orang-orang yang beriman dari menjadikan halal apa yang diharamkan Allah ke atas mereka dari apa-apa yang telah diharamkannya, dan dari prejudis dengan sesuatu dari hukum-hakamnya, sebagaimana menegah mereka dari memeranginya.
Ayat ini juga memerintahkan mereka bertolongan di atas kerja kebaikan yang memberi manfaat kepada mereka dan kepada selain mereka; dan bertolongan di atas apa yang menyampaikan mereka kepada taat kepadanya dan pahala yang baik, dan jangan bertolongan di atas pekerjaan yang menjadikan pembuatnya berdosa, dan melanggar batasan Allah dengan memusuhi ke atas selain mereka. Kemudian memberi mereka amaran pada kesudahannya dari hukuman balas yang bersangatan kerasnya yang Allah turunkan debgan setiap orang yang mendehakainya dan berpaling dari petunjuknya.
Tafsir Al-Wasit Li Tantawi:-
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى ْ}
Maksudnya: “Hendaklah menolong sesama kamu di atas kebaikan”. ‘Al-Bir’: nama yang menghimpunkan apa yang dicintai dan diredhai Allah dari pekerjaan zahir dan batin dari hak-hak Allah dan hak-hak anak Adam. ‘Taqwa’ dalam tajuk ini: nama yang menghimpunkan setiap usaha meninggalkan setiap apa yang dibenci Allah dan Rasulnya dari pekerjaan zahir dan batin; setiap pekerti dari pekerti-pekerti yang baik, yang diperintahkan melakukannya; atau perangai dari perangai-perangai yang jahat, yang diperintahkan meninggalkannya. Maka sesungguhnya seseorang hamba itu diperintahkan melakukannya dengan dirinya, dan dengan menolong selainnya dari saudara-saudaranya yang mukmin ke atasnya, dengan setiap perkataan yang membangkitkan ke atasnya dan yang memotivasikannya, dan setiap perbuatan seumpama itu.
{ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ ْ}
Dan ia adalah memberi dorongan ke arah maksiat yang menjadikan berdosa orang yang melakukannya, dan (dosa itu juga adalah perbuatan yang) memalukan.
{ وَالْعُدْوَانِ ْ}
Dan ia adalah perbuatan melampau ke atas makhluk pada darah dan harta. Maka setiap maksiat dan kezaliman wajib ke atas setiap hamba menahan diri darinya, kemudian menolong selainnya dalam meninggalkannya.
{ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ْ}
Ke atas sesiapa yang memaksiatinya, berani ke atas apa yang diharamkannya, maka berhati-hatilah terhadap perkara yang diharamkan jangan-jangan menghalalkan dengan kamu akibatnya yang sekarang dan akan datang.
Tafsir Ibnu Kasir:-
( وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان )
Allah ta’ala memerintahkan hambaNya yang beriman dengan bertolongan di atas pekerjaan yang baik, dan itu adalah ‘al-bir’; dan meninggalkan kemungkaran dan itu taqwa. Dan mencegah mereka dari bertolongan di dalam perkara batil; dan bertolongan di atas dosa dan perkara-perkara yang diharamkan.
Berkata Ibnu Jarir: ‘الإثم’: meninggalkan apa yang Allah perintahkan supaya melakukannya.
Perkataan ‘العدوان’: melanggar apa yang Allah bataskan dalam agama kamu, dan melanggar apa yang Allah fardhukan ke atas kamu pada diri kamu dan pada diri selain kamu.
وقد قال الإمام أحمد : حدثنا هشيم حدثنا عبيد الله بن أبي بكر بن أنس ، عن جده أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” انصر أخاك ظالما أو مظلوما ” . قيل : يا رسول الله ، هذا نصرته مظلوما ، فكيف أنصره إذا كان ظالما؟
قال : ” تحجزه تمنعه فإن ذلك نصره”.
Rasul Allah bersabda: “Kamu mencegahnya, maka sesungguhnya itulah kamu menolongnya.”
انفرد به البخاري من حديث هشيم به نحوه ، وأخرجاه من طريق ثابت عن أنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” انصر أخاك ظالما أو مظلوما ” . قيل : يا رسول الله ، هذا نصرته مظلوما ، فكيف أنصره ظالما؟ قال :” تمنعه من الظلم ، فذاك نصرك إياه ” .
وقال الإمام أحمد : حدثنا يزيد حدثنا سفيان بن سعيد ، عن يحيى بن وثاب ، عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” المؤمن الذي يخالط الناس ويصبر على أذاهم ، أعظم أجرا من الذي لا يخالط الناس ولا يصبر على أذاهم ” .
وقد رواه أحمد أيضا في مسند عبد الله بن عمر : حدثنا حجاج حدثنا شعبة عن الأعمش عن يحيى بن وثاب ، عن شيخ من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ، [ قال الأعمش : هو ابن عمر ، عن النبي صلى الله عليه وسلم ] أنه قال : ” المؤمن الذي يخالط الناس ويصبر على أذاهم ، خير من الذي لا يخالطهم ولا يصبر على أذاهم ” .
وهكذا رواه الترمذي من حديث شعبة وابن ماجه من طريق إسحاق بن يوسف ، كلاهما عن الأعمش به .
وقال الحافظ أبو بكر البزار : حدثنا إبراهيم بن عبد الله بن محمد أبو شيبة الكوفي ، حدثنا بكر بن عبد الرحمن ، حدثنا عيسى بن المختار ، عن ابن أبي ليلى ، عن فضيل بن عمرو ، عن أبي وائل ، عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” الدال على الخير كفاعله ” . ثم قال : لا نعلمه يروى إلا بهذا الإسناد .
قلت : وله شاهد في الصحيح : ” من دعا إلى هدي كان له من الأجر مثل أجور من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا ، ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا ” .
وقال أبو القاسم الطبراني : حدثنا عمرو بن إسحاق بن إبراهيم بن العلاء بن زبريق الحمصي ، حدثنا أبي ، حدثنا عمرو بن الحارث ، عن عبد الله بن سالم ، عن الزبيدي قال عباس بن يونس : إن أبا الحسن نمران بن مخمر حدثه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ” من مشى مع ظالم ليعينه ، وهو يعلم أنه ظالم ، فقد خرج من الإسلام ” .
Bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa 1