Pengalaman

Bulan Madu Di Hospital Serdang 2

Semenjak itu, saya memanggilnya ‘Bid’…

Bulan Madu Di Hospital Serdang 2

Pagi itu, wajahnya agak redup. Gabungan dari rasa kepenatan dan rasa kebimbangan agaknya. Bimbang akan perjalanan hidup kami sekeluarga yang tentunya menghadapi perubahan sementara, kalau bukan pun perubahan kekal. Tentunya untuk tempoh tertentu, aktiviti mengajar saya tergendala untuk beberapa bulan. Bagaimana sara hidup kami? Saya yang bekerja sendiri dan tidak makan gaji. Cuti, bermakna kosong. Tiada apa-apa. Sedangkan sumber keluarga, hanya datang dari sumber yang satu itu. Namun disebalik redup wajahnya itu, ada bayang-bayang cahaya. Ilmu yang diperolehinya dari program-program usrah, kuliah, ceramah dan program-program seumpamanya; yang dicarinya selama ini; dan juga pengalaman hidup yang telah dilaluinya bersama saya; membina suatu kesimpulan aqidah yang menguatkan diri. Saya percaya keyakinan itu akan menggantikan redupan diwajahnya kepada cahaya yang terang benderang. Redupan itu pastinya akan beralih kepada senyuman yang penuh bercahaya dan berseri-seri.

Waktu itu, saya juga turut menumpang teduh di bawah redup wajahnya itu. Wajahnya yang umpama pohon rendang, tempat saya tumpang berlindung dari kehangatan yang menyengat. Di sudut lain, wajahnya umpama lampu pelita yang melaluinya saya cuba mencari-cari laluan yang boleh ditempuh.

Saya di bawa ke wad 7B. Sebenarnya, ini wad untuk pesakit-pesakit perempuan. Namun kerana wad 7E; wad yang sebenarnya untuk pesakit lelaki telah penuh, maka satu bahagian dari wad 7B itu, disediakan untuk pesakit lelaki.

Sekali lagi, saya bergelut dengan rasa sakit ketika dipindahkan ke katil yang berada di dalam wad itu. Bagaimanalah tenaga dua orang nurse dan isteri saya; yang ketiga-tiganya perempuan, dapat lakukan untuk pemindahan katil saya itu. Tubuh saya, digelunsurkan dengan menggunakan sebuah papan yang khas dari katil sebelum ke katil baru. Cara itu dapat mengurangkan kesakitan saya hadapi dalam proses pemindahan itu. Kemudian, sebagaimana yang telah disebutkan sebelum, pemberat seberat 4.75 kilogram digantungkan kepada tali yang telah dipasangkan ke kaki saya sebelum ini.

Ruangan wad itu, terbuka. Saya sedar, selain saya ada seorang lagi pesakit lelaki berada diruangan yang sama. Namun, tiada kelihatan pula sesiapa yang sedang menemaninya.

Dalam cahaya yang samar-samar itu, isteri saya membincangkan kegusaran hatinya kepada saya. Dia mengharapkan ruang katil yang boleh didindingi dengan langsir. Namun, katil saya berada di dalam ruangan yang terbuka. Bagaimana jika saya hendak membuang air kecil, apatah lagi air besar? Bagaimana pula, isteri saya hendak bersolat dan menjaga auratnya kerana keadaan seperti itu akan menjadikan dia mesti bertudung, setiap masa, walau pun sewaktu tidur?

Isteri saya mengemukajan persoalan-persoalan tersebut kepada nurse yang bertugas. Jawabnya, jika saya hendak buang air, saya boleh di bawa ke bilik khas. Namun, tiada penyelesaian yang memuaskan bagi persoalan yang selebihnya.

Kasihan isteri saya berusaha membengkokkan badannya untuk cuba melelapkan matanya, di kerusi yang disediakan disebelah katil. Mata saya pula, bergilir di antara tidur dan jaga. Kepenatan, mungkin menyebabkan saya mampu terlelap. Namun kesakitan yang ditanggung, mungkin menyebabkan saya kerap terjaga.

Sedarnya, isteri mengejutkan saya untuk di’wudhu’kan. “Subuh dah masuk,” katanya.

Selepas subuh, isteri saya mendapat berita yang melegakan. Saya akan dipindahkan ke wad 7B, bilik 5. Ada empat pesakit dalam satu bilik dan setiap katil ada kain langsir untuk menjadi dinding bila perlu. Terutamanya waktu tidur.

Rupa-rupanya, nurse yang bertugas, perihatin di atas permasalahan isteri saya. Dia lantas bertanya kekosongan di wad 7E. Sesudah solat subuh, katil saya ditolak ke wad 7E, bilik 5 itu.

TONTON VIDEO BIDADARI SYURGA – KLIK

Bulan Madu Di Hospital Serdang 2

(Bersambung…)

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment