Sirah Nabi Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Al-Kahfi

Kisah Musa & Khadhir (3)

[Surah Al-Kahfi: Ayat 63 hingga 65]

Kisah Musa & Khadhir (3)

Kisah Musa & Khadhir (3)

Berkata kepada Musa (a.s) akan budak pembantunya itu: ‘‘Tahukah kamu ketika kita berehat di batu, maka aku terlupa tentang ikan.’’ (Ayat 63)

Di dalam ayat ini, budak pembantu Musa (a.s); yang menurut sebahagian ulamak tafsir adalah Yusya’, menerangkan kepada Nabi Musa (a.s); dengan katanya: “Adakah kamu mengetahui, ketika kita berteduh waktu malam di batu (yang di ketahui oleh kedua-duanya), maka aku terlupakan tentang ikan dan tidak aku terlupakannya melainkan kerana syaitan. Ikan itu telah dipukul air laut dan masuk ke dalamnya dan adalah yang demikian itu sangat ajaib.

Berkata para penafsir: Adalah yang demikian itu, ada semacam saluran atau longkang yang menjadi laluan bagi ikan. Bagi Musa dan bagi budak itu, suatu keajaiban. Maka ketika berkata seperti yang demikian ini kepada Musa (a.s.) oleh budaknya itu, telah ada di sisi Musa (a.s) janji dari Allah bahawasanya apabila hilang ikan, di situlah tempat adanya Khadhir.

“Maka berkata Musa: Itulah apa yang kita cari.” (Ayat 64)

As-Sa’adi, di dalam menafsirkan ayat yang ke 64 ini;

قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ ۚ

Mengertikan dengan: “Itulah (tempat di mana berlakunya peristiwa kehilangan ikan), apa yang kita mahukan…”

فَارْتَدَّا

Maksudnya: “Maka hendaklah kita berdua kembali ke gua itu…”

عَلَىٰ آثَارِهِمَا قَصَصًا (64)

Maksudnya; “…dengan mengikuti bekas atau jejak keduanya ke tempat yang mereka telah lupa tentang ikan itu. Maka ketika keduanya sampai kepadanya…..

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا . . .

As-Sa’adi, di dalam mengulas tentang frasa ini ada menyebutkan; Maka mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba kami, dan dia adalah Khadhir, dan adalah dia hamba yang soleh, bukan nabi, di atas pendapat yang soheh.

. . . آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا . . .

Maksudnya; Allah mengurniakan kepadanya, yakni Khadir; rahmat yang khusus dengannya, menambah ilmunya dan membaguskan ilmunya…

. . . وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا (65)

Menurut As-Sa’adi, frasa ini bermaksud: “Dan kami ajarkannya dari sisi kami, ilmu. Dan adalah sesungguhnya Allah telah memberinya ilmu dari apa yang tidak diberikan kepada Musa (a.s). Sesungguhnya adalah Nabi Musa (a.s) itu lebih mengetahui darinya dengan lebih banyak, khususnya di dalam ilmu keimanan, ilmu usul; kerana dia adalah dari kalangan nabi-nabi Ulul Azmi dari seluruh rasul-rasul yang Allah melebihkan mereka di atas yang nabi yang lain-lain; dengan ilmu, amal dan seumpamanya. Maka ketika bertemu denganya Musa, dia berkata baginya di atas wajah adab dan musyawarah.

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ . . .

As-Sa’adi, mengertikan frasa ini dengan; Musa (a.s) berkata kepadanya (Khadhir);

. . . هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66)

Maksudnya: “Adakah (boleh) aku mengikut kamu supaya engkau mengajar aku dari apa yang Allah mengajar engkau akannya? Apa yang dengannya aku terpandu dan mendapat hidayah; aku mengenal dengannya kebenaran. Adalah Khadhir, Allah memberinya dari ilham dan karamah, apa yang dengannya berhasil baginya maklumat (informasi) ke atas sumber dalaman yang banyak dari sesuatu yang tersembunyi, sehingga ke atas Musa (a.s) sendiri pun.

Manakala al-Wasit Li Tatawi pula menyebut: Berkata Musa (a.s.) kepada Khadhir (a.s), selepas mereka bertemu: ‘‘Bolehkah aku mengikut engkau?’’ Dalam erti kata lain: Bolehkah izinkan aku untuk bersahabat dengan engkau dan meng-ikuti engkau; dengan tujuan bahawa engkau mengajar aku dari ilmu yang Allah hanya ajarkan kepada engkau sahaja. Sesuatu yang aku mendapat panduan dengannya di dalam kehidupan ku; dan aku beroleh dengannya kebaikan dalam agama ku.

Kamu melihat bahawa Musa (a.s), sesungguhnya berlindung di dalam pertuturannya kepada Khadhir dengan warna adab yang tertinggi, sesuai dengan akhlak nabi-nabi (a.s.s); di mana dia bertutur dengannya dengan pendekatan pertanyaan yang menunjukkan ke atas kesopanan. Dia menurunkan dirinya kepada status murid dari guru, di mana dia meminta izinnya pada menjadi pengikut atau muridnya, untuk belajar darinya kebenaran dan kebaikan.

Al-Wasit juga menyebutkan bahawa berkata sebahagian ulamak: Di dalam ayat ini, dalil ke atas bahawasanya murid mengikut guru. Di sana, jangan kita berfikir bahawa pada pembelajaran Musa (a.s) dari Khadhir tidak menunjukkan ke atas bahawasanya Khadhir adalah lebih afdhal dari Musa. Apa yang ditunjukkan melaluinya adalah bahawa, orang yang mempunyai ilmu dan kelebihan, mengambil ilmu dan kelebihan dari orang yang mempunyai ilmu dan kelebihan juga. Apabila Allah ta’ala mengkhususkan salah seorang dari keduanya dengan ilmu yang tidak mengetahui oleh yang lain, maka sesungguhnya adalah ilmu Musa (a.s) berkaitan dengan hukum syari’at pada zahirnya, manakala ilmu Khadhir berkaitan dengan sebahagian perkara yang ghaib dan pengetahuan dalaman.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment