Sirah Nabi Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Al-Kahfi

Kisah Musa & Khidir (5) Al-Kahfi 70

قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (70)

Kemudian berkata kepada Musa, Khidhir: jangan dimulai dengan soalan dari engkau dan penyangkalan sehingga aku menerangkan kepada engkau perkaranya pada waktu yang patut. Maka khidir menegah musa menyoal dan berjanji akan menjelaskan kebenaran perkara.

Di sini al-Quran menceritakan bahawa khidir mempertegaskan apa yang telah disebutkan sebelumnya oleh Musa. Menjelaskan syarat-syarat, apabila mahu bersahabat dengannya. Jika Musa melihat dari Khidhir perbuatan-perbuatan yang menimbulkan tanda tanya kerana zahirnya kontra dengan kebenaran, maka janganlah Musa keberatan ke atasnya dan janganlah Musa mendebatinya padanya, bahkan biarkan dia sehingga dia menerangkan pada waktu yang sesuai. Hingga dia yang menafsirkan kepada Musa.

Mereka berkata: Ini adalah dari Khidihir, mendisplinkan dan memberi panduan apa yang diperlukan untuk mengekalkan persahabatan. Maka, jika Musa bersabar dan berdisiplin, nescaya dia akan melihat keajaiban. Kemudian as-Surah menceritakan, selepas tiga peristiwa yang dilakukan oleh Khidhir, tetapi Musa tidaj bersabar. Bahkan dia membantah dan mendebatkan.

( قال فإن اتبعتني فلا تسألني عن شيء )

Khidhir berkata: “Maka jika engkau mahu mengikutiku, maka jangan mendahului bertanya kepada aku sesuatu pun…

( حتى أحدث لك منه ذكرا )

Sehingga aku yang mendahului kamu, sebelum kamu bertanya.

Berkata Ibnu Jarir:

حدثنا ابن حميد ، حدثنا يعقوب ، عن هارون بن عنترة ، عن أبيه، عن ابن عباس قال : سأل موسى ربه – عز وجل – فقال : رب ، أي عبادك أحب إليك ؟ قال : الذي يذكرني ولا ينساني .

Dari Ibni Abbas, dia berkata: Musa bertanya kepada Tuhannya Azza wa Jalla, maka katanya: “Tuhan, Hamba Engkau yang manakah Engkau sukai?” Tuhan berfirman: “Yang mengingatiku dan tidak melupakan aku.”

قال فأي عبادك أقضى ؟ قال : الذي يقضي بالحق ولا يتبع الهوى .

Musa bertanya: “Hamba bagaimanakah yang Engkau mahukan?” Tuhan berfirman: “Hamba yang berhukum dengan kebenaran dan tidak mengikut hawa nafsu.”

قال أي رب ، أي عبادك أعلم ؟ قال الذي يبتغي علم الناس إلى علمه ، عسى أن يصيب كلمة تهديه إلى هدى أو ترده عن ردى .

Musa bertanya: “Hamba Mu yang manakah yang lebih mengetahui?” Tuhan berfirman: “Hamba yang menjadikan ilmu orang lain sebagai ilmunya, mungkin bahawa menjangkiti kalimah yang memandunya kepada petunjuk.

قال : أي رب هل في أرضك أحد أعلم مني ؟ قال : نعم .

Musa bertanya: “Tuhan, adakah di bumi engkau ini seseorang yang lebih mengetahui dari ku?” Tuhan berfirman: “Ya.”

قال : فمن هو ؟ قال الخضر .

Musa bertanya: “Siapakah dia?” Tuhan berfirman: “Khidhir.”

قال : فأين أطلبه ؟ قال على الساحل عند الصخرة ، التي ينفلت عندها الحوت .

Musa bertanya: “Di mana aku nak mencarinya?” Tuhan berfirman: “Di pantai, di batu; yang tercicir ikan padanya.”

قال : فخرج موسى يطلبه ، حتى كان ما ذكر الله ، وانتهى موسى إليه عند الصخرة ، فسلم كل واحد منهما على صاحبه .

Maka keluarlah Musa mencarinya, sehingga berlakulah apa yang Allah sebutkan, berhenti Musa kepadanya di batu, maka memberi salam setiap seorang dari ke duanya ke atas sahabatnya.

فقال له موسى : إني أريد أن تصحبني قال إنك لن تطيق صحبتي .

Berkata kepadanya Musa: “Sesungguhnya aku mahu engkau bersahabat dengan ku.” Jawab Khidhir: “Sesungguhnya engkau tidak sekali-kali akan mampu untuk bersahabat dengan ku.”

قال : بلى. قال : فإن صحبتني ( فلا تسألني عن شيء حتى أحدث لك منه ذكرا )

Berkata Musa: “Ya.” Berkata Khidhir: “Jika engkau ingin bersahabat dengan ku, (maka jangan tanya aku dari sesuatu sehingga aku menceritakan halnya kepada engkau).”

قال : فسار به في البحر حتى انتهى إلى مجمع البحور ، وليس في الأرض مكان أكثر ماء منه.

Bersabda Rasulullah: Musa (a.s) pergi dengannya dilaut hingga berhenti dipertemuan laut. Bukanlah di bumi tempat yang lebih banyak air darinya.

قال : وبعث الله الخطاف، فجعل يستقي منه بمنقاره،

Bersabda Rasulullah: Allah mengutuskan seekor burung, maka menjadikan ia minum darinya dengan paruhnya.

فقال لموسى : كم ترى هذا الخطاف رزأ من هذا الماء ؟

Berkata Khidhir kepada Musa: “Berapakah banyakkah kamu lihat burung ini mengurangkan dari air ini?”

قال : ما أقل ما رزأ!

Berkata Musa: Tidak sedikitpun, tidak berkurang!

قال : يا موسى فإن علمي وعلمك في علم الله كقدر ما استقى هذا الخطاف من هذا الماء .

Berkata Khidhir kepada Musa: “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu aku dan kamu pada ilmu Allah sekadar apacyang telah diminum burung ini dari air.”

وكان موسى قد حدث نفسه أنه ليس أحد أعلم منه، أو تكلم به، فمن ثم أمر أن يأتي الخضر.

Adalah Musa pernah berkata dirinya bahawasabya tiadalah seorang pun yang lebih mengetahui darinya; kemudian dia mendatangi Khidhir.

وذكر تمام الحديث في خرق السفينة، وقتل الغلام، وإصلاح الجدار ، وتفسيره له ذلك.

Hadis disempurnakan dengan peristiwa melubangi kapal, pembunuhan budak, membaik-pulih dinding dan tafdiran baginya yang demikian itu.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment