Fikrah Haraki Politik

UG: Fitnah yang diterbitkan…

Mereka yang menyebarkan fitnah keji terhadap Tuan Guru Haji Abdul Hadi, khususnya dan PAS amnya; sebenarnya terdiri dari suatu pasukan yang punya tujuan yang keji; yang bekerjasama atas menerbitkannya. Mereka, bahu-membahu menyusun fitnah yang menjadi sumbu kepada desas-desus politik untuk memperlihatkannya sebagai cerita benar, bagi perancangan dan niat mereka yang jahat terhadap Islam yang dibawa oleh PAS.

Cerita bahawa Safwan dan Aisyah menempuh perjalanan semalaman; adalah benar. Tetapi kesimpulan yang menggambarkan bahawa ada perkara tidak baik yang berlaku di antara Aisyah dan Safwan adalah spekulasi atau gosip bohong. Begitulah juga cerita bahawa Presiden PAS berkongsi pentas dengan Presiden UMNO dalam majlis yang beragendakan kepentingan umat Islam secara umum adalah benar. Tetapi kesimpulan yang menggambarkan bahawa ada berlakunya gabungan politik di antara UMNO dan PAS adalah spekulasi atau gosip bohong.

Sebagaimana Abdullah bin Ubai, mereka juga mengambil sekeping cerita benar, lantas mereka menjadikannya berkeping-keping untuk melariskan pembohongan mereka.

Apa yang lebih menyedihkan, fitnah ini dicetuskan oleh mereka yang kufur kepada Allah, namun sebagaimana Sunnah yang terdapat dalam perjuangan Nabi s.a.w sendiri bahawa ada juga dikalangan orang beriman sendiri yang termakan dengan fitnah jahat dari mereka yang kafir kepada Allah ini.

Para pemimpin, ahli dan pendokong PAS, janganlah bersusah hati dengan fitnah bohong yang jahat itu. Janganlah kita menyangka berita fitnah yang direka dan diledakan untuk PAS itu, buruk bagi kita. Bahkan ia sebenarnya sesuatu yang baik bagi kita dalam jangka masa yang panjang.

Bagi kita yang meyakini bahawa perjuagan kita berasaskan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w, maka semua fitnah jahat ini adalah semacam hiburan sahaja untuk kita. Segala rasa sesal atau duka akibat fitnah keji ini akan bertukar menjadi sesuatu yang dapat menenteramkan jiwa kita, bila sampai masanya nanti.

Janganlah kita menyangka bahawa fitnah keji ini buruk bagi kita, bahkan dia elok bagi kita kerana dengan berlakunya fitnah bohong yang seumpama ini ke atas PAS, maka secara tak langsung dapat berlaku proses mengesan atau menapis anak kapal yang mantap jiwa dan keperibadiannya, berbanding anak kapal yang lemah dari kalangan para pendokong perjuangan yang mulia ini.

Anak-anak kapal dari jenis jiwa yang lemah dan terumbang-ambing ini selalunya; dengan sendirinya mengasingkan diri mereka dari kapal perjuangan ini, sehingga bersihlah nakhodanya dari gangguan-gangguan yang selama ini menyekat kelancaran perjalanan perjuangan menurut arah tujuan Islam itu…..

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment