Ada orang kata, PAS, jika nak menang, ada 2 cara sahaja;
1. Bersama PR.
2. Bersama BN.
Itu, kata kita. Itu apa yang kita mampu fikirkan. Itu, apa yang kita sangka.
Allah, kata;
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا *
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
[Terjemahan Syeikh Abdullah Basmeh]
. . . . . . . . . . . . . . .
Oleh yang demikian itu, maka jika kita (PAS), bertaqwa kepada Allah (memelihara dan bertindak berdasarkan hukum syari’at), maka Allah akan sediakan jalan keluar dan merezqikan kepada kita (kejayaan) dari cara yang cerdik pandai, profesor, pakar strategi dan seumpamanya; tidak pernah terfikirkan.
Dulu, PAS bersendirian. Tiba-tiba, Allah ‘sediakan’ Tengku Razali sebagai jalan keluar dan ‘rezqikan’ Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
PAS pun, memperolehi beberapa kejayaan.
Selepas itu, bila APU hancur, Parti serpihan UMNO (S46) bungkus; PAS bersendirian semula.
Tiba-tiba, Allah ‘sediakan’ Anwar Ibrahim sebagai jalan keluar dan ‘rezqikan’ Pakatan Rakyat (PR).
PAS beroleh beberapa kejayaan lagi, malah lebih besar dari sebelum.
Selepas ini, SEANDAINYA (bukan harapan sebenar saya) Pakatan Rakyat hancur; dan terpaksa bersendirian lagi; maka sebagaimana janjinya, Allah ‘sediakan’ suatu jalan keluar dan ‘rezqikan’ kejayaan dalam cara yang mana-mana cerdik-pandai, profesor, pakar strategi tak mampu memikirkan.
Ini adalah kerana perjuangan Islam itu, kesayangan Allah. Allah memeliharanya, walaupun banyak kali ternampak ia akan hancur. Namun Allah akan terus menyediakan jalan keluar dan merezqikan kejayaan, apabila perjuangan kita berjalan di dasar syari’atnya dengan di pimpin oleh pewaris NabiNya.
Allahu akbar !!!
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
* Kaedah;
[ العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب لايفهم على ظاهره ]Pengajaran di ambil dari keumuman lafaz dan bukan dari sebab yang khusus.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .