Fikrah Haraki Politik

H60K Obor Perjuangan Yang Gemilang

H60K Obor Perjuangan Yang Gemilang

PAS mahu menunjuk-nunjuk dengan Himpunan 60K?

Asasnya, dalam Islam, kita perlu menunjukkan kekuatan kita kepada musuh; untuk menggerunkan mereka. Firman Allah (s.w.t);

(وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ)

Dan sediakanlah untuk menentang mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. [Surat Al-Anfal 6]

Dalam situasi lain, kenapa pulak kita perlu tunjuk kekuatan pada ‘rakan’?

Jawapanya adalah kerana mereka yang ‘mengaku rakan’ itu, suka membuat fitnah kononnya bahawa PAS sudah berada di dalam keadaan yang amat lemah. Fitnah ini, boleh juga melemahkan semangat ahli PAS yang masih istiqamah, jika kefitnahan itu, tidak dinafikan. Jadi, dengan mengadakan H60K ini, kita buktikan bahawa jika pun bukan musuh, mereka adalah rakan yang suka berbuat fitnah. Sikap yang mereka amalkan sebenarnya sudah meletakkan mereka di tempat musuh kerana sebagaimana telah disebutkan tadi, setiap hari mereka menyerang Pas.

PAS mengadakan H60K; bukannya kerana mahu bongkak, tetapi sekadar hendak membuktikan kepada para pengkhianat yang tidak berhenti-henti menuduh dan mencerca PAS dan juga mendabik dada bahawa PAS sudah lumpuh atau PAS sudah berpecah; bahawa pengkhianatan mereka tidak menjejaskan PAS sedikit pun.

Di antara yang teracun dengan fitnah ini adalah Dato Hassan Mahmud sendiri yang menyifatkan bahawa PAS sudah tenat sehingga pimpinan lama PAS perlulah berehat.

Alasan utama Dato Hassan Mahmud bahawa pimpinan lama PAS perlu berehat adalah kerana kononnya PAS sudah tenat. Namun, kejayaan gemilang H60K 17 Oktober 2015 yang lalu, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tenat itu. Bila terbukti bahawa PAS tidak tenat, malah lebih sihat dari sebelum, maka tertolak jugalah pandangan bahawasanya pimpinan lama perlu berehat. Malah, H60K semalam dan pilihan yang dibuat oleh para perwakilan di dalam Muktamar PAS pusat sebelum ini, amat terang membuktikan bahawa para pimpinan PAS yang ada hari ini sangat disenangi oleh ahli-ahlinya.

Suka diingatkan bahawa Dato Hassan Mahmud di antara panel yang berhak menentukan peserta Pencetus Ummah yang manakah layak memenangi pertadingan itu. Sebaliknya, para perwakilan di Muktamar PAS Pusat sahajalah yang berhak menentukan siapa yang layak menjadi pimpinan parti mereka…

Ada yang mengataka bahawa PAS sudah teruk berpecah. H60K ini membuktikan sebaliknya. Sebenarnya, PAS bukan berpecah. Pada saya, apa yang berlaku di dalam PAS itu, bukanlah perpecahan. Sebagai sebuah kereta misalnya; apabila ia sudah lama, ada alatan-alatan tertentu yang sudah mengalami kerosakkan dan perlu diganti dengan yang baru. Begitu juga dalam PAS ada penjawat jawatan-jawatan tertentu; samada di peringkat Pusat, negeri, kawasan dan cawangan yang perlu ditukar dengan yang baru. Misalnya, Timbalan Presiden yang telah lama rosak dan perlu diganti.

Dalam erti kata lain, apa yang berlaku adalah umpama bisul yang selama ini menyimpan darah-darah kotor dalam PAS itulah yang telah pecah. Selepas luka dicuci, insya Allah PAS akan lebih mantap.

Ada pula yang cuba mengaitkan H60K dengan Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kedah dengan mengatakan bahawa selepas perhimpunan hijau di Kedah, kerajaan PAS Kedah, jatuh dan bimbang, jika selepas H60K ini, kerajaan PAS Kelantan pula akan jatuh.

Saya pula nak menyatakan bahawa dua perhimpunan ini ada perbezaan yang amat besar. Semasa Perhimpunan Hijau di Kedah dulu, masih ramai lagi para pengkhianat perjuangan PAS yang bergentayangan di dalam PAS. Tetapi di dalam H60K kali ini, PAS sudah suci, bersih dan bebas dari para pengkhianat yang selama ini menjadi nanah kepada perjalanan perjuangan PAS ini. Insya Allah, selepas ini PAS akan lebih cemerlang.

H60K juga membuktikan bahawa PAS kini, selepas proses pembersihan; mempunyai jentera atau para petugas yang cemerlang. Pergi naik bus dengan tambang sendiri. Duduk homestay dengan duit sendiri. Makan dan minum sendiri. Para peniaga yang selalu ikut program pun berniaga dengan harga yang murah. Solat berjemaah. Disiplin para petugas dan peserta yang amat tinggi. Kalau barang tercicir, di warwarkan. Ada yang kunci motor tertinggal, namun unit amal tolong jaga sehingga tuan motor datang semula. Indahnya perjuangan Islam. Tolong menolong sesama sendiri.

H60K adalah bara perjuangan yang akan terus menyala sehingga Allah meng-anugerahkan kemenangan…

H

H60K Obor Perjuangan Yang Gemilang

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment