AYAT 3
(وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ)
Basmeh:-
Di dalam ayat ini, Allah bertanya kepada Nabi Muhammad; yang sebenarnya adalah merupakan suatu penegasan, iaitu apa jalannya dia dapat mengetahui (tujuannya)? Barangkali Abdullah mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripada Nabi Muhammad)!
As-Saadi:-
Allah menyebutkan kelebihan memilih (Abdullah), berbanding beberapa orang pemimpin Quraisy yang dimaksudkan. Bagi tujuan itu, Allah menanyai Nabi, apa jalannya engkau dia mengetahui (tujuannya)? Barangkali sahabatnya yang buta itu mahu mensucikan dirinya dari akhlak yang rendah kepada akhlak yang indah?
Al-Wasit:-
Nabi memasamkan muka dan berasa sempit dadanya serta memalingkan mukanya kerana datang kepadanya seorang lelaki buta dan berkata-kata dengannya sedangkan dia sibuk berbual bersama selainnya.
Allah bertanya kepada baginda, apakah yang menjadikannya, sebagai seorang Rasul yang mulia, menolak lelaki buta ini sehingga menyebabkannya bermasam muka. (Sepatutnya, Nabi menerimanya dengan baik), agar; dengan sebab apa yang Dia mempelajarinya dari Nabi, dia menjadi suci dan bertambah khusyu’ kepada Allah.
Penyusun: Potensi untuk mengambil manfaat dari Islam itu, lebih jelas berada di pihak Abdullah.
Al-Qurtubi:-
Duplikasi bagi ayat ini di dalam memberikan peringatan adalah firman Allah di dalam surah al-An’am:
ولا تطرد الذين يدعون ربهم بالغداة والعشي
Maksudnya: “Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata.”
Begitulah juga firman Allah di dalam surah al-Kahfi;
ولا تعد عيناك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا
Maksudnya: “Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia.”
Dan ayat-ayat lain yang seumpama. Dan Allah itu lebih mengetahui.
AYAT 4
او يذكر فتنفعه الذكرى
Al-Wasit:-
Dalam ayat ini, Allah menyebutkan kelebihan lain dengan menerima baik Abdullah, iaitulah agar dia mengambil peringatan dari kelalaiannya, maka bermanfaat kepadanya nasihat yang didengarnya dari Nabi…
Basmeh:-
Allah ta’ala menegaskan, boleh jadi juga ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
AYAT 5 – 10
Firman Allah:
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى
Mujahid berkata: (Orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah) Utbah dan Syaibah bin Rabi’ah…
Allah menggariskan perbezaan di antara dua keadaan;
أَمَّا مَنِ استغنى
Adapun (terhadap) orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran)…
فَأَنتَ لَهُ تصدى
Nabi menunjukkan sikap menerima, mendengar perkataan mereka dan mengharapkan mereka menjadi Islam. Nabi, bersungguh-sungguh melayaninya.
وَمَا عَلَيْكَ أَلاَّ يزكى
Padahal Nabi tidak bersalah kalau mereka tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
Sesungguhnya bukan dosa ke atas Nabi jika mereka tidak membersihkan diri mereka daripada syirik. Kewajipan ke atas Nabi hanyalah menyampaikan, manakla bahagian Allah adalah menghisab. FirmanNya;
إِنَّك لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ ولكن الله يَهْدِي مَن يشاء
وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يسعى
Dalam frasa ini Allah menegaskan bahawa orang (Abdullah) yang datang kepadanya, bersegera untuk mendapatkan kebaikan, hidayah dan ilmu. Buta matanya, tidak menghalangnya. Sebaliknya, dia lebih nampak kepentingan untuk memahami agama berbanding orang lain. Sahabatnya yang buta ini bersegera datang kepada engkau dan dia sangat takut kepada Allah.
وَهُوَ يخشى
Allah menegaskan kepada Nabi Muhammad bahawa orang yang segera datang kepadanya itu, datang kepadanya dengan perasaan takut melanggar perintah-perintah Allah serta mengharapkan pahalanya.
فَأَنتَ عَنْهُ تلهى
Namun Nabi berlengah-lengah darinya kerana sibuk melayani beberapa orang pemimpin Quraisy itu kerana inginkan mereka beriman.
Ayat yang mulia ini, banyak menekankan peringatan dari yang terdahulu, di mana Allah memandu ayat ini lebih pada gambaran Dia tertanya-tanya dari apa yang Nabi lakukan itu, iaitu; memalingkan mukanya dari Abdullah dan sibuk dengan yang lain.
As-Saadi:-
Maka ini menunjukan kepada kaedah yang masyhur, bahawasanya:
فدل هذا على القاعدة المشهورة، أنه: ” لا يترك أمر معلوم لأمر موهوم، ولا مصلحة متحققة لمصلحة متوهمة “
“Jangan tinggalkan urusan yang sudah dimaklumi untuk perkara yang bersifat angan-angan, dan tidak meninggalkan perkara yang faedahnya nyata dengan faedah yang masih dalam keraguan
Sepatutnya dia memilih penuntut ilmu yang merasa perlukan ilmu itu.
Abasa 3 Hingga 10