Tafsir Al-Quran

Sambungan Tafsir ayat 2 dan ayat 3 Surah An-Nasr

Sambungan Tafsir ayat 2 dan ayat 3 Surah An-Nasr

Sambungan Tafsir ayat 2 dan ayat 3 Surah An-Nasr

AYAT 2

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Al-Wasit

Sesungguhnya telah nyata kepada qaumnya bahawa Dia itu adalah Nabi. Maka ketika Allah membuka ke atasnya Mekah, mereka masuk kepada agama Allah secara berkelompok. Tidak berlalu dua tahun sehingga memenuhi. Maksudnya: Bergabung, seluruh tanah Arab atas iman, dan tidak berbaki pada lain-lain qabilah Arab melainkan telah nyata bagi mereka Islam.

Kata ‘afwaj’: jama’ ‘faujun’, dan ia adalah satu golongan dan kumpulan dari manusia.

As-Saadi

Manusia masuk ke dalam agama Allah secara berkumpulan, di mana adalah kebanyakan dari mereka dari anggotanya dan para pembantunya, selepas adalah mereka dari musuh-musuhnya, sesungguhnya telah nyatalah berita yang menggembirakan ini.

Qurtubi

FirmanNya ta’ala:

ورأيت الناس

Maksudnya: Arab dan selain mereka. Masuk ke dalam agama Allah berkumpulan. Kumpulan selepas kumpulan. Umat selepas umat. Dan berkata adh-Dohhak: umat itu, empat puluh orang lelaki.

Berkata Ikrimah dan Muqatil: Menghendaki dengan an-Nas, penduduk Yaman. Dan yang demikian itu bahawasanya dilaporkan dari al-Yaman, tujuh ratus orang mukmin yang taat, sebahagian mereka muazzin, sebahagian dari mereka membaca al-Quran, sebahagian mereka bertahlil; menerangkan Nabi (s.a.w) dengan yang demikian itu, menangis Umar dan Ibnu Abbas.

Meriwayatkan Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa Nabi (s.a.w) membaca:

إذا جاء نصر الله والفتح

Dan telah datang penduduk Yaman yang halus jiwa mereka, berwatak lembut, berhati dermawan, hebat rasa takut mereka terhadap Allah, maka mereka memasuki agama Allah secara berkelompok.

Dalam sahih Muslim, dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah (s.a.w): Akan mendatangi kamu penduduk Yaman, mereka punya serendah-rendah hati, lembut jiwa…

Diriwayatkan bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda:

إني لأجد نفس ربكم من قبل اليمن

Padanya ada dua takwil: Satu darinya: bahawa ianya adalah kesenangan atau kelapangan; kerana mereka menjadi pengikut Islam secara berkumpulan.

Dan kedua: Maknanya bahawa Allah ta’ala melepaskan kesedihan dari NabiNya (s.a.w) dengan penduduk Yaman,

Jabir bin Abdullah meriwayatkan katanya: Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya manusia masuk ke dalam agama Allah secara berkumpulan.

 

Sambungan Tafsir ayat 2 dan ayat 3 Surah An-Nasr

Sambungan Tafsir ayat 2 dan ayat 3 Surah An-Nasr

AYAT 3

Al-Wasit

وقوله فَسَبِّحْ

Jawab kepada ‘إذا’.

جواب إذا.

Dan makna: Apabila Allah menyempurnakan ke atas engkau wahai Rasul yang mulia dan ke atas sahabat-sahabat engkau dengan pertolongan, dan menjadilah bagi kamu kalimah tertinggi ke atas musuh-musuh kamu, dan membuka bagi kamu Mekah, dan kamu menyaksikan orang ramai masuk ke dalam agama Islam, sekumpulan kemudian sekumpulan yang ramai tanpa pembunuhan.

Apabila kamu mengetahui dan melihat setiap dari itu, maka tetaplah atau tekunlah bertasbih kepada Tuhan engkau, dan mensucikannya untuk setiap harta yang sesuai atau layak disyukuri baginya atas nikmatnya. Dan tetap serta tekun juga di dalam menuntut keampunan bagi engkau dan bagi orang-orang beriman yang lain.

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla; adalah sentiasa menerima taubat. Maksudnya: banyak menerima taubat hamba-hambanya yang bertaubat kepadaNya.

Sebagaimana firman Allah (s.w.t):

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبادِهِ وَيَعْفُوا عَنِ السَّيِّئاتِ، وَيَعْلَمُ ما تَفْعَلُونَ.

“Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”

Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita dari hamba-hambaNya yang bertaubat dengan raubat yang benar dan jujur.

 

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment