مَلِكِ النَّاسِ(٢)
Maksudnya ‘المالك’, pemilik atau penguasa bagi urusan mereka (manusia) penguasaan yang sempurna. Pengurus di dalam seluruh urusan mereka dengan pengurusan yang sempurna.
Allah ta’ala berfirman, mengingatkan NabiNya Muhammad (s.a.w): Katakanlah wahai Muhammad aku merayu pertolongan dengan ‘Rob’ manusia, ‘Malik’ manusia; dan dia memiliki dan menguasai seluruh makhluq: manusia, jin dan selain dari keduanya, sebagai pemberitahuan darinya dengan demikian itu, sesiapa yang mengagungkan manusia, orang-orang yang beriman mengangungkan Tuhan mereka, bahawasanya Dia adalah pemerintah yang selayaknya diagungkan, dan bahawasnya itu di dalam kerajaanNya dan kekuasaanNya, berlangsung ke atasnya, kekuatanNya, bahawasaNya Dia lebih utama dengan pengagungan, dan lebih berhak dipatuhi.
إله الناس (3)
Ada pun Allah berfirman:
‘ملك الناس إله الناس’
…kerana terdapat pada manusia kerajaan yang disebut sebagai pemerintah mereka. Dan dari kalangan manusia ada yang mengibadahi selainNya, maka mengingatkan bahawasanya Dia ‘Ilah’ mereka dan apa yang mereka sembah, dan bahawa Dia yang wajib memohonkan dengannya pertolongan dan
إِلهِ النَّاسِ
Maksudnya: (Dialah Tuhan) yang manusia memperhambakan dirinya, menyerahkan dirinya dan berikan ketaatan kerana Dialah satu-satunya yang menciptakan mereka dan mengadakan mereka pada kehidupan ini… Dan menganugerahkan ke atas mereka dari ni’mat-ni’mat yang tidak terhitung.
Diketahui bahawasanya Allah ta’ala itu lebih kaya (atau tidak perlu) kepada yang lain-lain, dan yang lain-lain itulah yang kembali (perlu) kepadanya. Dari urusannya, berlaku urusan-urusan mereka, maka diketahui bahawa Dua adalah Pemerintah mereka, kemudian diketahui dengan kesendiriannya Dia mentadbir mereka selepas menciptakan mereka, bahawasanya Dia yang berhak dipertuhankan tanpa penyengutuan padaNya…
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4)
Dan firmanNya – Allah Ta’ala – ;
مِنْ شَرِّ الْوَسْواسِ الْخَنَّاسِ
… berhubungan dengan firmanNya;
أَعُوذ…
Dan kata الوسواس : kata nama bagi الوسوسة, yang bermaksud suara yang tersembunyi (bisikan),
والوسواس: اسم للوسوسة وهي الصوت الخفى، والمصدر الوسواس- بالكسر-، والمراد به هنا: الوصف. من باب إطلاق اسم المصدر على الفاعل، أو هو وصف مثل:
الثرثار.
Dan kata الخناس, perkataan metafora dari kata الخنوس, dan maksudnya kembali الرجوع dan mundur التأخر, dan apa yang dikehendakki dengannya adalah: yang melemparkan ke dalam diri manusia berita-berita jahat.
Ibnu Kasir: Berkata Said bin Jubair dari Ibnu Abbas pada firmanNya:
الوسواس الخناس
Syaitan yang mencangkung di atas hati anak Adam, maka apabila leka dan lalai dia membisikkan, maka apabila ingatkan Allah dia undur. Begitulah perkataan Mujahid dan Qatadah. Berkata al-Muktamar bin Sulaiman, dari bapanya: Dia menyebut kepada ku bahawa syaitan, atau al-waswas meniup ke dalam hati anak Adam ketoks berdukacita dan gembira, maka bila ingat akan Allah dia undur.
Berkata Qatadah: Bagi al-Khannas, muncung seperti muncung anjing di dada manusia maka apabila ingat hamba akan Tuhannya, dia undur. Dan dikatakan: Kepalanya seperti kepala ular, meletakan kepalanya di atas bekas hati memberinya janji-janji dan membohonginya, maka apabila ingat kepada Allah dia undur dan bila tidak ingat dia datang semula dan meletakkan kepalanya…