Tafsir Ayat 1 dan 2 Surah an-Nasr
AYAT 1
Al-Wasit
An-Nasr: Kemenangan ke atas musuh. Pertolongan atas menyampai kepada matlamat.
Apa yang dikehendaki di sini adalah pertolongan Allah ta’ala terhadap Nabinya (s.a.w) ke atas musuh-musuhnya, hingga Allah merealisasikan kepadanya pertolongan ke atas mereka.
Al-Fathi: Apa yang dikehendaki dengan al-Fathi di sini adalah pembukaan Mekah. Tersusun dari memuliakan agama serta menzahirkan kalimah yang benar.
AYAT 2
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
Al-Wasit
Sesungguhnya telah nyata kepada qaumnya bahawa Dia itu adalah Nabi. Maka ketika Allah membuka ke atasnya Mekah, mereka masuk kepada agama Allah secara berkelompok. Tidak berlalu dua tahun sehingga memenuhi. Maksudnya: Bergabung, seluruh tanah Arab atas iman, dan tidak berbaki pada lain-lain qabilah Arab melainkan telah nyata bagi mereka Islam.
Kata ‘afwaj’: jama’ ‘faujun’, dan ia adalah satu golongan dan kumpulan dari manusia.
As-Saadi
Manusia masuk ke dalam agama Allah secara berkumpulan, di mana adalah kebanyakan dari mereka dari anggotanya dan para pembantunya, selepas adalah mereka dari musuh-musuhnya, sesungguhnya telah nyatalah berita yang menggembirakan ini.
FirmanNya ta’ala:
ورأيت الناس
Maksudnya: Arab dan selain mereka. Masuk ke dalam agama Allah berkumpulan. Kumpulan selepas kumpulan. Umat selepas umat. Dan berkata adh-Dohhak: umat itu, empat puluh orang lelaki.
Berkata Ikrimah dan Muqatil: Menghendaki dengan an-Nas, penduduk Yaman. Dan yang demikian itu bahawasanya dilaporkan dari al-Yaman, tujuh ratus orang mukmin yang taat, sebahagian mereka muazzin, sebahagian dari mereka membaca al-Quran, sebahagian mereka bertahlil; menerangkan Nabi (s.a.w) dengan yang demikian itu, menangis Umar dan Ibnu Abbas.
Meriwayatkan Ikrimah dari Ibnu Abbas bahawa Nabi (s.a.w) membaca:
إذا جاء نصر الله والفتح
Dan telah datang penduduk Yaman yang halus jiwa mereka, berwatak lembut, berhati dermawan, hebat rasa takut mereka terhadap Allah, maka mereka memasuki agama Allah secara berkelompok.
Dalam sahih Muslim, dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah (s.a.w): Akan mendatangi kamu penduduk Yaman, mereka punya serendah-rendah hati, lembut jiwa…
Diriwayatkan bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda:
إني لأجد نفس ربكم من قبل اليمن
Padanya ada dua takwil: Satu darinya: bahawa ianya adalah kesenangan atau kelapangan; kerana mereka menjadi pengikut Islam secara berkumpulan.
Dan kedua: Maknanya bahawa Allah ta’ala melepaskan kesedihan dari NabiNya (s.a.w) dengan penduduk Yaman, Jabir bin Abdullah meriwayatkan katanya: Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya manusia masuk ke dalam agama Allah secara berkumpulan.