Tafsir Surah al-Baqarah

Tafsir al-Baqarah Ayat 3 Frasa 1 (Siri 1)

Ayat 3 (Frasa 1)

ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡبِ

_______________________________

Orang-orang yang bertaqwa itu adalah mereka yang membenarkan apa yang tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera; dari persoalan kebangkitan atau kehidupan semula selepas mati, syurga, neraka, titian as-Sirath, al-hisab dan selain daripada itu dari setiap apa yang diberitakan tentangnya oleh al-Quran atau Nabi sallallahu alaihi wa sallam. [st]

_____________________

ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡبِ

Berkata Abu Ja’farar-Razi, dari al-‘Allak bin al-Musayyab bin Rafik, dari Abi Ishaq, dari Abi al-Ahwas, dari Abdullah, berkata:

الْإِيمَانُ التَّصْدِيقُ

Iman itu adalah mempercayai (atau pembenaran).

Berkata Ali bin Abi Talhah dan selainnya, dari Ibnu Abbas;

يُؤْمِنُونَ، يُصَدِّقُونَ

Mempercayai, membenarkan, membuktikan…

Berkata Ma’mar dari az-Zhuri:

الْإِيمَانُ الْعَمَلُ

Iman itu adalah melakukan (berbuat)…

Berkata Abu Ja’far ar-Razi, dari ar-Rabi’ bin Anas:

يُؤْمِنُونَ، يَخْشَوْنَ

Takut…

Sesungguhnya, disebutkan oleh ash-Shafi’i, Ahmad bin Hanbal, Abu Ubaid dan lain-lain secara ijmak: iman itu ada pada perkataan dan perbuatan. Boleh bertambah dan berkurang.

Dari kalangan mereka ada yang memaknakannya dengan الخشية (ketakutan) sebagai mana firman Allahu Ta’ala:

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ

[الْمُلْكِ: ١٢]

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

Firman-Nya lagi:

مَّنۡ خَشِیَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَیۡبِ وَجَاۤءَ بِقَلۡبࣲ مُّنِیبٍ

[ق: ٣٣]

Orang yang takut kepada Allah Yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat…

Al-Khasyyah adalah intisari dari al-Iman dan al-Ilmu; sebagai mana firman Allahu Subhanahu wa Ta’ala;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ [فَاطِرٍ: ٢٨]

Maksud ayat: “Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama.”

‘الغيب’

Terdapat perbezaan pendapat dikalangan para ulama salaf pada pengertian perkataan al-Ghaib di sini dan semuanya sahih.

Berkata Abu Ja’far ar-Razi, dari ar-Rabi’ bin Anas, dari Abil ‘Aliah tentang firman-Nya;

يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ

Berkata:

يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَجَنَّتِهِ وَنَارِهِ وَلِقَائِهِ، وَيُؤْمِنُونَ بِالْحَيَاةِ بَعْدَ الْمَوْتِ وَبِالْبَعْثِ، فَهَذَا غَيْبٌ كُلُّهُ.

Begitu jugalah perkataan Qatadah bin Di’amah.

Berkata as-Sudyi…

عَنْ أَبِي مَالِكٍ، وَعَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَعَنْ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيِّ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، وَعَنْ نَاسٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: أَمَّا الغَيب فَمَا غَابَ عَنِ الْعِبَادِ مِنْ أَمْرِ الْجَنَّةِ، وَأَمْرِ النَّارِ، وَمَا ذُكِرَ فِي الْقُرْآنِ.

Berkata Muhammad bin Ishaq…

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي مُحَمَّدٍ، عَنْ عِكْرِمة، أَوْ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: بِالْغَيْبِ، قَالَ: بِمَا جَاءَ مِنْهُ، يَعْنِي: مِنَ اللَّهِ تَعَالَى.

Berkata Sufyan as-Sauri…

عَنْ عاصم، عن زِرّ، قال: الْغَيْب القرآن.

Berkata Ato’ bin Abi Rabah:

مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ فَقَدْ آمَنَ بِالْغَيْبِ.

Berkata Zaid bin Aslam:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ، قَالَ: بِالْقَدَرِ.

Semua ini berdekatan di dalam satu pengertian; kerana semua yang telah disebutkan ini adalah terdiri daripada perkara ghaib yang wajib kita beriman dengannya. [I]

_______________________________

Hakikat iman itu adalah kepercayaan yang sempurna terhadap apa sahaja berita yang disampaikan oleh para rasul. Ianya bukanlah tentang beriman pada perkara-perkara yang boleh diketahui dengan aqal. Itu tidak membezakan seorang Muslim dengan kafir. Sebaliknya, persoalannya adalah mempercayai perkara ghaib, yang belum pernah kita lihat atau saksikan, namun kita mempercayainya kerana perkhabaran dari Allah dan rasulnya. Kepercayaan seperti inilah yang membezakan seorang Muslim dengan kafir kerana itu adalah kepercayaan yang murni kepada Tuhan dan Rasul-rasul-Nya. Orang yang beriman mempercayai segala apa yang diberitahu oleh Allah atau Rasulullah kepadanya. Sama ada dia melihatnya, atau tidak, sama ada dia dapat memahaminya dan diterima oleh aqalnya, atau tidak dapat diterima oleh kefahamannya atau pun aqalnya. Tidak seperti golongan zindiq (Orang yang menampakkan keislamannya dan menyembunyikan kekafirannya – Minhajul Muslim, Syekh Abu Bakar Jabir Al-Jaza’iri) dan orang-orang yang menolak perkara-perkara yang ghaib, kerana akal mereka yang cetek dan tidak dipandu kepadanya, jadi mereka berbohong tentang apa yang tidak merangkumi pengetahuannya, sehingga pikiran mereka rusak. Dan orang-orang yang beriman itu, bersih fikiran mereka iaitulah mereka yang yang mempercayai, membenarkan dan menjadikan petunjuk Allah itu sebagai panduan. Kepercayaan kepada yang ghaib adalah kepercayaan kepada semua yang Allah katakan tentang perkara-perkara ghaib dan hal ehwal akhirat dan kebenaran tentang sifat-sifat Tuhan dan bagaimana keadaannya; dan dari apa yang disampaikan oleh para utusan tentang perkara-perkara itu. Oleh itu, mereka mempercayai sifat-sifat Tuhan dan keberadaannya, dan mereka yakin akan sifat-sifat itu, walaupun mereka tidak mengerti bagaimana keadaannya.

[s]

_______________________________

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz ialah warga OKU. Sejak jatuh pada April 2020, keadaan ustaz bertambah uzur dari sebelumnya. Andai sudi, salurkanlah sumbangan anda ke no akaun 12168020073576 (Bank Islam Malaysia Berhad); atau no akaun 164799034703 (Maybank); atas nama Hishamuddin bin Abdul Aziz bagi membantu beliau sebagai warga OKU dalam usaha pengembangan ilmu² agama & lain² keperluan. Ustaz, boleh dihubungi di talian: 01470671775. [muiz@admin]

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment