AYAT 1
الۤرۚ
Kami telah membicarakan perkara yang sama dengannya di awal Surat Al-Baqarah… [mtsr]
Ayat-ayat yang dibacakan dalam surah ini adalah ayat-ayat al-Qur’an yang tepat (pemutus) dan yang sempurna, teliti dan yang mengandungi hikmah dan hukum-hakam. [s]
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيم
Inilah al-Quran yang mengandungi hikmah dan hukum-hakam (syariat). Ayat-ayatnya menunjukkan hakikat keimanan serta suruhan dan larangan syariat; yang diterima oleh seluruh umat dengan redha, membenarkannya dan ketundukan. [s]
AYAT 2
Al-Dahhak meriwayatkan dari Ibn Abbas yang berkata: Ketika Allah Ta’ala mengutus Rasul-Nya Muhammad, sallallahu alaihi wa sallam, orang-orang Arab mengingkarinya, dan mereka berkata Allah itu lebih hebat daripada mengutus Rasul-Nya berupa manusia seperti Muhammad, maka Allah SWT mewahyukan:
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا
Adakah patut, mereka tertanya-tanya..
. أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَى رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ
…disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): “Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab)… Iaitu lah, azab dari Allah, dan menakut-nakutkan mereka kepada kemurkaan Allah, dan mengingatkan mereka tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا
.dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, dengan keimanan yang sebenar-benarnya
أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ
bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan)…
Bagi mereka pembalasan yang melimpah ruah dan pahala yang disimpan di sisi Tuhan mereka disebabkan apa yang telah mereka kerjakan dan (perbuatan) yang terdahulu, daripada amalan-amalan yang saleh. Maka hairanlah orang-orang kafir terhadap lelaki hebat ini yang menjadikan mereka tidak beriman kepadanya, maka
قَالَ الْكَافِرُونَ
(Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: Tentang Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam…
إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ مُبِينٌ
“Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata.” Bukanlah rahasia lagi bahwa mereka membuat tuduhan itu. Ini adalah dari kebodohan dan kedegilan mereka. Mereka hairan dengan sesuatu; yang bukanlah dari perkara yang patut dihairankan. Tetapi mereka hairan kerana kejahilan mereka dan demi kepentingan mereka. Bagaimana mereka boleh tidak percaya kepada Rasul yang mulia ini? Rasul yang diutus Allah dari diri mereka sendiri. Mereka menuduh bahawa al-Qur’an ini adalah sihir yang jelas, kerana ia sangat luar biasa dalam menarik jiwa-jiwa untuk beriman kepada apa yang dibawa oleh Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. [w]
Mereka mengenalinya dengan sebaik-baiknya, tetapi mereka menolak seruannya, dan berhasrat untuk menghapuskan agamanya,
وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
dan Allah menyempurnakan cahayanya walaupun orang-orang kafir membencinya. Abu Hayyan mengatakan apa yang dia telah diringkaskannya: “Tuduhan mereka terhadap al-Quran yang sama sekali ia bukanlah sihir adalah kebusukan yang nyata. Tuduhan mereka itu sebenarnya, tidak memerlukan jawaban, kerana mereka tahu bagaimana Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam dibesarkan dengan mereka di Mekah, dan mereka bergaul dengannya. Mereka tahu bahawa dia tidak memiliki pengetahuan tentang sihir. Setelah dibangkitkan, dia membawakan mereka sebuah kitab suci yang berisi kepentingan dunia dan akhirat, bersama dengan kefasihan dan kepetahan yang membuat mereka lemah dan apa yang mereka katakan ini adalah sikap penentangan yang sama oleh orang-orang kafir terdahulu dengan para nabi mereka.
Fir’aun dan kaumnya berkata tentang Musa – alaihis salam –
إِنَّ هذا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ
“Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.” Dan kaum Musa mengatakan tentang hal itu ketika dia datang kepada mereka dengan bukti yang jelas;
هذا لَسَاحِرٌ مُّبِينٌ
Dan dakwaan sihir hanyalah soal kedegilan dan ketamakan. Al-Alusi berkata, “Dalam ucapan mereka ini, ada pengakuan daripada mereka bahawa apa yang mereka lihat tidak dapat dicapai oleh manusia. Diturunkan dari kewujudan Pencipta yang kuat dan berkuasa. Tetapi mereka memanggilnya sihir kerana kegigihan dalam kedegilan, sebagai mana watak atau kebiasaan orang yang sombong lagi degil dan orang yang tidak boleh disangkal dengan ada padanya kemahuan tertentu.
Ini menunjukkan keteguhan mereka dalam kekufuran, dan kepada fakta bahawa dengan bukti yang jelas tentang kebenaran Rasul – sallallahu alaihi wa sallam – hanya menambahkan keingkaran dan kedegilan, dan kebenaran Allah ketika dia berkata:
فَإِنَّهُمْ لاَ يُكَذِّبُونَكَ ولكن الظالمين بِآيَاتِ الله يَجْحَدُونَ
(Maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
…………………………………………………….
Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU di talian: 0147067175.