DOA BUAT MU, ISTERI KU…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

UMNO/ BN PERAK DILANDA `TAUFAN’ SAMHURI !

Sah! Kerajaan BN di Perak bakal tumbang di dalam pilihanraya raya umum 13 nanti. Pengundi hantu rasanya tidak akan mengatasi ahli-ahli UMNO yang sudah naik hantu.

Dalam satu klip video di Youtube, kita dapat melihat amokkan oleh seorang ahli UMNO yang banyak menduduki jawatan-jawatan yang penting dalam parti itu.

Samhuri Md Zin adalah pemuda UMNO kapar, ahli majlis daerah Kampar, setiausaha persatuan pengusaha pasir perak dan ketua umno cawangan Changkat Tin.

Diantara butiran ketidak puasan hatinya terhadap UMNO dan Barisan Nasional dapat dilihat sebagai di bawah.

1. Perbualan dengan Dato’ Zamri yang dia sendiri menghubunginya melalui telefon:-

“Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan UMNO orang Melayu ni, dah tak boleh tolong orang Melayu. Baik masuk parti lain. Minta maaf dato’.”

2. Dato Zamri, menghubunginya kembali, setelah dia memutuskan perbualan tadi:-

“Saya nekad Dato Seri, apa jadi pun saya tetap masuk DAP, ahli saya…”

3. Ucapannya, kepada mereka yang berada di lokasi:-

“Saya sokong tukar kerajaan… Nak bagi rasuah baru dapat… 27 tahun saya sokong UMNO…

4. Ucapannya menggambarkan perangai pemimpin dan pegawai kerajaan (terutamanya Perak) dari kalangan UMNO:-

“Nak ajak makan, nak ajak karaoke, baru dapat (projek atau apa yang nak dipohon dari kerjaaan), nak bagi rasuah, nak bagi amoi, nak bawak dari Siam baru seronok… Minta cara betul, tak boleh, cara sogok, semua boleh…”

Sila ikuti video yang dimaksudkan dengan klik link dibawah:

http://www.youtube.com/watch?v=qTi9tEqUIPQ&feature=youtu.be

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

LIM GUAN ENG `TINDAS’ UMAT ISLAM PULAU PINANG !

(Ringkas-sunting dari tulisan Karmic Wheel. Bacaan penuh dengan klik di bawah:

http://ghaflah.blogspot.com/2012/05/laaa-lim-guan-eng-tak-abih-abih-buat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Semasa+%28Semasa%29&utm_content=FaceBook

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MAJLIS PEGUAM BERPOLITIK?

Majlis Peguam telah dianggap berpolitik oleh Dr Mahadir, mungkin kerana kebanyakan dari pendirian Majlis itu, kelihatan seperti menyebelahi PR; sedangkan pendirian yang sama, di dalam isu Bersih 3.0 misalnya disuarakan juga oleh pihak pemerhati antara bangsa.

Sebaliknya, Dr Mahadir tidak pula melihat Majlis Fatwa sebagai berpolitik, sedangkan fatwa mereka terhadap isu yang sama kelihatan cenderung kepada BN.

Dalam Islam, isu berpolitik atau tidak, tidak timbul. Apa yang penting adalah semua pihak, samada Majlis Peguam; apatah lagi Majlis Fatwa, kumpulan-kumpulan yang lain, individu dan sebagainya wajib menyebelahi pihak yang benar tanpa mengira asas politik.

Pihak mana yang sedang berada dilandasan kebenaran, maka itulah pihak yang wajib dibela tanpa mengira pegangan politiknya.

Rakyat harus bijak membuat pertimbangan. Jangan biarkan sesiapa memaksa kita bersetuju dengan pendirian peribadi mereka.

Bina pendirian peribadi kita sendiri. Gunakan aqal yang di’adun’ berdasarkan fakta. Tunjukkannya, di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SOALAN, PALING MAHAL DALAM DUNIA…

Apakah soalan paling mahal dalam dunia, sehingga menjadikan si`penyoal’nya jutawan? Di dalam gambar di bawah ini, ada jawapannya…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PERJUANGAN ISLAM MELALUI PILIHANRAYA

SOALAN:-

Satu pertanyaan, setakat ini ada tak dalam sejarah mana-mana negara Islam, menang melalui demokrasi?

JAWABAN:-

Maksud dari sabda Nabi (s.a.w): “Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah Islam dan para pemimpin mereka (ulama).

Bererti, kita hendaklah memperjuangkan Islam bersama dengan jamaah Islam. Dalam jamaah Islam itu pula, kita mengamalkan prinsip syura yang berperanan menetapkan perkara-perkara yang tidak diperincikan oleh al-Quran dan Sunnah; termasuklah persoalan pendekatan perjuangan.

Apabila pihak jamaah, melalui syuranya memutuskan kita hendaklah mengambil kesempatan dari kaedah pilihanraya, maka itulah kewajiban yang perlu kita usahakan.

Keputusan jamaah itu ada keberkatannya. Jika kita mengatakan, belum ada contoh kejayaan menegakkan Negara Islam melalui pilihanraya, maka kita juga tiada kepastian bahawa pendekatan menyertai pilihanraya tidak dapat membawa kita kepada kejayaan itu.

Selama PAS menyertai pilihanraya, rekod kita semakin bertambah baik; bukannya bertambah buruk.

Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada lojik. Jika ikut lojik, umat Islam tidak boleh memenangi perang Badar. Jika ikut lojik, kita tak akan boleh menang di empat buah negeri di dalam pilihanraya umum 12 kerana `pentas’ pilihanraya yang tidak rata.

Saya tidak bermaksud kita boleh mengabaikan bahaya penipuan-penipuan pilihanraya yang cuba dilakukan oleh pihak yang terdesak. Kita perlu berusaha menyelesaikannya. Saya selalu menyebut, kita wajib mengusahakan segala sebab musabab untuk menang. Namun, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Jika kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membukakan untuk kita ruang-ruang kemenangan…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

DULU DAN KINI

Dulu, apabila sebuah keluarga berkumpul, kita akan dapat menyaksikan berlakunya perbualan mesra sesama mereka sambil masing-menatap wajah sesama sendiri.

Tetapi sekarang, perkara itu sudah tidak berlaku lagi kerana masing2 tunduk memandang ke arah hp masing2. Sambil jari ke dua2 tangan bergerak bagai membilang tasbeh.

Tidak berkata apa-apa atau hanya berkata sekali-sekala kerana terlalu asyiq berinteraksi dengan rakan FB atau follower tweeter masing2.

Sesekali terdengar suara ketawa yang mengejutkan ahli keluarga lain kerana perkara lucu yang ditertawakan bukan perkongsian sesama mereka, tetapi perkongsian sesama rakan FB atau follower tweeter mereka.

Akhirnya; untuk berbual sesama keluarga, mereka tidak bersemuka; sebaliknya si ayah, si ibu, si abang, si kakak, si adik, bertemu dan berbual melalui hp, ipad, laptop atau pc masing2…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

TANGISAN SEORANG POLIS

Bertanya seorang pegawai polis kepada seorang ulama’ akan kemusykilannya: “Sesungguhnya kadang-kala para pemimpin menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi satu kesalahan di sisi agama?“

Kata ulama itu menjawab: “Wahai Polis! Takutlah Allah berbanding pemimpin kamu, jangan engkau takutkan pemimpin mu berbanding Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang pemimpin mu daripada bertindak ke atasmu, tetapi pemimpin mu tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai pegawai polis! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mencabut nyawa engkau dari jawatan mu ini, dan memindahkan engkau dari rumah mu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada pemimpin, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi perintah dari Tuhan kepada mu dan para pemimpin mu itu.

Wahai pegawai polis! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan para pemimpin mu di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama para pemimpin mu dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada para pemimpin mu. Ketahuilah wahai pegawai polis! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”.

Maka menangislah si pegawai polis itu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MENGHARGAI DATO A SAMAD SAID

Kebersamaanmu,
bergunung makna
menambah bersih perjuangan
tersinis anak muda

Kebersamaanmu,
si jahat tenggelam punca
si kasar terkedu
si lembut terkagum
si pengutuk ter’kutu’

Kebersamaanmu,
meredah cacian
menapis tohmahan
pemanis laungan

Kebersamaanmu,
tersentak sukma
pewaras minda
melambai ramai

Kebersamaanmu,
melintas tempoh
mengerat waktu
meringkas harapan

Terima kasih,
…di atas kebersamaanmu.

Dari:

Hishamuddin Abd Aziz

Posted in Uncategorized | Leave a comment

NIK AZIZ BAPA KAFIR?

Dalam ayat 18, surah al-Maidah, ada di nyatakan bahawa orang-orang Yahudi meyakini bahawa mereka disayangi oleh Allah dan bukannya Nabi Muhammad (s.a.w) dan umat Islam. Padahal, mereka itu menderhakai Allah.

Lebih kurang begitulah Rahim Nor.

Dia sangka, UMNO yang memperjuangkan fahaman asobiyyah; dan pemimpinnya yang menyelewengkan kekayaan negara itulah yang benar Islamnya dan disayangi oleh Allah.

Dia sangka, dia yang pernah tumbuk Anwar Ibrahim, lebih baik dari Tok Guru Nik Aziz seorang ulama yang hidup jujur dan sederhana walaupun dia seorang Menteri Besar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment