Umum

Bolehkah umat Muhammad (s.a.w) bertukar rupa menjadi kera, babi atau seumpama?

Bolehkah umat Muhammad (s.a.w) berubah rupa sebagaimana umat yang terdahulu, bertukar menjadi kera, babi atau sebagainya?

Jawapan: Masyhur pada kita, Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak hapuskan umat Muhammad ini semacam umat Nabi yang dahulu menjadi beruk babi dan lainnya.

Hadis yang berkenaan, hanya memberi ancaman jangan buat perbuatan mendahulukan angkat kepala daripada imam.

Adapun yang dikatakan tidak hapus pada umat Muhammad ini iaitu tidak jatuh serata seperti umat nabi-nabi yang dahulu bahkan boleh jadi pada seorang dan boleh berlaku.

Ataupun sekurang-kurangnya hadis itu bermakna kinayah daripada terpaling hatinya bodoh seperti bodoh keldai kerana tidak memikirkan adakah dirinya orang mengikut atur yang kena ikut.

Matan Hadis:-

أَما يَخْشَى الذي يَرْفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ الإمامِ، أنْ يُحَوِّلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمارٍ؟

Daripada Abi hurairah katanya telah bersabda Muhammad sallallahu alaihi wasallam tidakkah takut orang yang mengangkat kepalanya dahulu daripada imam bahawa dipalingkan Allah kepalanya sebagaimana kepala kaldai. (Hassan Sahih)

Rujukan: Kitab Bahrul Mazi…

………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU. Beliau boleh dihubungi di: 014-7067175.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment