Fikrah Haraki

Sifat-Sifat Para Pendokong Gerakan Islam (Siri 1)

Iklan

Berkasih sayang dan berlemah-lembut

Sifat-Sifat Para Pendokong Gerakan Islam (Siri 1)

Gambar Hiasan

Perkara ini disebut di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala pada ayat 54 surah al-Maidah:

أذلة على المؤمنين

Maksudnya: “…bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman…”

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas, menyebutkan bahawa di antara sifat yang sepatutnya dihayati oleh para pejuang Islam adalah merendahkan diri atau bersikap lemah-lembut terhadap terhadap sesama orang-orang yang beriman.

Dalam konteks perjuangan Islam, orang-orang yang beriman ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori, sebagai berikut:-

1. Mereka yang bersama-sama memperjuangkan Islam di dalam organisasi yang di sertai

2. Mereka yang memperjuangkan Islam di dalam gerakan Islam yang lain atau secara individu

3. Mereka yang memperjuangkan dasar-dasar selain Islam, samada berorganisasi atau bersendirian.

Namun, bukanlah yang dikehendakki dengan merendahkan diri itu bahawa para pendokong gerakan Islam itu menjadi sebagai orang-orang yang menghinakan maruah perjuangan dan diri mereka kepada orang lain, tetapi apa yang dikehendaki adalah mereka berkasih sayang, berlemah-lembut, bersabar dan memberi maaf terhadap orang-orang yang beriman dalam perkara-perkara yang sepatutnya. Memenuhi keperluan dan keinginan sesama orang beriman yang relevan dengan sifat iman itu sendiri.

Bersikap tegas dan keras

Perkara ini pula, ditegaskan di dalam firmanNya pada ayat dan surah yang sama sebagaimana di atas, yang berbunyi;

أعزة على الكافرين

Maksudnya: “…berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir…”

Frasa dari ayat 54 surah al-Maidah di atas itu, menyebutkan bahawa di antara sifat lain yang sepatutnya dihayati oleh para pendokong gerakan Islam adalah bersikap keras (kasar) ke atas orang-orang yang engkar dengan Allah; yang degil dengan ayat-ayatNya; juga yang mendustakan RasulNya.

Para pendokong gerakan Islam itu adalah mereka yang akan mencegah diri dari dikuasai atau tunduk kepada orang-orang kafir. Dalam ertikata lain, para pendokong gerakan Islam itu adalah mereka yang tidak akan mengalah dengan orang-orang kafir dalam perkara-perkara yang prinsip.

Allah (s.w.t) berfirman:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَا اسْتَطَعْتُمْ مِن قُوَّةٍ وَمِن رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ

Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu…”

Dalam ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa para pejuang Islam itu hendaklah membuatkan orang-orang kafir takut kepada mereka. Sebaliknya, bukanlah para pejuang itu yang merasa takut kepada orang-orang kafir, walau di atas alasan apa sekalipun.

Dan Allah (s.w.t) berfirman lagi:

أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

Maksudnya: “…bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)…”

Dalam keadaan yang memerlukan, bersikap kasar dan keras ke atas musuh Allah adalah di antara perkara yang dapat menghampirkan seseorang Mukmin itu kepada Allah; kerana hakikatnya seorang mukmin itu bersepakat dengan Tuhannya dalam kemarahan dan kebencianNya terhadap mereka yang kufur dan engkar.

Namun, para pendokong gerakan Islam hendaklah menghimpunkan atau mengimbangkan sikap keras (kasar) dan sikap berlemah lembut itu di dalam mendakwahi mereka. Setiap satu dari sikap itu adalah penting kepada mereka, di mana manfaatnya akan kembali kepada mereka juga.

Sikap para pejuang Islam, terhadap sesama orang-orang yang beriman bagaikan ibubapa bagi anak mereka dan sebaliknya, mereka berkeras ke atas orang-orang yang engkar sebagai-mana binatang buas terhadap mangsanya.

Sifat-Sifat Para Pendokong Gerakan Islam (Siri 1)

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment