Fikrah Haraki Tafsir Al-Quran

Sambungan Tafsir Ayat 1 Hingga Akhir Surah Al-Kafirun

Sambungan Tafsir Ayat 1 Hingga Akhir Surah Al-Kafirun

Sambungan Tafsir Ayat 1 Hingga Akhir Surah Al-Kafirun

Al-Baghawi
AYAT 1 (SAMBUNGAN)
Turun, pada satu kelompok dari Quraisy. Turun, pada satu kelompok dari Quraisy. Di antara mereka itu adalah: al-haris bin Qais as-Sahmi, al-`As bin Wail, al-Walid bin Mughirah, a-Aswad bin Abdun Yaghus, al-Aswad bin la-Mutalib bin Asad dan Umaiyah bin Khalaf, mereka berkata: Wahai Muhammad, marilah ikut agama kamidan kami akan ikut adagama kamu, kami akan berkongsi dengan kamu di dalam segala urusan kami. Kamu sembah tuhan kami setahun dan kami sembah tuhan kamu setahun. Maka sabda Nabi (s.a.w): Aku berlindung dengan Allah dari mensyirikkanNya dengan selainNya. Mereka berkata: Terimalah sebahagian dari tuhan-tuhan kami, nescaya kami menyokong engkau dan menyembah tuhan engkau, maka bersabda Nabi (s.a.w): Tunggu apa yang akan di datangkan oleh Tuhan ku di sisiku, Maka Allah menurunkan:
قل يا أيها الكافرون
…sehingga ke akhir surah, maka awal-awal pagi Rasulullah (s.a.w) ke masjid al-Haram, padanya ada pemimpin-pemimpin Quraisy, maka baginda berdiri di hadapan mereka kemudian membaca ke atas mereka sehingga habis surah, maka kecewalah mereka dan mereka pun menyakiti Nabi dan para sahabat.
AYAT 2
Al-Qurtubi
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
Berkata Ibnu Abbas: berkata Quraisy kepaa Nabi (s.a.w): Kami berikan kamu dari harta yang akan menjadikan kamu lelaki terkaya di Mekah, kami akan mengahwinkan engkau dengan sesiapa sahaja yang engkau kehendaki, dan kami berjalan di belakang engkau, tetapi engkau berhenti dari mencela tuhan-tuhan kami. Jika tidak, kami tawarkan kepada kamu satu-satunya pendekatan yang memberikan kebaikan kepada kami dan engkau, kamu sembah tuhan-tuhan kami setahun, dan kami sembah tuhan kamu setahun, maka turunlah surah ini.
وقيل: إنما كرر بمعنى التغليظ.
Dikatakan: Ada pun, pengulangan itu membawa makna kekasaran (ketegasan).
Dan dikatakan: Sesungguhnya mereka menyembah berhala, apabila sudah lama berhala itu, mereka jemu atau letih menyembahnya, mereka membuangnya, kemudian mereka mengambil berhala lain mengikut kehendak hawa nafsu mereka, maka apabila mereka melihat batu yang mengkagumkan mereka, melempar yang ini dan mengangkat yang lain pula, mengagungkannya, melantiknya sebagai tuhan yang mereka menyembahnya; maka diperintahkan ke atas Nabi (s.a.w), berkata kepada mereka: Aku tidak menyembah apa yang hari ini kamu sembah dari tuhan-tuhan yang kamu usahakan dengan tangan-tangan kamu sendiri.
AYAT 3 & 4
 Al-Wasit
Kata (ما) di sini merujuk kepada sandaran atau dasar. (Persoalan dasar, tak boleh berubah. Tak boleh kompromi – penyusun)

Sambungan Tafsir Ayat 1 Hingga Akhir Surah Al-Kafirun

AYAT 5
Qurtubi
ولا أنتم عابدون ما أعبد
Suatu penegasan bahawa apa yang telah disembah pada masa yang telah lalu, maka dia jugalah yang disembah pada masa akan datang. (Sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, bahawa tiada kompromi di dalam persoalan persoalan aqidah ataupun prinsip)
Dikatakan: Makna ayat: Katakanlah, wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah berhala yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah Allah yang aku menyembahnya; kerana perbuatan syirik kamu terhadapNya; dan kamu mengambil berhala, dan dalam masa yang sama kamu mendakwa bahawa kamu menyembahNya, maka kamu sebenarnya berbohong; kerana kamu telah mensyirikkanNya. Maka dasar kamu dan aku di dalam pengibadahan ini, bukanlah dari asas yang sama.

______________________________________

Bank Islam: 12168020073576

Maybank: 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment