Uncategorized

Seorang sahabat berfikir membunuh pasangan zina isterinya, apa kata Rasulullah…

Iklan

Sa’id bin Ubadah (r.a) berkata, “Seandainya aku melihat seorang lelaki bersama isteriku, pasti aku akan menebasnya dengan pedang tanpa ampun.” Ketika ucapannya itu terdengar oleh Rasulullah, beliau (s.a.w) bersabda, “Adakah kalian hairan dengan kecemburuan Sa’id? Demi Allah, aku lebih pencemburu daripada dia, dan Allah lebih pencemburu daripada aku. Kerana itu, Dia mengharamkan perbuatan keji, baik yang nampak maupun yang tersembunyi.( HR. Al-Bukhari dan Muslim )” 

Inilah di antara sebab kenapa Islam mengharamkan perbuatan zina. Perbuatan zina bukan sahaja perbuatan keji, malah ia juga satu perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya perbuatan-perbuatan keji yang lain. Ibubapa kepada anak perempuan yang dizinai, tentunya ada menyimpan rasa dendam dan tidak puas hati terhadap lelaki yang menjadi pasangan zina kepada anak perempuan mereka itu. Abang atau adik lelaki kepada perempuan yang dizinai, tentunya merasa amat marah kepada lelaki yang telah meragut kesucian adik atau kakak mereka. Maka lebih-lebih lagilah, suami kepada perempuan yang dizinai itu, tentunya ledakan kemarahannya kepada lelaki yang telah mencabar kelelakiannya akan menjadi lebih besar dan tidak akan dapat terkendalikan. Memang, si pelaku zina yang sudah berkahwin, hukumannya adalah direjam sampai mati, namun bertindak sendiri adalah suatu jenayah juga. Sebaliknya, jika tidak berbuat apa-apa, si suami akan merasa pengecut dan dayus disamping kehilangan harga diri sebagai aeorang lelaki. Rasa cemburu, lebih-lebih lagi seorang suami terhadap isterinya adalah suatu naluri besar yang Allah sendiri letakkan ke dalam diri setiap insan bernama suami. Jika iman lemah, maka tentulah rasa cemburu itu yang akan menguasai. Oleh sebab itulah Islam mengharamkan perbuatan zina. Islam tidak mahu ada suami yang serba salah di dua persimpangan. Bertindak kejam atau merasa diri dayus serta tiada harga diri.

Wallau a’lam…

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

1 Comment

Leave a Comment