Feqah Solat

1. Jenis-Jenis Solat & Perbezaannya Mengikut Mazhab-Mazhab

1. Jenis-Jenis Solat & Perbezaannya Mengikut Mazhab-Mazhab

1. Jenis-Jenis Solat & Perbezaannya Mengikut Mazhab-Mazhab

Jenis-Jenis Solat

Solat, ada beberapa jenis, sebagai mana yang dijelaskan di dalam mazhab yang empat, sebagai tertera dibawah.

Hanafiyah

Mereka berkata, solat, ada empat jenis. Pertama: Solat yang difardhukan (dan yang bersifat) fardhu ‘ain, seperti solat lima waktu. Kedua: Solat yang difardhukan (dan yang bersifat) fardhu kifayah, seperti solat jenazah. Ketiga: Solat wajibah, iaitu solat witir, qadha’ solat-solat sunat dan solat dua hari raya. Keempat: Solat sunat, samada yang masnunah atau mandubah. Ada pun sujud tilawah, bukan solat di sisi mereka.

Ringkasan

  1. Solat fardhu ‘ain, seperti: solat lima waktu.
  2. Solat fardhu kifayah, seperti solat jenazah.
  3. Solat wajib, iaitu solat witir, qadha’ solat-solat sunat dan solat dua hari raya.
  4. Solat sunat, samada yang masnunah atau mandubah.

Nota: Ada pun sujud tilawah, bukan solat di sisi mereka.

 

Malikiyah

Mereka berkata, solat terbahagi kepada lima bahagian; samada ia terdiri dari pada ruku’, sujud, bacaan, ihram, salam atau tidak. Dan bahagian pertama, dibawahnya ada tiga bahagian. Solat lima waktu yang difardhukan, solat sunat dan solat raghibah, iaitu solat dua rakaat fajar. Dan bahagian ke dua, dibawahnya ada dua pecahan. Salah satu dari keduanya; adalah apa yang terdiri ke atasnya sujud sahaja, iaitu sujud tilawah. Dan yang ke dua darinya; apa yang terdiri ke atasnya takbir, salam dan tiada padanya ruku’ dan sujud, iaitu solat janazah.

Ringkasan

  1. Terdiri dari ruku’, sujud, bacaan, ihram, salam.
    1. Solat Lima Waktu yang difardhukan
    2. Solat Sunat
    3. Solat Raghibah, iaitu solat dua rakaat fajar.
  2. Tidak terdiri dari ruku’, sujud, bacaan, ihram dan salam.
    1. Terdiri dari sujud sahaja, iaitu Sujud Tilawah.
    2. Terdiri dari takbir dan salam sahaja, iaitu Solat Janazah.

 

Syafi’iyah

Mereka membahagikan solat kepada dua jenis. Pertama, solat yang termasuk di dalamnya ruku’, sujud dan bacaan. Dan ini terbahagi pula kepada dua; solat lima waktu yang difardhukan dan solat sunat. Kedua; solat yang kosong dari ruku’ dan sujud, tetapi ia terdiri dari takbir, bacaan dan salam. Contohnya, solat janazah. Dan tiada di sisi Syafi’iyah Solat Wajibah sebagai yang pada Hanafiyah, dan tiada solat Raqibah sebagaimana terdapat pada Malikiyah, dan mereka tidak memanggil sujud tilawah sebagai solat, sebagaimana Hanabilah dan Malkiyah.

Ringkasan

  1. Solat yang termasuk di dalamnya ruku’, sujud dan bacaan.
    • Solat Lima Waktu yang difardhukan
    • Solat sunat.
  2. Solat yang kosong dari ruku’ dan sujud, tetapi ia terdiri dari takbir, bacaan dan salam.
    • Solat janazah.

 

Hanabilah

Mereka membahagikan solat kepada empat bahagian. Di antaranya, solat yang terdiri keatasnya ruku’, sujud, ihram dan salam. Dan dibawah ini, ada dua bahagian. Pertama: solat lima waktu yang difardhukan dan ke dua; solat-solat yang disunatkan. Dan bahagian yang ketiga solat yang terdiri ke atasnya takbir, salam dan bacaan, tetapi tiada padanya ruku’ dan sujud, iaitu solat janazah. Bahagian yang ke empat; solat yang terdiri ke atasnya sujud sahaja iaitulah sujud tilawah.

Ringkasan

  1. Solat yang terdiri keatasnya ruku’, sujud, ihram dan salam.
    • Solat Lima Waktu yang difardhukan
    • Solat-solat Sunat
  2. Solat yang terdiri ke atasnya takbir, salam dan bacaan, tetapi tiada padanya ruku’ dan sujud.
    • Solat Janazah
  3. Solat yang terdiri ke atasnya sujud sahaja.
    • Sujud Tilawah

1. Jenis-Jenis Solat & Perbezaannya Mengikut Mazhab-Mazhab

Jenis-Jenis Solat & Perbezaannya Mengikut Empat Mazhab

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment