Feqah Taharah

1. Bahagian-Bahagian Suci & Zat-Zat Yang Suci

Pembahagian Suci (Taharah) & Zat-Zat Yang Suci

Bahagian-Bahagian Suci

Suci (bersih), terbahagi kepada dua perkara; suci dari khabas dan kedua; suci dari hadas. Dan yang demikian itu adalah kerana syari’at mewajibkan ke atas orang yang bersolat bahawasanya adalah badannya dan pakaiannya suci dari khabas dan juga mengwajibkan ke atasnya bahawa badannya suci dari hadas.

Maka, ada pun khabas itu adalah zat yang kotor dari segi syara’ (najis), seperti darah, kencing dan yang seumpamanya yang akan datang keterangannya. Sesungguhnya kami telah menyebutkan bahawasanya khabas (najis) mengena ke atas badan, pakaian dan tempat (maka menjadilah kesemuanya bernajis).

Ada pun kemudian, suci dari khabas (najis) itu terbahagi kepada dua bahagian: suci yang asli dan suci yang ‘aridhah. Ada pun suci yang asli, maka ia terdiri daripada sesuatu yang suci dengan asal kejadiannya.; seperti air, tanah, besi, bahan galian dan seumpamanya dari apa yang akan datang pada membahaskan zat-zat yang suci. Maka sesungguhnya, setiap sesuatu dari zat-zat ini, disifatkan dengan suci dengan cara semulajadinya.

Ada pun suci yang ‘aridhah, maka ia adalah membersihkan dari najis yang terkena kepada benda-benda yang suci ini. Digelar suci yang ‘aridhah kerana ia mendatangkan sebab-sebab yang menghilangkan dan menceraikan hukum khabas (najis) itu oleh air, tanah dan selain dari keduanya, dari apa yang akan didatangkan keterangannya pada membahaskan persoalan menyingkirkan najis.

Ada pun hadas, maka ia sifat yang dihukumkan ke atasnya. Pertama: menyifatkan dengannya akan syari’at, tubuh manusia, seluruhnya di dalam keadaan janabah, atau; kedua: sebahagian anggota badan dengan sebab terhapusnya wudhuk kerana angin (kentut), kencing dan seumpamanya.

Dikatakan bagi yang pertama: Hadas Besar (bersetubuh); dan mensucikan diri darinya adalah dengan mandi (mandi wajib). Mengikutinya haidh dan nifas. Sesungguhnya syara’ menghukumkan ke dua-duanya sifat yang terdiri bagi seluruh badan yang menghalang dari solat dan selainnya dari apa yang menghalangnya oleh hadas besar sebelum mandi (mandi wajib).

Dikatakan bagi yang kedua: Hadas Kecil; dan mensucikan diri darinya adalah dengan wudhu’.

Tayamum, menggantikan mandi dan wudhuk ketika ketiadaan air atau ketiadaan keupayaan untuk menggunakannya.

 

Zat-Zat Yang Suci

Sesungguhnya telah diketahui dari pembahagian taharah (kesucian) bahawasanya ia terbahagi kepada suci dari khabas dan suci dari hadas. Telah diketahui bahawa khabas itu disisi fuqaha’ adalah zat najis. Maka kami telah sebutkan contoh-contoh dari zat-zat najis. Dan zat-zat yang suci adalah yang berlawanan dengannya. Kemudian kami akan sebutkan apa yang menyembuhkan dengannya dari najis dan cara mensucikannya.

Kami mulakan dengan menyebutkan zat-zat yang suci. Di sana, asal sesuatu itu adalah suci, selama mana tidak terbukti kenajisan dengan dalil. Dan zat-zat yang suci itu ada banyak. Di antaranya manusia, samada hidup atau mati. Sebagaimana firman Allah ta’ala:

ولقد كرمنا بنى أدم

…dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam…

 

Ada pun firman Allah ta’ala:

إنما المشركون نجس

Sesungguhnya, orang-orang kafir musyrik itu najis

Maka apa yang dikehendakki denganya adalah najis maknawiyah yang syara’ telah menghukumkannya. Dan bukanlah apa yang dikehendakki dengan zat orang-orang musyrik itu najis, sebagaimana babi itu bernajis.

Dan daripadanya, benda bukan hidup. Dan iaitu adalah tiap-tiap jisim yang tidak bernyawa. Terbahagi kepada dua; yang pejal dan yang cair.

Benda-Benda Pejal Yang Suci

Di antara yang pejal (beku); seluruh bahagian bumi dan segala logam-logam yang ada di dalamnya. Seperti, emas, perak, tembaga, besi, timah dan seumpamanya. Di antaranya, seluruh jenis tumbuh-tumbuhan; walau pun pokok ganja. Dan dikatakan baginya, perkara-perkara yang membinasakan (المفسد); dan iaitu apa yang menghilangkan aqal, kecuali panca indera. Atau, ubat tidur; iaitu apa yang menghilangkan aqal dan panca indera sekali gus. Atau, apa yang memudharatkan badan; seperti tumbuhan-tumbuhan beracun. Maka tumbuhan-tumbuhan ini, semuanya suci, jika pun diharamkan darinya adalah kerana ia menyebabkan kemudharatan aqal dan panca indera atau seumpamanya.

[KLIK SINI] untuk ke tajuk: 2. Zat-Zat Yang Suci & Najis

1. Bahagian-Bahagian Suci & Zat-Zat Yang SuciBahagi

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment