Tafsir Al-Quran

Tafsir Surah Al-Waqi’ah Ayat 25

_________________________

Ayat 25

لَا یَسۡمَعُونَ فِیهَا لَغۡوࣰا وَلَا

Mereka tidak akan mendengar kata-kata kebatilan di Syurga (Perkataan kebatilan الباطل juga relevan dengan beberapa makna, iaitu; kepalsuan, kebohongan, sia-sia, tidak masuk aqal dan lain-lain). Mereka juga tidak akan mendapat dosa dengan mendengarnya. [my]

Tidak tersambar ditelinga mereka kata-kata yang keji, kotor atau cabul. Tidak ada dosa yang menimpa mereka atas apa yang mereka dengar. [st]

Maksudnya: Mereka tidak mendengar di dalam syurga an-Na’im itu, ucapan yang sia-sia dan tidak bermanfaat, atau kata-kata yang menyebabkan berdosa orang yang mengucapkannya. [sd]

Suatu penyempurnaan nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada mereka di Syurga. Perkataan اللغو adalah perkataan sia-sia yang tidak ada manfaat, dan tidak ada timbangan. Maksud ayat: Golongan (kluster) المقربون itu tidak akan mendengar di syurga kata-kata yang tidak bererti; لا يعتد به… Mereka juga tidak mendengar, kata-kata buruk atau hodoh, untuk mengaitkan satu sama lain apa yang tidak patut untuknya. [w] _____________________

Ayat 26

إِلَّا قِیلࣰا سَلَـٰمࣰا سَلَـٰمࣰا

Kecuali kata-kata mereka di antara satu sama lain: “Salam, salam”, saling menghormati di antara satu sama lain serta mengucapkan salam dikalangan mereka. Berkata Abu Sa’id: Maknanya, bahawasanya mereka menyebarkan salam dengan saling mengucapkan salam, kemudian salam; atau tidak didengar dari mereka semua melainkan ucapan salam samada memberi atau menjawab salam. [st]

. . . . . . .

Kecuali kata-kata yang baik, dan itu kerana ia adalah tempat tinggal orang-orang yang baik, dan tidak ada apa-apa di dalamnya kecuali semua yang baik. Ini adalah bukti akhlak ahli-ahli Syurga dalam perbualan dan percakapan mereka sesama mereka dan ianya adalah perkataan yang baik-baik dan membahagiakan jiwa. Dan selamatlah mereka dari segala perkataan sia-sia dan dosa… [sd]

. . . . . . .

Aman dari keaiban (Keburukan, kejahatan dan kecelaan.) Pengulangan perkataan ini -سلاما- bertujuan untuk penekanan (viral)… Dan banyaknya perhormatan sesama mereka dengan lafaz ini yang menunjukkan cinta dan keharmonian. Mereka tidak akan mendengar apa-apa di Syurga melainkan “Salaam” dan segera selepas itu (tidak lama selepas itu), “Salaam”. Kata-kata penghormatan diikuti dengan kata-kata penghormatan, dan kasih sayang diikuti dengan kasih sayang. Ini adalah kerana ucapan “Salaam”, tidak termasuk di bawah terminologi laghwi -اللغو-. Dan di sini kita dapati ayat-ayat yang mulia, menjelaskan pembahagian manusia pada hari kiamat. Telah diperincikan apa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah disediakan untuk as-Sabiqin (Golongan Pendahulu), iaitulah pemberian yang besar dan kelebihan yang menyeluruh. [w]

. . . . . . .

Mereka hanya mendengar salaam para malaikat kepada mereka, dan salaam salah seorang dari mereka kepada yang lain.[msr]

________________________________

Mengenali kluster Ashabul Yamin…

Ayat 27

وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡیَمِینِ مَاۤ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡیَمِینِ

Dan setelah pembicaraan ini penuh dengan karunia dan berkat tentang as-Sabiqun… Datang pula pembicaraan tentang Ashabul Yamin dan tentang apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah sediakan untuk mereka pahala: Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَصْحَابُ اليمين

Berkata al-Allusi: Allah Subhanahu wa Ta’ala mula menjelaskan perincian hal ehwal mereka, setelah menjelaskan hal ehwal as-Sabiqun.

Dan perkataan -أصحاب- : subjek, dan Firmannya: (Apakah Ashabul Yamin itu?) adalah ayat pertanyaan yang menyatakan kedudukan mereka yang terhormat serta kagum dengan keadaan mereka. [w]

وَأَصْحَابُ اليمين

Dan Ashabul Yamin, betapa hebatnya kedudukan dan pahala mereka !! [myr]

Dan Ashabul Yamin, apa Ashabul Yamin itu? Wahai besarnya kedudukan dan urusan mereka dengan Tuhan. [mtr]

Mereka hebat, dan keadaan mereka sangat hebat sekali. [s]

Pertanyaan adalah untuk melahirkan rasa penghormatan dan kekaguman tentang keadaan mereka. Maksudnya: Kamu tahu siapa mereka dan bagaimana kedudukan mereka? [st]

____________________________

Ayat 28

٢٨. فِی سِدۡرࣲ مَّخۡضُودࣲ

(Mereka bersenang-lenang) di antara pohon-pohon… [ab]

Yang tidak ada duri padanya. [myr]

Di pohon yang dipotong durinya, tidak ada kesusahan di dalamnya. [mtr]

Duri dan rantingnya yang buruk dan berbahaya telah dipotong; dan dijadikan tempat untuk buah-buahan yang bagus; dan aras untuk bahagian orang-orang yang terkemuka, teduhan atau redupan dari bayang-bayang dan keselesaan tubuh di dalamnya. [s]

Dan perkataan -السِدْر- : pokok bidara, satu Sidra (Berduri), dan Khudoud (Tidak berduri).

Maksud ayat: Bebas duri. Dikatakan:

خضد فلان الشجر

Si fulan memotong pokok

Apabila dia memotong duri yang ada dengannya. Atau Makhdhud (lemah), dengan makna penuh buah, hingga dahannya bengkok. Dan, Ashabul Yamin akan ditempatkan pada hari kiamat di taman-taman yang dipenuhi pohon-pohon yang tidak berduri dan dipenuhi dengan buah-buahan yang baik; yang rantingnya melentur kerana kelebatan buahnya. [s]

Ayat 29

وَطَلۡحࣲ مَّنضُودࣲ

Informasi untuk nikmat yang kedua. Perkataan الطَلْح: Mereka (yakni, para ulama) mengatakan itu adalah pokok pisang. [w] Dan pisang yang tersusun sebahagiannya atas sebahagian yang lain. [myr] Pokok Akasia yang terkenal, (ia mempunyai daun padat dengan bahagian rendang – tambahan penyusun) dan ia adalah pokok (besar) di padang pasir, yang dahannya dihiasi dengan buah yang lazat dan menyelerakan. [s]

Ayat 30

وَظِلّ مَّمۡدُودࣲ

Bayangan yang rata dan lebar, tidak akan hilang sebagai mana bayangan seperti itu hilang di dunia, apabila digantikan oleh cahaya matahari. Kedua syeikh dan yang lain telah mengeluarkannya, dari Abu Hurairah – semoga Allah redha kepadanya – bahawa Rasulullah – sallallahu alaihi wa sallam – bersabda: Di Syurga ada pohon di bawah naungannya seorang penunggang dapat menempuh perjalanan selama satu tahun – dan dalam riwayat lain seratus tahun – baca jika anda mahu dan bacalah ayat ini jika ada mahu dengan maksud;

وَظِلّ مَّمۡدُودࣲ

“…dan bayangan yang panjang”… [w]

وَظِلٍّ مَمْدُود

Ia kekal, tidak boleh ditimpa cahaya matahari, dan orang-orang Arab mengatakan kepada perkara yang tidak akan putus atau berhenti, mamdud. [s]

أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِيٍّ حَسَّانُ ابن سَعِيدٍ الْمَنِيعِيُّ أَخْبَرَنَا أَبُو طَاهِرٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مَحْمِشٍ الزِّيَادِيُّ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ الْقَطَّانُ، حَدَّثَنَا أَبُو الْحَسَنِ أَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ السُّلَمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: “فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةٌ يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا”. (صحيح)

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, bersabda: “Di Syurga ada pohon, di bawah naungannya seorang penunggang akan berjalan selama seratus tahun….”

وَرَوَى عِكْرِمَةُ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ: ﴿وَظِلٍّ مَمْدُودٍ﴾ قَالَ: شَجَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ عَلَى سَاقِ الْعَرْشِ يَخْرُجُ إِلَيْهَا أَهْلُ الْجَنَّةِ فَيَتَحَدَّثُونَ فِي أَصْلِهَا وَيَشْتَهِي بَعْضُهُمْ لَهْوَ الدُّنْيَا فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهَا رِيحًا مِنَ الْجَنَّةِ فَتُحَرِّكُ تِلْكَ الشَّجَرَةَ بِكُلِّ لَهْوٍ فِي الدُّنْيَا.

Sebatang pokok di syurga di dasar Arasy, ahli-ahli syurga akan keluar kepadanya Mereka bersembang, dan sebahagian dari mereka menginginkan keseronokan dunia. Kemudian Allah, Azza wa Jalla, mengirimkan angin dari Syurga kepadanya dan pokok itu akan bergerak dengan setiap keseronokan di dunia. [b]

قَوْلُهُ تَعَالَى: وَظِلٍّ مَمْدُودٍ

Kekal, tidak pernah hilang, dan matahari tidak sekali-kali akan menghapuskannya. Sebagai mana Firman Allahu Ta’ala:

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? – bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Itu pada waktu pagi dan itu antara mula perjalanan dan matahari terbit, sesuai dengan apa yang telah terdahulu keterangannya di sana. Dan seluruh syurga adalah redup tanpa cahaya matahari. Ar-Rabi` bin Anas berkata: Maksudnya, redupan Arasy.

وَفِي صَحِيحِ التِّرْمِذِيِّ وَغَيْرِهِ مِنْ حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ: وَفِي الْجَنَّةِ شَجَرَةٌ يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ (وَظِلٍّ مَمْدُودٍ).

Sekian nukilan penyusun dari Qurtubi. [q]

………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz seorang warga OKU. Sejak jatuh pada April 2020, keadaan beliau bertambah uzur dari sebelumnya. Akaun Bank Islam 12168020073576 & akaun Maybank 164799034703 untuk perkongsian Ilmu, Dakwah & lain² keperluan. [[email protected]]

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment