Surah Maryam Tafsir Al-Quran

Surah Maryam Ayat 1

AYAT 1

كۤهیعۤصۤ

Dalam tafsir at-tobari, ada disebut bahawa huruf kaf, di antaranya mewakili perkataan ‘kabir’ yang membawa makna agung, besar, luas dan seumpamanya. Ia juga mewakili perkataan ‘kafin’ yang membawa makna yang cukup. Ia juga mewakili perkataan ‘karim’ yang membawa makna; yang dermawan, pemurah dan seumpamanya.

Huruf ha, di antaranya mewakili perkataan ‘hadin’ yang membawa makna pemandu, pemimpin, pembimbing, penuntun, yang mengarahkan dan seumpamanya.

Huruf ya, di antaranya mewakili perkataan ‘yamin’ yang membawa makna yang benar dan seumpamanya. Ia juga mewakili perkataan ‘hakim’ yang membawa makna yang arif, bijaksana dan seumpamanya. Ia juga mewakili perkataan ‘yujir’ yang membawa maksud melindungi, menjaga, membantu, membebaskan, menyelamatkan dan seumpamanya.

Huruf ain membawa makna yang mengetahui dan seumpamanya. Ia juga mewakili perkataan ‘aziz’ yang membawa makna yang terkasih, yang perkasa, kuat dan seumpamanya. Ia juga mewakili perkataan ‘adl’ yang membawa makna yang berlaku adil, melakukan penyesuaian, mengatur, mengatasi, mengubah, menyesuaikan dan seumpamanya.

Huruf sad, di antaranya mewakili perkataan ‘sadiq’ membawa makna yang benar dan seseumpamanya.

[t]

AYAT 2

ذِكْرُ رَحْمَةِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا

Inilah yang kami akan sebutkan kepadamu, wahai Muhammad, adalah sebahagian daripada kisah hamba kami Zakaria, dan memperlihatkan sebahagian daripada rahmat yang telah kami khususkan dan kurniakan kepadanya.

[w]

AYAT 3

إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَاۤءً خَفِیࣰّا

Dia berdoa kepada Tuhannya, Maha Suci Dia, secara rahsia, supaya lebih dekat kepada jawapan.

[mtr]

Doa; di antara nyaring dan tersembunyi…

Doa secara sembunyi itu lebih disukai Allah Ta’ala lantaran ianya lebih jauh dan lebih selamat daripada sebarang ancaman riya’ (menunjuk-nunjuk), dan yang afdhalnya ialah, berdoa sesuai dengan keadaan, andainya di dalam keadaan yang memerlukannya dengan suara yang nyaring – contohnya, ketika menjadi Imam bagi Solat Istisqo’ mohon hujan, ataupun agar doa itu diaminkan oleh semua hadirin yang menyertai sesuatu majlis, ataupun seperti ketika melakukan Qunut secara solat berjemaah – maka berdoa di waktu itu sudah tentulah diperlukan dengan suara yang nyaring. Dan tidak semestinya berdoa dengan suara yang nyaring itu boleh menyebabkan seseorang itu riya’ dan tidak merendah diri kepada Allah Ta’ala. Tapi kalau berdoa di dalam keadaan yang tidak diperlukan ianya dinyaringkan, maka untuk apa dinyaringkan? Dalam erti kata lain: berdoalah dengan suara yang perlahan. Apatah lagi terdapat beberapa bukti yang sahih yang menyatakan fadhilat dan keutamaan berdoa tanpa dinyaringkan suara, di antaranya ialah: (daripada anas r.a.: “pahala berdoa secara tersembunyi itu, menyamai 70 kali ganda pahala berdoa secara tidak tersembunyi).

[p]

Firman Allah:

إِذْ نادى رَبَّهُ نِدَآءً خَفِيّاً

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Yang dimaksud dengan النداء adalah doa yang dipanjatkan oleh Zakariyya kepada Tuhannya Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung. Maksudnya: Inilah yang kami bacakan kepadamu wahai Muhammad, pada permulaan surah ini, dan kami sebutkan kepadamu, adalah sebahagian dari rahmat kami kepada hamba kami Zakaria. Waktu dia memanggil dan merintih kepada kami secara sembunyi-sembunyi dan rahsia, memohon kepada kami zuriat yang soleh. Adapun, Zakaria menyembunyikan doanya, kerana penyembunyian doa ini, jauh dari kemunafikan, dan lebih dekat kepada keikhlasan, dan Allah subhanahu wata’ala memerintahkan dalam firman-Nya.

ادعوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ المعتدين

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Nampaknya doa ini dipanjatkan oleh Zakaria kepada Tuhannya pada waktu dia sering mengunjungi Mariam, dan dia memberitahunya tentang apa yang Allah subhanahu wa Ta’ala telah berikan kepadanya rezeki yang berlimpah. Ini dibuktikan dengan firman-Nya subhanahu wa Ta’ala:

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَهَا نَبَاتاً حَسَناً وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا المحراب وَجَدَ عِندَهَا رِزْقاً قَالَ يامريم أنى لَكِ هذا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِندِ الله إِنَّ الله يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدعآء

Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”. Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

[wlt]

…………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU di talian: 0147067175.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment