Ayat 286
لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
Karena agama Allah itu berdasarkan kemudahan, tidak ada kesulitan di dalamnya. Agama ini didirikan di atas kemudahan dan meringankan beban dan kesulitan para hamba, sehingga Allah memerintahkan mereka dengan apa pun yang dapat mereka lakukan, dan Dia tidak meminta pertanggungjawaban mereka atas apa yang tidak mampu mereka lakukan.[mtr]
Dasar atau asas kepada perintah dan larangan bukanlah bertujuan untuk menyukarkan atau menyusahkan. Ini juga ada dinyatakan di dalam firman Allah subhanahu wa ta’ala;
ما جعل عليكم في الدين من حرج…
Bahkan ia adalah makanan untuk jiwa dan ubat untuk badan. Ia umpama diet atau pemakanan seimbang bagi tubuh badan untuk mengelak dari kemudharatan. Allah subhanahu wa ta’ala memerintahkan para hamba untuk melakukan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dengan sifat belas kasihan dan ihsan (kebaikan). Namun, jika terdapat beberapa keadaan yang mungkin menyebabkan kesusahan atau kesukaran, di sana, ada keringanan dan kemudahan. Sama ada dengan menggugurkannya dari pada orang yang diwajibkan, atau digugurkan sebahagian daripadanya. Contohnya seperti meringankan orang sakit, musafir, dan lain-lain. [s]
Perkataan الوسع, seperti kata al-Zamakhshari: Apa yang boleh dilakukan oleh seseorang, dan tidak sukar kepadanya. Maksudnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerintahkan melainkan apa yang sesuai dengan kemampuannya dan ia mudah dilakukan tanpa perlu kepada tahap upaya dan usaha yang tinggi. Ini adalah berita tentang keadilannya dan rahmat nya. Firman Allah:-
يُرِيدُ الله بِكُمُ اليسر وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ العسر
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran… Kerana, seseorang manusia itu mampu untuk solat lebih dari lima waktu, berpuasa lebih dari sebulan, dan berkumpul untuk ibadat haji lebih dari sekali. Ayat yang mulia ini memberitahu kita beberapa manifestasi rahmat dan belas kasihan Tuhan kepada kkita Di mana, Dia memerintahkan kita dengan apa yang kita mampu. Al-Quran telah menyebut perkara ini dalam banyak ayat. Di antaranya, termasuklah firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدين مِنْ حَرَجٍ
Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama…
يُرِيدُ الله أَن يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الإنسان ضَعِيفاً
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah… Jika sebahagian perintah yang Allah tetapkan kepada kita kelihatan menyukarkan, maka sesungguhnya kesusahan ini sebenarnya berada dalam kemampuan dan keupayaan manusia. Allah akan memberi kita pahala yang besar untuk kepatuhan kita, kerana Dia berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصابرون أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. [w]
…………………………………………………….
Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU. Beliau boleh dihubungi di: 014-7067175.