Hadis Rasulullah (s.a.w)

Islam Kembali Menjadi Asing

Islam Kembali Menjadi Asing
Islam Kembali Menjadi Asing

Hiasan

Ini adalah hadis yang meriwayatkannya oleh Muslim (145);

بدأَ الإسلامُ غريبًا وسيعودُ غريبًا كما بدأَ فطوبى للغرباءِ

Disebut di dalam Hasyiah Ibnu Majah:

غريبا

Maksudnya, sedikit ahlinya; dan asal makna perkataan `الغريب’; ialah, jauh dari tanah air.

وسيعود غريبا

Maksudnya; Sedikit orang-orang yang menegakkan Islam; dan sedikit yang menolong ke atasnya, walau pun ahlinya ramai.

فطوبى للغرباء

Maksudnya; maka dibahagiakanlah atau diberkatilah atau dimenangkanlah bagi golongan yang asing itu. Perkataan `طوبى’ juga ditafsirkan dengan syurga dan pokok yang besar di dalamnya. Dan padanya, peringatan ke atas bahawasanya menolong agama Islam dan melaksanakan segala urusannya, menjadi keperluan kepada agama dan penganutnya telah yang dilihat sebagai asing; dan bersabar di atas penderitaan serta kesusahan sebagai golongan yang dipandang asing, sebagaimana adanya di awalnya.

Dan menaqal An-Nawawi di dalam syarah sahih Muslim dari al-Qadhi Eiyadh bahawasanya dia berkata tentang pengertian hadis: “Bahawasanya Islam bermula dari individu kepada beberapa individu dan sedikit bilangan mereka. Kemudian, ia berkembang dan zahir. Kemudian akan menyusulinya kekurangan dan prasangka (prejudis), sehingga tiada kekal melainkan dalam beberapa orang dan sedikit bilangannya juga sebagaimana dia bermula.

Dan telah datang dalam “فتاوى اللجنة الدائمة” (2/170):

Makna hadis adalah bahawa Islam bermula dalam keadaan asing, apabila Rasulullah [s.a.w] mendakwahkan manusia kepadanya, maka tidak menyahut baginya melainkan seorang selepas seorang, lalu dia menjadi asing dengan asingnya ahlinya. Ini adalah kerana sedikit dan lemahnya mereka, sedangkan musuhnya ramai, kuat, zalim dan menguasai ke atas orang-orang yang beriman, sehingga mereka berhijrah ke Habsyah sebagai pelarian dengan ugamanya dari fitnah dan dengan dirinya; dari kemudharatan, penganiayaan, kezaliman dan penindasan.

Dan sehingga berhijrah Rasululllah [s.a.w] dengan perintah Allah [s.w.t] ke Madinah selepas apa yang telah menimpanya dari kekejaman yang bersangatan. Dan Rasulullah [s.a.w] berharap Allah mempersiapkan baginya orang yang menyokongnya pada dakwahnya, dan berdiri bersamanya dengan menolong Islam. Allah membenarkan harapan Nabinya itu. Dia memuliakan tenteranya dan menolong hambaNya; dan mendirikan daulat Islam dan berkembang dengan pertolongan Allah, di seluruh dunia. Dan Allah yang maha suci menjadikan kalimah kufur itu di bawah; dan kalimah Allah itu yang tertinggi; dan Allah itu perkasa lagi bijaksana; dan bagi Allah kemuliaan; dan juga untuk Rasulnya dan orang-orang yang beriman; dan berterusanlah urusan di atas yang demikian dalam masa yang lama.

Kemudian bermulalah perpecahan dan kelemahan di antara kaum muslimin. Kelemahan dan kerosakan terjadi, satu lepas satu, sehingga kembalilah Islam menjadi asing sebagaimana ia bermula, tetapi bukan disebabkan oleh sedikitnya bilangan mereka; kerana sesungguhnya mereka itu ramai pada hari ini. Tetapi, berlaku yang demikian itu kerana ketiadaan sikap berpegang kepada agama mereka dan berpegang dengan kitab Tuhannya; dan mereka melemparkan petunjuk Rasulullah [s.a.w], melainkan sesiapa yang dikehendakki Allah. Mereka menyibukkan diri mereka dengan menghadapi dunia serta berlumba-lumba padanya, sebagaimana berlumba orang-orang sebelum mereka; dan mereka membunuh antara satu sama lain kerana hendak mendapatkannya dan mewarisinya, maka terdapatlah laluan masuk musuh-musuh Islam ke tengah-tengah umat Islam dan mengambil kesempatan mempengaruhi dan menguasai negeri-negeri mereka dan mengawasi mereka. Mereka menjajah umat Islam serta merendah-rendahkan mereka. Mereka mendatangkan ke atas umat Islam, seburuk-buruk azab. Inilah dia asingnya Islam yang kembali kepadanya; sebagaimnana ia bermula denganya.

Sesungguhnya, memandang jamaah (dari mereka, as-Syeikh Muhammad Rasyid Redha); bahawasanya pada hadis ini berita gembira dengan pertolongan Allah ke atas Islam selepas asingnya Islam bagi kali ke dua. Pengambilan itu daripada perumpamaan di dalam sabda Nabi [s.a.w];

وسيعود غريباً كما بدأ

Maka sebagaimana adalah selepas asing yang pertama, menjadi mulia orang-orang Islam dan berkembang Islam, maka demikian jugalah akan jadi baginya selepas singnya yang kedua pertolongan dan kemajuan.

Dan ini adalah pandangan yang lebih nyata, dan menguatkannya berdasarkan apa yang thabit di dalam hadis al-Mahdi dan penurunan Isa alaihis Salam di akhir zaman dari kemajuan Islam dan kemuliaan kaum msulimin dan kekuatan mereka; dan jatuhnya kekafiran dan kedegilan.

Islam Kembali Menjadi Asing

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment