Mensucikan najis, ada beberapa perkara: darinya adalah air yang suci.
Asy-Syafi’iyah
Cara bersuci dengan air yang suci pada najis mughallazah, dan ia adalah dari anjing; atau babi; atau apa yang lahir darinya; atau lahir salah satu darinya: Ia bahawasanya membasuh tempat yang kena najis, tujuh kali dan bahawasanya dicampur air dari salah satu basuhan, akan tanah yang suci; maksudnya tanah tidak bernajis dan bukan tanah yang sudah digunakan untuk bertayammum. Dan yang dikehendakki dengan tanah di sini, apa yang umum dari tanah pada tayamum, maka termasuk pasir berwarna kuning, merah, putih dan tanah liat dan apa yang bercampur dengan benda yang suci yang lain, seperti debu yang halus.
Tiga cara yang boleh dilakukan:
- Mengadun (blending) air dengan tanah sebelum meletakkannya ke atas tempat yang kena najis.
- Meletakkan air ke atas tempat yang kena najis sebelum tanah, kemudian diletakkan ke atasnya tanah.
- Meletakkan tanah ke tempat yang kena najis terlebih dahulu, dan kemudian menuangkan ke atasnya air.
Dan tidak memadai tertib basuhan dengan semua cara itu, melainkan setelah menghilangkan atau menyingkirkan jirim najis itu. Maka jika tempat yang kena najis itu kering, memadai, satu dari tiga kaifiyat itu. Dan jika adalah tempat yang kena najis itu basah, tidak memadai meletakkan tanah diawal (cara ke-3) kerana (najis itu) akan menajiskannya dengan sebab kurangnya air; dan memadai dengan dua kaifiyat yang lain. Memadai, jika najis mughalllazah itu berada di tanah, dan tanah yang ada itu sudah cukup untuk mengubah zat najis pada mensucikannya dengan tujuh basuhan, tanpa dicampur dengan tanah yang lain.
Dan yang utama, tujuh basuhan yang menghilangkan dengannya zat najis. Maka jika hilang zat najis dengan satu basuhan, maka ia dikira satu basuhan dan menambah padanya enam. Dan jika hilang najis dengan basuhan yang ke enam, maka dikira satu dan menambah ke atasnya enam. Dan jika hilang najis pada basuhan yang ke tujuh, maka dikira satu dan menambah ke atasnya enam. Penghilangan sifat-sifat najis itu dari rasa, warna dan bau tidak berhenti atas beberapa bilangan basuhan.
Ada pun najis mukhaffafah, maka kaifiyat penyuciannya bahawa memercikkan ke atas tempat yang kena najis akan air yang meratai najis, jika najis itu tidak mengalir. Dan najis mukhaffafah itu adalah kencing bayi lelaki yang belum cukup dua tahun dan belum makan melainkan susu dan yang sejenis dengannya; di antaranya keju, kepala susu (القشدة), mentega; samada susu manusia atau selainnya; berbeza dengan (bayi) perempuan dan khunsa musykil. Maka sesungguhnya kencing keduanya wajib membasuhnya kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:
يغسل من بول الجارية و يرش من بول الغلام
Maksudnya: “Membasuh kencing budak perempuan, dan merenjis kencing budak lelaki.” Dan memasangkan atu memasukkan khunsa dengan perempuan.
Maka apabila bertambah (umur) bayi itu lebih dua tahun, wajib membasuh kencingnya, walau pun dia belum lagi makan selain susu. Begitulah juga, wajib membasuh kencingnya apabila dia sudah makan selain susu walau pun sekali. Tetapi jika diberikan kepadanya sesuatu, bukan dengan tujuan makan dan dia memakan darinya, seperti ubat, maka itu tidak menghalang kepada cara merenjis di dalam membersihkan najisnya. Dan tidak boleh tidak dari menghilangkan zat najis sebelum merenjis tempat yang kena najis dengan air. Seperti memerah pakaian atau mengeringkan. Dan yang demikian itu tidak boleh tidak dari menghilangkan sifat-sifat najis bersama renjisan. Maka persoalan ini dikhususkan kepada kencing untuk mengeluarkan najis selain kencing, maka wajib padanya basuhan.
5. Apa Yang Mensucikan Najis