Feqah Taharah

Bagaimana berwudhuk sedangkan ada bahagian anggota yang berbalut

Iklan

Pembahasan Tentang Pembalut Kecederaan

Ta’rif

Kata الجبيرة pada istilah fuqahak adalah kain yang membalut dengannya anggota yang sakit, atau ubat yang diletakkan di atas anggota yang sakit itu. Tidak disyaratkan pada balutan bahawa adalah ia ketat dengan tongkat dari kayu atau pelepah atau seumpama itu sebagaimana tidak disyaratkan untuk menjadi anggota yang dibalut itu patah, bahkan termasuk ke dalam pembalut kecederaan ini anggota yang sakit sama ada ia patah, luka, terseliuh atau seumpama itu. Maka ‘ الجبيرة ‘ di sisi fuqahak adalah nama bagi balutan yang membalut dengannya akan anggota yang sakit. Atau ubat yang diletakkan di atas anggota itu.

Apakah yang difardhukan kepada orang yang memakai pembalut kecederaan yang menghalangnya menggunakan air

Apabila ada di atas anggota dari anggota-anggota mukallaf yang wajib dia membasuhnya pada wudhu’ atau mandi جبيرة dari balutan atau ubat, dan adalah membasuh anggota itu menjadi memudharatkannya atau menyakitinya maka sesungguhnya menjadi fardhu ke atasnya sapuan di atas balutan jika adalah anggota itu dibalut atau sapuan ke atas ubat jika ia terdapat di atas anggota itu tanpa balutan dan jika menyapu ke atas ubat itu memudharatkannya maka hendaklah dia membalutnya dengan kain bersih, kemudian dia menyapu ke atas kain ini, dan ketiadaan rasa sakit balutan yang membalut dengannya akan anggota yang sakit itu. Ini adalah hukum untuk orang yang memakai الجبيرة yang dengannya sakit pada anggota dari anggota-anggota wudhu’ atau mandi (basuh); dan fardhu ke atasnya menyapu ke atas anggota apabila basuhan memudharatkannya. Jika memudharatkannya sapuan ke atasnya dia membalutnya dengan kain dan sapulah ke atas balutan. Tidak berbeza pada ini, selain asy-Syafi’iyyah dan sebahagian al-Hanafiyah.

[Asy-Syafi’iyyah] Berkata: Sama ada anggota yang sakit dibalut atau di atasnya ada ubat; mengenai yang pertama, jika ia dibalut maka sesungguhnya wajib ke atas pesakit, tiga perkara;

1. Membasuh bahagian yang tidak sakit.

2. Menyapu ke atas نفس الجبيرة, dan ia adalah balutan yang terletak di atas tempat sakit. Dan sapuan ini mengambil tempat membasuh bahagian-bahagian yang tidak sakit; yang terselindung disebalik balutan maka apabila meletakkan balutan di atas tempat yang sakit sahaja dan tidak mengambil bahagian anggota yang tidak sakit maka tidak wajib sapuan ke atas kain dalam keadaan ini dan seperti itu bagaimana jika dia boleh membasuh bahagian yang tidak sakit yang berada dibawah balutan itu.

3. Bertayammum, menggantikan bahagian yang sakit.

Maka jika seseorang itu berada di dalam keadaan berjunub maka tidak wajib ke atasnya tertib, tiga perkara ini. Di mana harus baginya memulakan salah satu daripadanya. Jika dia tidak dalam keadaan junub maka wajib ke atasnya tertib di antara membasuh dan tayammum sahaja dengan makna dia basuh dulu bahagian yang tidak sakit sebelum tayamum. Ada pun sapuan ke atas pembalut maka sah dia mendahulukannya ke atas basuh atau ke atas tayamum.

Jika merata kesakitan ke seluruh anggota maka cukup baginya bertayammum sekali sahaja. Seperti itu jika sakit anggota-anggota yang berturutan secara tertib seperti muka dan dua tangan maka jika merata kesakitan atas ke dua-duanya maka cukuplah tayamum sekali sahaja selepas dia membasuh bahagian yang tidak sakit dan menyapu balutan sebagai ganti anggota yang tidak sakit yang terlindung disebalik balutan.

Ini jika anggota sakit itu dibalut, fardhu ke atasnya membasuh anggota yang tidak sakit dan bertayammum menggantikan anggota yang sakit dan jangan sapu ke atas tempat sakit dengan air. Jika anggota itu terbuka dan tidak boleh membasuhnya tidak adalah sapuan itu memberi makna maka tayamum menggantikan basuhan. Jika anggota yang sakit itu anggota tayamum, tidak boleh menyapunya dengan tanah tayamum; atau sapuan itu memudharatkannya, maka gugur darinya sapuannya dan wajib dia mengulangi solat setelah sembuh dari keadaan itu.

Insya Allah akan bersambung;

“Syarat-syarat sapuan ke atas pembalut kecederaan…”

______________________________________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576

Maybank – 164799034703

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment