Hadis Rasulullah (s.a.w)

Bahrul Mazi 15 Hadis 11 Doa Tidak Dimakbulkan

Bahrul Mazi 15 Hadis 11 Doa Tidak Dimakbulkan

Bahrul Mazi 15 Hadis 11 Doa Tidak Dimakbulkan

والَّذي نَفسي بيدِهِ لتأمُرُنَّ بالمعروفِ ولتَنهوُنَّ عنِ المنكرِ أو ليوشِكَنَّ اللَّهُ أن يبعثَ عليكُم عقابًا منهُ ثمَّ تَدعونَهُ فلا يَستجيبُ لَكُم

الراوي: حذيفة بن اليمان، المحدث: الألباني، المصدر: صحيح الترمذي، الجزء أو الصفحة: ٢١٦٩، حكم المحدث:حسن

والَّذي نَفسي بيدِهِ لتأمُرُنَّ بالمعروفِ ولتَنهوُنَّ عنِ المنكرِ

أو ليوشِكَنَّ اللَّهُ أن يبعثَ عليكُم عقابًا منهُ

Atau hampir Allah utuskan ke atas kamu siksa dan dera…

ثمَّ تَدعونَهُ

Kemudian berdoa sekelian kamu kepadaNya memohonkan rahmat dan ampun

فلا يَستجيبُ لَكُم

 

Huraian

  1. Kebajikan itu adalah apa yang disuruh Allah membuatnya; di antaranya adalah apa yang dimasyhurkan oleh orang dengan taat.
  • Ma’ruf;
  1. Diketahui baik oleh Allah (Mutlaq)
  1. Diketahui baik oleh masyarakat (Tidak mutlaq)
  1. Maksiat adalah tiap-tiap yang dilarang oleh Allah. Ia adalah juga perkara jahat dan munkar.
  • Merujuk kepada; sayyi’ah, khathi’ah, dzanbun, dan itsmun.
  • Nama untuk segala yang Allah larang.
  1. Menyuruh orang-orang mengerjakan apa yang disuruh Allah, yakni kebajikan dan melarang orang mengerjakan yang ditegah Allah, yakni kejahatan; adalah lebih besar menafaatnya dan lebih baik muslihatnya.
  1. Menyuruh orang-orang mengerjakan yang disuruh Allah itu ialah menyuruh mereka mengerjakan apa-apa yang difardhukan oleh Allah daripada ibadat;
  • Tubuh badan; seperti solat dan puasa.
  • Harta; seperti membayar zakat dan menunaikan haji.
  • Aqal; menuntut ilmu fardhu ‘ain dan kifayah.
  • Sosial;
  1. Agama: Melazimkan sidang ulamak ahlus sunnah wal jamaah; bersatu, bersepakat dan bersetuju hati; bersatu i’tiqad dan mazhab;
  1. Kehidupan: bertegur sapa, berkasih-kasihan, sama-sama mengembangkan ucapan salam, menghormati yang tua, mengasihi yang muda, ziarah menziarahi, berambil tahu, berberi hadiah, jamu menjamu, memberi nasihat dan tunjuk ajar; dan lain-lain.

Bahrul Mazi 15 Hadis 11 Doa Tidak Dimakbulkan

  1. Melarang orang-orang mengerjakan maksiat, oleh; mata, tangan, kaki, lidah dan hati:-
  • Tidak mendiamkan diri terhadap maksiat,
  • Marahkan orang-orang yang;
  1. Tidak mahu menuntut ilmu fardhu ‘ain
  1. Tidak mahu datang ke masjid
  • Tidak mahu bermuafaqat
  1. Marahkan mereka yang suka bergaduh, buat fitnah, suka melucah
  1. Suka kepada orang yang jahat
  1. Benci kepada orang yang mengerjakan ketaatan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment