KE (SIRI 1/2) – KLIK SINI
Pendapat ini juga disebutkan oleh Imam an-Nawawy dalam Syarh Muslim (14/2340), Aunul Ma’bud (14/111) bahkan perkataan Imam an-Nawawy menunjukkan bahawa pendapat inilah yang benar, terkait dengan alasan keguguran janin, adapun alasan kebutaan maka yang beliau kuatkan adalah pendapat pertama.
Khusus pendapat ketiga ini, maka dibantah oleh sebagian ulama: “Tidak usah dihiraukan pendapat yang mengatakan bahwa sebab keguguran itu adalah kerana rasa takut, kerana rasa takut itu, tidak khusus hanya pada dua jenis ular ini, bahkan semua ular kita takut ketika melihatnya”[9].
Pastikan memang ular yang sebenar sebelum dibunuh
Namun di sana, ada panduan dari Rasulullah (s.a.w) agar memastikan terlebih dahulu ular yang mahu kita bunuh itu, lebih-lebih lagi, jika ia berada di dalam rumah kita bahawa ular itu adalah sebenar-benarnya ular. Dalam sebuah hadis Rasul Allahi sallallahu alaihi wa sallam ada mennyebut;
عن ابى لبابةَ أن النبى صلى الله عليه و سلم: نهى بعد ذلك عن حياتِ البيوتِ
Maksudnya: “Dari Abi Lubabah bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa sallam menegah selepas yang demikian itu (iaitu selepas memerintahkan agar membunuh ular-ular) daripada membunuh ular-ular rumah…
Dalam memberikan gambaran rupa ular ini, Abdullah al-Mubarak berkata: Ianya adalah Ular halus putih, seakan-akan berwarna perak jalurnya, tiada bergeliduk seperti kebiasaan ular-ular.
Sambung Nabi sallahu alaihi wa sallam lagi di dalam sabdanya itu;
و هى العوامرُ
Maksudnya: “…Dan ular-ular rumah itu adalah sebenarnya jin-jin penunggu rumah yang tiada berlekang meninggalkannya.”
Disebut, dalam sebuah hadis yang lain yang bermaksud:
“Daripada Ibnu Umar radhi Allahu anhuma: Bahawasanya dia mendengar Nabi sallallhu alaihi wa sallam berkhutbah di atas minbar, dia bersabda: “Bunuhlah ular-ular, bunuhlah yang ada dua jalur dan al-abtar, maka sesungguhnya kedua-duanya merosakkan pandangan mata dan menggugurkan kandungan. Berkata Abdullah: Maka sementara aku mengejar ular-ular untuk membunuhnya, maka Abu Lubabah memanggil aku: Jangan membunuhnya. Maka aku berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallhu alaihi wa sallam telah memerintahkan membunuhnya. Dia berkata: Sesungguhnya dia menegah selepas yang demikian itu dari binatang bernyawa yang berada di dalam rumah dan ianya adalah `awamir’ (jin-jin penunggu).
Apa yang perlu diucapkan untuk mengenal ular sebenar atau jin penunggu rumah?
Bagi mencapai tujuan di atas, di sana ada terdapat panduan yang ditunjukkan oleh baginda junjungan besar kita Nabi sallallahu alai wa sallam di dalam sebuah hadis, yang berbunyi;
عن ابى سعيد الخدرى قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لبيوتكم عمارا فحَرِّجُوْا عليهن ثلاثا فإنْ بدالكم بعد ذلك منهن شئٌ فاقتلوه.
Maksudnya: “Daripada Abu Sai’d al-Khudri, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallhu alaihi wa sallam; “Sesungguhnya bagi rumah-rumah kamu itu, beberapa jin-jin penunggu rumah yang tiada berlekang meninggalkannya (Maka jika jin itu, menjelmakan dirinya sebagai ular), maka hendaklah beri ingat. Kepadanya tiga kali, maka jika ia masih ada selepas yang demikian itu, maka bunuhlah ia.
Di sana, ada sebuah hadis yang setengah pihak mendha’ifkannya dan setengah yang lain, menyifatkannya sebagai Hassan Gharib, yang berbunyi;
عن ابى ليلىَ قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: إذا ظَهرتِ الحيتُ فى المسكنِ فقولوا لها: إنا نسألكِ بعهدِ نوحٍ و بعهد سليمانَ ابنِ داوُدَ ألا تؤْذينا فإن عادتْ فاقتلوها.
Maksudnya: “Daripada Abi Laila, dia berkata: Telah bersabda Rasulullahi salllahu alaihi wa sallam: “Apabila ada ular di rumah, maka katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami memohon dengan janji Nuh dan janji Sulaiman anak Daud bahawasanya jangan menyakiti kami, maka jika dia kembali, bunuhlah ia.”
Nota:-
[1] Ikmalul Mu’allim ( 7/168,169). [2] Al-Mufhim (5/533). [3] Syarh Muslim (14/230). [4] Faidhul Qadiir (2/59). [5] Kasyful Musykil min Hadits Shahihain oleh Ibnul Jawzy (hlm.379). [6] Shahih Muslim no.2233. [7] Ma’alimus Sunan (4/157). [8] Ikmalul Mu’allim (7/168,169) [9] Al-Mufhim (5/533-534).
Kita Dan Ular