Sekilas Renungan

‘Listen’, Beyonce & Sheila Amzah…

'Listen', Beyonce & Sheila Amzah...

Lirik lagu ‘Listen’ oleh penyanyi asalnya Beyonce, boleh sahaja ditujukan kepada seorang kekasih; atau seorang suami; namun lebih jelas, ianya boleh ditujukan kepada tuhan. Oleh sebab itulah apabila ia dinyanyikan oleh seorang yang beragama Islam, maka pada pendapat saya, ianya boleh menimbulkan sedikit kekeliruan. Apa yang saya faham, lirik lagu tersebut membawa mesej krisis keyakinan terhadap ‘tuhan’ yang dianut oleh pemunya lirik.

Saya menyebut bahawa ianya boleh menimbulkan sedikit kekeliruan adalah kerana saya sendiri yang mengalaminya apabila menonton klip video Sheila Amzah menyanyikan lagu itu.

‘Kredit’ untuk Shila Hamzah kerana dapat menyanyikan lagu itu dengan amat baik sehingga dia amat dikagumi mereka yang mendengarnya. Kita boleh melihat bagaimana artis-artis lain terpegun mendengar ketika Sheila Amzah menyanyikannya. Jelas di sana Shela amat berjaya menghayati lagu itu dan juga berjaya membawa orang lain menghayatinya.

Pemegang akaun Facebook, عبدالرشيد أبو بكر (Abdur Rasyid Abu Bakar) yang menggunakan huruf-huruf hijaiyyah untuk menaip namanya di akaun tersebut, bertarikh 21 November, pada 1:54 pm; menyebut perkataan “Awesome…” sebagai penilaian terhadap nyanyian Seila Amzah ketika dia berkongsi klip video nyanyian penyanyi itu dari Facebook SUPERSTAR MAGAZINE.

Facebook SUPERSTAR MAGAZINE itu sendiri menyebut dengan tajuk: “Watch: Muslim Girl’s Stunning Cover Of Beyonce’s ‘Listen’ Will Gives You Chills”.

Dalam keteranganya pula, ada menyebut: “Sheila Amzah from Malaysia comes from a family of singers and has an unbelievable voice. Watch her as she gives you goosebumps with her incredible rendition of Beyonce’s “Listen”.

Kenapa perlu menyebut perkataan muslim? Selama ini, apabila seseorang artis itu mendapat ulasan, tidak pernah pula kita jumpa bahawa dia dikaitkan dengan agamanya.

Mungkin SUPERSTAR MAGAZINE menyebutkan perkataan ‘muslim’ itu, kerana Sheila Amzah bertudung; dan itu mengetarakan dia sebagai wanita muslim. Atau, mungkin juga perkataan muslim itu disebut kerana SUPERSTAR MAGAZINE dapat merasakan pertembungan yang aneh di antara anutan agama Sheila Amzah dengan lirik lagu yang sarat dengan krisis keyakinan kepada tuhan itu. Saya tak tahu kepastiannya!

Namun, sememangnya pemikiran saya mengalami ‘kejutan’ seketika. Penghayatan yang amat berjaya oleh Sheila Amzah dalam membawa lagu itu, kelihatannya menjadikan lirik lagu itu adalah kepunyaannya. Dan dia seorang muslim. Tuhannya adalah Allah. Dalam menyanyikannya dengan penuh penghayatan dia menyebut: “Now I’m done believin you..”. Juga menyebut: “I followed the voice, you gave to me. But now I gotta find, my own..”. Juga menyebut: “Oh I’m free now..” Dalam masa yang amat pantas, sepantas kilat, terlintas di fikiran saya persoalan: “Apakah dia telah merasa hampa dengan Allah..?

Dan sepantas kilat juga persoalan itu terhapus dari benak saya kerana saya percaya, tentunya Sheila Amzah tidak memaksudkan begitu. Saya percaya saudara ND Lala mengasuhnya dengan baik; dan itu jelas dapat dilihat. Melalui saudara Razis Ismail, penyanyi yang suatu ketika dahulu terkenal dengan lagu ‘Kepulangan’ dan ‘Mawar Bukan Miluk Ku’, saya mengetahui bahawa saudara ND Lala adalah seorang muslim yang mengambil berat akan ajaran agama ke atas dirinya dan keluarganya. Malah, saya hampir-hampir menyampaikan kuliah subuh dalam sebuah program yang saudara ND Lala sendiri terlibat dalam kepengajurannya, di Hulu Langat, satu ketika dulu.

Cuma, saya terfikir, bagaimana jika bukan muslim yang mendengar nyanyian itu dan dia hanya nampak Sheila Amzah dengan kandungan lirik yang mengandungi maksud yang amat mendalam tentang krisis kepercayaan kepada tuhan; dan dia terlupa tentang Beyonce sebagai tuan punya lirik yang sebenar. Penghayatan terhadap nyanyian sebagai mana yang dihasilkan oleh seorang penyanyi yang berkualiti tinggi, boleh menanamkan kesan yang memaksa si pendengar mempercayai bahawa si penyanyi benar-benar mengalami atau merasai isi nyanyian yang disampaikan.

Saya, belumlah hendak mengatakan bahawa salah jika seorang muslim, menyanyikan lagu-lagu seperti ini, apatah lagi untuk menyatakan berdosa, di atas dasar yang disebutkan. Tidak! Apa yang saya hendak cuba sampaikan adalah lebih baik mengelak dari menyampaikan lagu-lagu yang liriknya seumpama ini.

Semoga Sheila Amzah, ND Lala, keluarga dan kita semua; mencapai kejayaan, di dunia dan di akhirat. Amin. Mohon ampun dan maaf.

Wallahu A’lam…..

Listen,
To the song here in my heart
A melody I’ve start
But can’t complete

Listen, to the sound from deep within
It’s only beginning
To find release

Oh,
the time has come
for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own
all cause you won’t
Listen….

[Chorus] Listen,
I am alone at a crossroads
I’m not at home, in my own home
And I tried and tried
To say whats on my mind
You should have known
Oh,
Now I’m done believin you
You don’t know what I’m feelin
I’m more than what, you made of me
I followed the voice
you gave to me
But now I gotta find, my own..

You should have listened
There is someone here inside
Someone I’d thought had died
Sooo long ago

Ohh I’m free now and my dreams to be heard
They will not be pushed aside on words
Into your arms
All cause you won’t
Listen…

[Chorus]

I don’t know where I belong
But i’ll be movin on
If you don’t….
If you won’t….

LISTEN!!!…
To the song here in my heart
A melody I’ve start
But I will complete

Oh,
Now i’m done believin you
You dont know what I’m feelin
I’m more than what, you made of me
I followed the voice, you think you gave to me
But now I gotta find, my own..
my ownn…

…………

‘Listen’, Beyonce & Sheila Amzah…

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment