Umum Uncategorized

Konsert Selena Gomez, isu remeh?

Konsert Selena Gomez isu remeh? Usaha membantahnya, lebih merugikan? Itulah yabg terjadi apabila kita berfikir mengikut aqal lojik kita semata-mata; bukan berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi (s.a.w).

Dibawah, saya terjemahkan artikel dari islamweb yang menjelaskan bagaimana kita sebagai muslim menunaikan kewajiban mencegah kemungkaran. Saya selitkan juga sedikit dari pandangan Imam Ghazali dalam hal yang bersangkutan…

Matan Hadis

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان ) رواه مسلم .

Syarah

Terkait kebaikan umat ini dengan kaitan yang amat kuat dengan pekerjaan-pekerjaan menyeru kepada kebenaran, menjaga agama dan menentang kebatilan. Ini adalah kerana menegakkan kewajipan ini adalah untuk merealisasikan kestabilan hidup di muka bumi ini, mengangkat bendera tauhid, dan berhukum dengan syariat Allah dan agamanya, dan inilah apa yang membezakan umat Islam dari umat-umat yang lain.

Oleh yang demikian itu Allah menyanjungi pekerjaan menyeru kepada kebenaran, menjaga agama dan menetang kebatilan, di dalam kitabNya;

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

( آل عمران : 110 )

Dan sebagai tambahan di atas apa yang demikin itu maka sesungguhnya dalam menunaikan kewajipan rabbani ini terdapat tujuan penjagaan bahtera ummah dari tenggelam, dan menjaga bentengnya dari pecah, menjaga keperibadiannya dari menjadi rapuh, dan mengekalkan kebesaran dan ketinggiannya, dan sebab bagi mendapat pertolongan menghadapi musuh-musuh dan kelepasan dari azab Allah dan balasannya.

Bagi memenuhi perkara yang demikian itu; semestinya ke atas kita mengenali tabiat ‘al-amru bil-makruf wan-nahyu anil-munkar’, mengetahui syarat-syaratnya dan persoalan-persoalan yang berhubung-kait dengannya; di sana telah datang hadis untuk menyumbang dalam pembentukan gambaran yang jelas dalam menghadapi tuntutan ini dan menjelaskan kepada kita kaifiyat berurusan terhadap kemungkaran ketika melihatnya.

Sehubungan dengan perkara ini, penting bagi kita mengenal tabi’at ‘al-amru bil-makruf dan an-nahyu anil-munkar’, mengenal syarat-syaratnya dan persoalan yang bersangkutan dengannya; dari sini telah datang hadis hadis ini untuk menyumbang dalam pembentukan gambaran yang jelas ada kaitan dengan tuntutan ini, dan menjelaskan kepada kita kaifiat berurusan dengan kemunkaran ketika melihatnya.

Sesungguhnya, hadis menerangkan bahawasanya mengengkari kemungkaran itu di atas tiga susunan: Pengubahan dengan tangan, pengubahan dengan lisan dan pengubahan dengan hati. Susunan ini bergantung dengan tabiat atau latar belakang kemungkaran dan jenis atau variasinya, latar belakang pelaku kemungkaran dan shakhsiahnya. Maka dari kemungkaran-kemungkaran itu apa yang tidak mungkin mengubahnya langsung dengan tangan, ada juga kemungkaran yang lemah seseorang dari mengubahnya dengan tangan selain lisannya dan ada kemungkaran yang tidak mungkin mengubahnya melainkan dengan hati; maka hendaklah kita mempertimbangkan atau membuat analisis terhadap tiga situasi ini.

Wajib menolak kemungkaran dengan tangan atas tiap-tiap orang yang mampu, dan tidak membawa kemungkaran itu kepada kerosakan yang lebih besar lagi. Oleh kerana itu: wajib ke atas ‘wali’ mengubah kemungkaran apabila kemungkaran itu datang dari orang yang dibawah kuasanya (رعية). Sebagaimana tersebut, wajib seorang bapa ke atas ahli rumahnya, guru ke atas sekolahnya, majikan ke atas para pekerjanya. Apabila mengurangi seseorang itu pada kewajipannya ini, maka dia telah menyempitkan dan menyelewengkan amanahnya. Maka siapa yang menyelewengkan atau menyempitkan amanahnya, maka dia telah berdosa.

Oleh yang demikian itu telah datang nas-nas yang banyak mengingatkan orang-orang yang beriman atas kewajipan mereka menegakkannya dengan pertanggung-jawaban yang sempurna terhadap orang yang dibawah kekuasaan mereka yang termasuk ke dalamnya menolak kemungkaran.

Sesungguhnya, telah meriwayatkan, Imam Bukhari dan Muslim;

عن عبد الله بن عمررضي الله عنهما، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (كلكم راع ومسؤول عن رعيته، فالإمام راع وهو مسؤول عن رعيته، والرجل في أهله راع وهو مسؤول عن رعيته، والمرأة في بيت زوجها راعية وهي مسؤولة عن رعيتها، والخادم في مال سيده راع وهو مسؤول عن رعيته، فكلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيّته)…

Rasul Allah (s.a.w) bersabda: “Setiap kami adalah pemimpin dan bertanggung-jawab terhadap warganya; dan seorang perempuan di dalam rumah suaminya adalah pemimpin dan dia beetanggung-jawab terhadap warganya; maka kamu seluruhnya adalah pemimpin dan seriap dari kamu bertanggung-jawab terhadap warganya…

Bahkan, sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah menerangkan aqibat kepada mereka yang meluputkan amanah ini:

ما من عبد يسترعيه الله رعية فلم يحطها بنصحه إلا لم يجد رائحة الجنة

“Tidak ada seorang pun dari hamba yang Allah memilihnya untuk memimpin, maka dia gagal menunaikannya dengan nasihatnya melainkan dia tidak akan mencium bau syurga.”

Apabila lemah dari pengubahan dengan tangan, maka sesungguhnya berpindah kepada menolak kemungkaran dengan lidah, sebagaimana sabda Nabi (s.a.w):

فإن لم يستطع فبلسانه

Maka, hendaklah dia mengingatkan si pelaku maksiat itu dengan Allah, menakutkannya tentang pembalasanNya atas aspek yang dilhatnya munasabah bagi latar belakang maksiat ini dan pelakunya.

Adalah Nabi (s.a.w) bersabda:

ما بال أقوام يفعلون كذا وكذا ؟

Apa hendak jadi dengan kaum-kaum yang buat begitu dan buat begini ?

Ianya mungkin memerlukan atau menghendaki peringkat mengkritik dan mencela, dan untuk ini telah datang di dalam hadis-hadis, sunnah untuk mengingkarinya di muka umum, sebagaimana Nabi (s.a.w) mengingkari Usamah bin Zaid (r.a) atas syafa’atnya pada kisah;

حد من حدود الله

Dan penolakkannya ke atas sesiapa yang memakai cincin emas dari qaum lelaki dan selain dari yang demikian itu dari apa yang  memerlukan faedah penzahirannya di hadapan orang ramai.

Di sini, penyusun ingin menyunting sedikit dari apa yang ditulis panjang-lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumiddinnya; Pendekatan menghina dan mengejek dalam menegur dan menasihat.

Menurut Imam Ghazali, cara menegur atau menasihat pada tahap yang ke 4 adalah ‘menghina’ dan ‘mengejek’ dengan kata-kata keras dan kasar. Cara ini digunakan ketika gagal menegur dan menasihat dengan cara lemah lembut dan lahir tanda-tanda awal bahawa pihak yang ditegur dan dinasihati akan berterusan melakukan perkara yang ditegah dan mempermainkan pengajaran dan nasihat. Sebagaimana ucapan Nabi Ibrahim (a.s):

 

 

أُفٍّ لَكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

 

[Surat Al-Anbiya 67]

 

 

Seperti katanya (si tukang tegur atau pemberi nasihat): “Hai Dungu! Hai tolol! Hai Bodoh! Tidakkah engkau takut akan Allah?”

 

Namun cara ini perlulah dilakukan dengan 2 adab:-

 

 

1. Tidak menggunakan cara ini, kecuali setelah gagal dengan cara berlemah-lembut.

 

2. Hanya menyebut yang benar. Jangan berlebihan.

 

3. Singkatkan. Jangan diperpanjangkan.

 

(Sekian sedikit perkongsian dari Imam al-Ghazali dalam kitab Ehya Ulumiddin)

 

Jika lemah melakukan penolakan munkar dari pendahuluan perbuatan dan perkataan, maka janganlah lebih sedikit dari menolak kemungkaran dengan hati. Ini adalah martabat yang ke tiga; dan ia wajib ke atas setiap orang. Tidak diampuni seseorang yang meninggalkannya; sebab tidak tergambar ada sebab seseorang itu tidak mampu melakukannya.

 يقول علي بن أبي طالب رضي الله عنه: “إن أول ما تغلبون عليه من الجهاد: جهادٌ بأيديكم، ثم الجهاد بألسنتكم، ثم الجهاد بقلوبكم، فمتى لم يعرف قلبه المعروف وينكر قلبه المنكر انتكس ” .

Berkata Ali bin Abi Talib (r.a): Sesungguhnya seawal-awal perkara berlaku di dalam jihad: jihad dengan tangan kamu, kemudian jihad dengan lidah, kemudian jihad dengan hati, maka bila hatinya tidak mengenal kebaikan dan tidak mengengkari hatinya akan kemungkaran, maka  dia telah melakukan sesuatu yang buruk dan menyebabkan kegagalan.

وإذا ضيعت الأمة هذا الواجب بالكلية ، وأهملت العمل به ، عمت المنكرات في المجتمعات ، وشاع الفساد فيها ، وعندها تكون الأمة مهددة بنزول العقوبة الإلهية عليها ، واستحقاق الغضب والمقت من الله تعالى .

Apabila umat meremehkan kewajiban ini, Mengabaikan, tidak nampak pentingnya pekerjaan menolak kemungkaran, sehingga berlakunya penerapan kemubgkaran di dalam masyarakat, sehingga pula tersebarnya kemungkaran padanya, dan dalam keadaanbswpwrti ini, umat terancam dengan turunnya pembalasan Tuhan, dan umat pada ketika otu menjadi layak menerima kemarahan dan kemurkaan dari Allah ta’ala.

Bagi yang merenong pada keadaan umat terdahulu, mendapati bahawa kekalnya mereka adalah tergantung kepada menunaikan amanah ini. Sesungguhnya telah datang di dalam al-Quran mengingatkan berita-berita umat itu. Misalnya di dalam memperlihatkan umat Bani Israil yang Allah berfirman tentangnya;

لعن الذين كفروا من بني إسرائيل على لسان داود وعيسى ابن مريم ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون، كانوا لا يتناهون عن منكر فعلوه لبئس ما كانوا يفعلون.

( المائدة : 78 – 79 )

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Di antara bahaya meninggalkan kewajipan amar makruf nahi munkar ini adalah bahawasanya umat Islam akan jadi berjinak-jinak dengan kemungkaran, juga menghilangkan dalam hati mereka rasa benci terhadapnya. Kemudian kemungkaran itu akan jadi berkembang dan meresap ke dalam diri mereka. Menenggelamkan bahtera ummah dan meruntuhkan bentengnya. Bagi apa yang dinyatakan di ataslah, maka Nabi kita (s.a.w) meninggalkan suatu perbandingan hebat yang dapat menjelaskan hakikat ini;

 

فعن النعمان بن بشير رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (مثل القائم على حدود الله والواقع فيها، كمثل قوم استهموا على سفينة، فأصاب بعضهم أعلاها وبعضهم أسفلها، فكان الذين في أسفلها إذا استقوا من الماء مرّوا على من فوقهم، فقالوا: لو أنا خرقنا في نصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا، فإن يتركوهم وما أرادوا هلكوا جميعا، وإن أخذوا على أيديهم نجوا ونجوا جميعا)

رواه البخاري.

Dari an-Nu’man bin Basyir (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Bandingan orang yang menjadi pendiri kepada hukum Allah dan yang mempertahankan nya, umpama satu kaum  bersama di atas sebuah kapal, maka sebahagian berada di atas dan sebahagian di bawah, maka adalah mereka yang berada di bawah, bila dahagakan air, mereka perlu mengambilnya ke atas, mereka berkata: Jika kita bocorkan lantai dibahagian kita, maka tidaklah kita susah hendak naik ke atas, maka hika mereka (yang faham) membiarkan (mereka yang mahu menebok) melakukan apa yang mereka kehendaki, maka binasalah mereka semuanya, dan jika mengambil tangan mereka, selamatlah mereka seluruhnya.” Diriwayatkan Bukhari.

Sesungguhnya kewajipan ini tabggung-jawab semua. Setiap individu dari umat ini dituntut dengan penunaian kewajiban ini di atas qadar kemampuan. Kebaikan pada umat ini, kebanyakannya terletak kepada sejauh mana kita meninhkatkan usaha yang diberkati do dalam memelihara umat dan mengekalkan kegemilangannya, mencegah bangunannya dari kerapuhan dan goncangan tiang-tiangnya.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment