Feqah Solat

Waktu-waktu Solat

Mengenali Awal Waktu

Awal Zohor:-

فصلَّى الظهرَ في الأولَى منهما حينَ كان الفَيْءُ مثلَ الشراكِ

Dia (Jibril) solat Zohor dihari pertama ketika bayangan seukuran sepatu (matahari mulai tergelincir)…

Awal Asar :-

ثُمَّ صلَّى العصرَ حينَ كان كُلُّ شيْءٍ مثلَ ظلِّهِ

Kemudian salat Asar ketika segala sesuatu sama (seukuran) bayangannya…

Awal Maghrib:-

ثُمَّ صلَّى المغرِبَ حينَ وجَبَتِ الشمسُ وأفطرَ الصائِمُ

Kemudian beliau salat Maghrib ketika matahari terbenam dan orang yang berpuasa berbuka…

Maksudnya: Masuk habis semua bulatan matahari ke dalam laut. (al-Marbawi)

Awal Isyak:-

ثُمَّ صلَّى العشاءَ حينَ غابَ الشفَقُ…

Lalu beliau shalat Isya’ saat hilang syafaq (syafaq) merah.

Iaitulah; sabur-sabur limau ditepi langit. (al-Marbawi)

Subuh:-

ثُمَّ صلَّى الفجرَ حينَ بَرَقَ الفجرُ وحُرِّمَ الطعامُ علَى الصائِمِ

Lalu beliau salat Fajar (Subuh) semasa memancar fajar (di kaki langit, sebelah matahari hidup [al-Marbawi]) dan semasa diharamkannya makan bagi yang puasa…

Mengenali Akhir Waktu

Akhir Zohor:-

وصلَّى المرَّةَ الثانِيَةَ الظهرَ حينَ كان ظلُّ كلِّ شيءٍ مثلَهُ، لوقتِ العصرِ بالأمسِ…

Dan beliau melakukan salat kedua (hari kedua), iaitu salat Zuhur semasa bayangan segala sesuatu setara dengan barangnya iaitu waktu untuk Asar waktu salat semalam-nya…

Akhir Asar:-

ثُمَّ صلَّى العصرَ حينَ كانَ ظلُّ كلِّ شيءٍ مثلَيْهِ

Lalu salat Asar semasa bayangan segala sesuatu mencapai dua kali ukurannya

Ini adalah akhir waktu bagi mazhab Malik.

Bagi mazhab Syafi’i, ini adalah waktu ikhtiar. Akhi waktu Asar bagi mazhab Syafi’i adalah habis lenyap matahari dengan keterangan hadis yang lain.

Akhir Maghrib:-

ثُمَّ صلَّى المغرِبَ لوقتِهِ الأوَّلِ

Lalu salat Maghrib sebagaimana waktu salat Maghrib hari pertama

Ini bukan waktu akhir Maghrib, tetapi waktu ikhtiar.

Menurut qaul yang sahih di dalam mazhab Syafi’i, maghrib hanya ada satu waktu sahaja; iaitu dari masa lenyap matahari sampai habisnya, sekira-kira boleh mengambil air sembahyang, menutup aurat, azan, azan dan solat.

Akhir Isya’:-

ثُمَّ صلَّى العشاءَ الآخرِةَ حينَ ذهبَ ثُلُثُ الليلِ

Lalu salat Isya yang kedua pada waktu habis sepertiga malam (pertama)

Ini adalah waktu fadhilat dan ikhtiar menurut kata setengah ulama.

Akhir waktu Isyak adalah sebelum terbit fajar sadiq, berdasarkan hadis Abi Qatadah yang disebutkan di dalam sahih Muslim.

Akhir Subuh:-

ثُمَّ صلى الصبحَ حينَ أسفرَتِ الأرضُ

Lalu salat Subuh ketika bumi mulai menguning (bumi cerah)

Ini adalah waktu ikhtiar, menurut jumhur kerana ada hadis lain menunjukkan akhir Subuh ialah terbit matahari.

_______

Hadis penuh (Sahih Turmuzi):-

أَمَّنِي جبريلُ عليه السلامُ عندَ البيتِ مرتينِ، فصلَّى الظهرَ في الأولَى منهما حينَ كان الفَيْءُ مثلَ الشراكِ، ثُمَّ صلَّى العصرَ حينَ كان كُلُّ شيْءٍ مثلَ ظلِّهِ، ثُمَّ صلَّى المغرِبَ حينَ وجَبَتِ الشمسُ وأفطرَ الصائِمُ ، ثُمَّ صلَّى العشاءَ حينَ غابَ الشفَقُ، ثُمَّ صلَّى الفجرَ حينَ بَرَقَ الفجرُ وحُرِّمَ الطعامُ علَى الصائِمِ. وصلَّى المرَّةَ الثانِيَةَ الظهرَ حينَ كان ظلُّ كلِّ شيءٍ مثلَهُ، لوقتِ العصرِ بالأمسِ، ثُمَّ صلَّى العصرَ حينَ كانَ ظلُّ كلِّ شيءٍ مثلَيْهِ، ثُمَّ صلَّى المغرِبَ لوقتِهِ الأوَّلِ، ثُمَّ صلَّى العشاءَ الآخرِةَ حينَ ذهبَ ثُلُثُ الليلِ، ثُمَّ صلى الصبحَ حينَ أسفرَتِ الأرضُ. ثُمَّ التفَتَ إلَيَّ جبريلُ فقال: يا محمدُ، هذا وقتُ الأنبياءِ مِنْ قبلِكَ، والوقتُ فيما بينَ هذينِ الوقتينِ.

_______

Dari Ibn Abbas bahwa Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda: Malaikat Jibril a.s. mengimamiku dua kali di sisi Ka’bah, lalu beliau salat Zohor dihari pertama semasa bayangan seukuran sepatu (matahari mulai tergelincir), kemudian salat Asar ketika segala sesuatu sama (seukuran) bayangannya, kemudian beliau salat Maghrib ketika matahari terbenam dan orang yang berpuasa berbuka, lalu beliau salat Isya’ semasa hilang syafaq merah, lalu beliau salat Fajar (Subuh) semasa sinar fajar dan semasa diharamkannya makan bagi yang puasa. Dan beliau melakukan salat kedua (hari kedua), iaitu salat Zuhur semasa bayangan segala sesuatu setara dengan barangnya iaitu waktu untuk Asar waktu salat semalam-nya, lalu salat Asar semasa bayangan segala sesuatu mencapai dua kali ukurannya, lalu salat Maghrib sebagaimana waktu salat Maghrib hari pertama, lalu salat Isya yang kedua pada waktu habis sepertiga malam (pertama) lalu salat Subuh ketika bumi mulai menguning, lalu aku menoleh ke Jibril, dan Jibrilpun kemudian berkata: wahai Muhammad ini adalah waktu para nabi sebelummu dan waktu di antara keduannya (untuk kamu dan umatmu melakukan salat).

………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz seorang warga OKU. Sejak jatuh pada April 2020, keadaan beliau bertambah uzur dari sebelumnya. Akaun Bank Islam 12168020073576 dan akaun Maybank 164799034703 untuk perkongsian Ilmu, Dakwah & lain² keperluan. [muiz@admin]

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment