Umum

Nabi Tak Buat…

Meninggalkan (“Nabi tak buat…”) bukanlah hujjah dalam syariah kita. Ia tidak menunjukkan tegahan atau suruhan. Sesiapa yang menghukumkan adanya tegahan kerana semata-mata, ‘Nabi tak buat…’, dan melihatnya sebagai hukum yang benar dan tepat, sebenarnya dia telah menyimpang dari pendekatan keseluruhan hujjah dan dalil. Sebaliknya, dia telah membuat kesilapan dalam menetapkan hukum yang betul dan dia telah gagal. Tidak ada tegahan kecuali datangnya larangan, samada diancam dengan seksa; atau mencela sesuatu perbuatan dengan hukuman; atau ada lafaz haram yang diikuti celaan.

TAK BUAT, TAK MENUNJUKKAN HUKUM HARAM…

Meninggalkan semata-mata, jika tidak disertakan dengan nas bahawa apa yang ditinggalkan itu dilarang bukanlah hujah untuk itu (pengharaman). Sebaliknya, ia dapat menunjukkan bahawa tidak salah, jika meninggalkan perbuatan itu. Ada pun, jika perbuatan yang ditinggalkan itu dilarang, maka ini tidak diperolehi daripada semata-mata atas perbuatan itu ditinggalkan. Sebaliknya, ia (larangan itu) diperolehi daripada dalil yang menunjukkannya…

…………………………………………………….

Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz adalah seorang warga OKU di talian: 0147067175.

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment