Umum

Dajjal-dajjal Pembohong…

Dajjal-dajjal Pembohong

لاَ تقومُ السَّاعةُ حتَّى يَنبعِثَ دجَّالونَ كذَّابونَ، قريبٌ مِن ثلاثينَ، كلُّهم يزعُمُ: أنَّهُ رسولُ اللَّهِ

Jenis-jenis dajjal:-
Pertama: Dajjal yang bohong (bukan dajjal sebenar). Cuma, dajjal pada tabiat dan kelakuan.
Kedua: Dajjal sebenar. Mengaku dirinya Tuhan.
Sebelum datang dajjal sebenar, datang terlebih dahulu, hampir 30 dajjal yang bohong. Semuanya mengaku dirinya nabi Allah dan rasulnya. Masa lahirnya dajjal bohong: kemudian daripada masa bangkit Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam menjadi Rasul sehingga masa yang tak tertentu. Misalnya: Musailamatul Kazzab di Yaman, mengaku sebagai Rasulullah dan Sajjah yang mengaku sebagai Nabi Allah dan Rasulullah.
Di antara sebab mereka dipercayai sebagai Nabi adalah kerana mereka pandai ilmu sihir.
Di Mesir, ada seorang yang mempunyai sedikit ilmu, tetapi sudah rosak aqalnya, mengaku menjadi Nabi. Dinasihatkan oleh Syeikh al-Adwi agar dia mengaku sahaja sebagai wali. Dia menerima. Kemudian, tak lama selepas itu, kembali semula mengaku sebagai Nabi. Akhirnya ditangkap. Ketika dihukum dera, dia menasihatkan dirinya dengan berkata;

فاصبر كما صبر أولوا العزم

Lantas dia didera sampai mati.

 

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment