Syarat-syarat sapuan ke atas pembalut kecederaan
Disyaratkan bagi sahnya sapuan ke atas pembalut kecederaan sama ada ia berupa balutan kain; atau ubat atau seumpamanya dengan dua syarat:
Syarat pertama: membasuh anggota yang sakit memudharatkan dengannya; sama ada dia takut basuhan itu menambah rasa sakit; atau melambatkan kesembuhan; atau seumpama itu Jika ada ubat di atas anggotanya yang sakit itu tanpa ada balutan dan memudharatkan sapuan ke atasnya maka dalam keadaan ini wajib ke atasnya meletakkan ke atas luka atau kecederaan itu balutan yang tdak memudharatkan kemudian dia menyapu ke atas balutan itu sebagaimana yang kami pernah sebutkan
Syarat kedua: meratakan balutan dengan sapuan dengan makna membasuh bahagian yang tidak sakit kemudian menyapu ke atas bahagian yang sakit seluruhnya.
Ini apabila balutan mengikut ukuran tempat sakit Jika melebihi tempat sakit di atas keperluan balutan maka wajib menyapunya seluruhnya, bahagian yang sakit dan bahagian yang tidak sakit. Bagaimana jika tempat sakit adalah dari bahagian yang perlu disapu, seperti kepala? Jika sisa dari kepala bahagian yang tidak cedera wajib menyapu ke atasnya jika tidak, bertayamum menggantikan sapuan.
Perkara yang membatalkan sapuan ke atas pembalut kecederaan
Batal sapuan ke atas pembalut kecederaan jika tanggal ia dari tempatnya. Jika jatuhnya itu dengan sengaja di dalam solat, batal solat dan taharahnya. Jika tanpa sengaja, batal solatnya dan tidak batal taharahnya. Maka hendaklah dia mengembalikan pembalut itu ke tempatnya dan menyapu ke atas pembalut itu sahaja.
Adakah mengulang solat orang yang menyapu ke atas pembalut kecederaan
Solat dengan menyapu ke atas pembalut kecederaan dengan syarat-syarat sebagai yang terdahulu disebutkan adalah sah dan tidak mengulang solat, selepas sembuh. Asy-Syafi’iyah berkata wajib mengulang solat, jika balutan itu pada anggota tayamum.
_________________________________________
Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576
Maybank – 164799034703