Fikrah Haraki Politik

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Bermimpikan Wahyu ? (1/2)

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Bermimpikan Wahyu ?
Iklan

Andai, Tuan Guru Haji Abdul Hadi berhujjah dengan mimpi, maka tidaklah Dr Yusuf al-Qaradhawi mencadangkan dia dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan tidaklah dia disokong untuk jawatan itu oleh ahli perwakilan Kesatuan Ulamak Islam yang lain.

Mimpi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bukanlah menjadi hujjah di atas segala sikap dan tindak tanduknya selama ini. Mimpinya, hanyalah sekadar motivasi untuk dirinya sendiri. Sebaliknya, segala tindakannya adalah berdasarkan hujah-hujah agama serta nas-nas syara’.

Dalam Islam, mimpi ada tiga jenis, sebagai berikut; mimpi dari diri sendiri, mimpi dari syaitan dan mimpi dari Allah.

Ini; adalah berdasarkan keterangan yang diriwayatkan Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah;

وَالرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ: فَرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنَ اللهِ، وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ

Maksudnya: “Mimpi itu ada tiga: mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah, mimpi yang menyedihkan dari Syaitan, dan mimpi seseorang yang menceritakan hanya dirinya. (Hadis Riwayat: Muslim dari Abi Hurairah; Maktabah; 2263)

Sehubungan dengan makna mimpi dari Allah dan dari Syaitan, Imam Bukhari membuat sebuah judul dalam “Babur ru’ya minallah” dalam kitabu ta’bir dan beliau memuatkan hadis sebagai berikut:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ: أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ رُؤْيَا يُحِبُّهَا، فَإِنَّمَا هِيَ مِنَ اللَّهِ، فَلْيَحْمَدِ اللَّهَ عَلَيْهَا وَلْيُحَدِّثْ بِهَا، وَإِذَا رَأَى غَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يَكْرَهُ، فَإِنَّمَا هِيَ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَلْيَسْتَعِذْ مِنْ شَرِّهَا ، وَلاَ يَذْكُرْهَا لِأَحَدٍ، فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.”

Maksudnya: “Dari Abi Sa’id Alkhudri, sesungguhnya ia mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: apabila seseorang diantara kamu bermimpi yang disukainya, hal itu hanyalah dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah atas mimpi itu, (mengucap Alhamdulillah) dan hendaklah menceritakannya, tetapi jika ia bermimpi selain itu yang tidak disukai, hendaklah berlindung kepada Allah (mengucap A’udzu billah) dari kejelekannya, dan hendaklah tidak menceritakannya kepada siapapun, kerana hal itu tidak memudharatkannya.” (Hadis Riwayat: Bukhori)

Dalam keterangan lain, masih riwayat imam Bukhari dari sahabat Abu Qotadah dengan tambahan kalimah, meludah ke sebelah kiri;

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ، وَالحُلْمُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِذَا حَلَمَ فَلْيَتَعَوَّذْ مِنْهُ، وَلْيَبْصُقْ عَنْ شِمَالِهِ، فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.”

Maksudnya: “Dari Abu Qotadah, dari Nabi (s.a.w) bersabda: mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi yang buruk itu dari Syaitan, apabila seseorang diantara kamu mimpi buruk, maka hendaklah berlindung (kepada Allah) darinya, dan hendaklah meludah ke sebelah kirinya karena hal itu tidak akan membahayakan.” (HR : Bukhori)

Berdasarkan keterangan di atas, ternyata bahawa dua mimpi yang terawal, hendaklah diabaikan; cuma, mimpi berupa ilham dari Allah itu, boleh dijadikan panduan selama mana mesej dari mimpi itu tidak bercanggah dengan nas-nas yang ada di dalam Islam. Mimpi berupa ilham itu, tidaklah bertaraf wahyu, maka tidak boleh dijadikan nas. Mimpi berupa ilham yang membawa mesej yang bersejalan dengan nas-nas syara’, boleh dipertimbangkan. Namun mimpi yang bertentangan dengan nas-nas syara’ adalah tertolak awal-awal lagi.

Lagi pun, di antara insan yang turut bercerita tentang mimpi Tuan Guru Haji Abdul Hadi; khususnya mimpi Tuan Guru Haji Abdul Hadi bertemu dengan Nabi (s.a.w) adalah insan yang sangat kita hormati dan kasihi, al-marhum Tok Guru Nik Aziz sendiri. Ini, kita boleh melihat dan mendengarnya di dalam klip video yang banyak tersebar di FB, Youtube dan di lain-lain seumpamanya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Bermimpikan Wahyu ?

Persoalan Bermimpikan Wahyu ?

Soal kita hendak percaya atau tidak terhadap dakwaan mimpi yang seperti itu, terpulanglah kepada diri kita masing-masing. Jika mahu mempercainya, terpulanglah kepada kita; dan jika sebaliknya, tidaklah menjadi kesalahan, apatahlah lagi dosa. Cuma, mimpi yang bercanggah dengan syari’at Islam yang telah sedia ada; atau bersifat menambah atau mengurangkan ajaran Islam sebagai yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, wajiblah ditolak awal-awal lagi sebagaimana yang telah disebutkan. Jelas bagi Tok Guru Nik Aziz, dia mahu mempercayainya. Itu adalah kerana kepercayaannya kepada si tuan punya mimpi itu.

Dalam perjuangan Islam, keputusan untuk melakukan sesuatu tindakan atau tidak, bukanlah hanya berdasarkan kepada fakta semata-mata, tetapi apa yang lebih penting; adakah ia disokong atau dibenarkan oleh nas-nas syari’at.

KE BAHAGIAN (2/2) KLIK SINI

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Bermimpikan Wahyu ?

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment