Umum

Pilihan: Cegah Mungkar atau Menunggu Azab

Matan Hadis:-

والَّذي نفسي بيدِه لتأمُرُنَّ بالمعروفِ ولتنهَوُنَّ عن المنكرِ أو ليوشِكَنَّ اللهُ يبعثُ عليكم عذابًا منه ثمَّ تدعونه فلا يستجيبُ لكم

Huraian:-

والَّذي نفسي بيدِه لتأمُرُنَّ بالمعروفِ ولتنهَوُنَّ عن المنكرِ

Setiap apa yang di suruh Allah itu adalah kebajikan. Setiap apa yang dilarang Allah itu adalah maksiat.

Tiada lebih besar manfaatnya, keuntungan, kebaikan atau kesejahteraan dari menyuruh orang mengerjakan yang disuruh Allah dan melarang orang dari yang ditegah Allah.

Menyuruh mengerjakan apa yang difardukan Allah daripada ibadat tubuh badan dan harta (solat; puasa; haji; menuntut segala yang fardhu Ain dan segala fardhu kifayah; dan melazimkan sidang ulama Ahlus sunnah Waljamaah dan bersatu hati; bersepakat bersetuju hati dan bersatu i’tiqad – mazhab; bertegur-tegur sapa; berkasih-kasihan; bersama-sama mengembangkan salam; besar-kecil, tua-muda, lelaki-perempuan; yang muda hormatkan yang tua; yang tua kasihankan yang muda; berziarah-ziarah terhadap ibu bapa dan kaum kerabat; berhubung kasih dan berambil tahu; memberi jamuan; memberi hadiah; memberi nasihat dan lain-lain.

Melarang orang-orang melakukan maksiat; marahkan orang-orang yang tiada menuntut ilmu fardhu Ain; marahkan orang-orang yang tiada datang ke masjid; yang tiada mahu semuafakat dalam perkara kebajikan; marahkan suka gaduh; suka buat fitnah; suka kepada perkataan lucah dan karut; sukakan orang-orang yang jahat; bencikan orang-orang yang mengerjakan taat; marahkan orang-orang yang bakhil, tamak; orang-orang yang sukakan dunia sahaja dan tinggalkan akhirat; dan sebagainya, dari kejahatan yang dipandang dengan mata; dan dikerjakan dengan tangan; dan yang dipergikan oleh kaki; dituturkan lidah, semuanya dilarang…

أو ليوشِكَنَّ اللهُ يبعثُ عليكم عذابًا منه ثمَّ تدعونه فلا يستجيبُ لكم

Maka jikalau tiada kamu perbuat seperti yang disuruh nescaya turun atau hampir turun, pertama; siksa atau dera dan tidak termaqbulnya doa…

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment