Sirah Nabi

Muhammad (s.a.w): Kelahiran Hingga Perkahwinan 1

Kelahiran Hingga Perkahwinan 1

Kelahiran Hingga Perkahwinan 1

Tahun Kelahiran

Pada tahun Gajah, menurut Ibnu Abbas dan 15 tahun sebelum peristiwa Gajah, menurut pendapat-pendapat yang lain.

 

Bulan Kelahiran

Pendapat sebahagian besar para ulamak adalah pada bulan Rabi’ul Awwal. Namun ada juga yang menyebut pada bulan-bulan yang lain, seperti; Muharram, Safar, Rejab dan Ramadhan.

 

Tarikh Kelahiran

Menurut pendapat Ibnu Ishaq dan lain-lain adalah pada malam ke 12 Rabi’ul Awwal. Tarikh-tarikh seperti 2, 8 dan 9 Rabi’ul Awwal ada juga disebut oleh pendapat-pendapat yang lain.

 

Hari Kelahiran

Kita sudah paham bahwa Hari kelahiran Nabi –shallallahu ‘alaihi wa sallam– adalah hari Senin. Dari Abu Qotadah Al Anshori radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallampernah ditanya mengenai puasa pada hari Senin, lantas beliau menjawab,

ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَىَّ فِيهِ

Hari tersebut adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutus atau diturunkannya wahyu untukku.” (HR. Muslim no. 1162)

 

Tempat Kelahiran

Sukar memberi penetapan. Tanda-tanda sejarah dengan begitu cepat telah di`sapu-rata’kan oleh tentera Ibnu Sa’ud ketika mengambilnya dari tangan Syarif Hussin. Sepatutnya, Ibnu Sa’ud boleh memberikan arahan yang istimewa dan menjadikan pasukan hadapannya disertai oleh rombongan ahli sejarah. Tempat-tempat bersejarah itu, seperti tempat lahir Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa salllam adalah penting dari sudut nilai sejarahnya; bukan untuk disembah. Namun, tentera Ibnu Sa’ud telah melenyapkan semua tanda-tanda sejarah Nabi (s.a.w).

 

Penyusuan Nabi Muhammad (s.a.w) di perkampungan Bani Sa’ad

Amalan ini, menjadi kebiasaan orang quraisy sejak zaman jahiliyyah. Udara Makkah terkurung, tidak elok untuk pemeliharaan bayi. Perkampungan Bani Sa’ad, terletak di antara Makkah dan Taif. Tidak panas dan tidak dingin. Suatu keistimewaan yang tiada di kampong-kampung lain. Anak-anak orang Makkah itu, disusukan oleh keluarga Bani Saad yang tidak ramai anak. Mereka dipelihara dan disusukan sehingga berumur 4 – 8 tahun oleh wanita-wanita pergunungan Bani Sa’ad. Kebiasaannya, anak-anak orang Makkah itu diberi susu mereka sendiri, ketika bayi berumur setahun. Kemudian, mereka diberikan susu kambing ternakan mereka, setelah umur kanak-kanak itu menjangkau lebih setahun. Amalan ini, mulanya dilakukan di atas sifat sosial. Lama kelamaan, menjadi sebagai suatu mata pencarian bagi penduduk kampong Bani Sa’ad.

 

Ada pun Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam disusukan ibunya sendiri, Aminah selepas dilahirkan. Dibantu disusukan oleh Suwaibah Al-Aslamyah, bekas hamba Abu Lahab yang dimerdekakan kerana membawa berita kelahiran Nabi sallallahu alaihi wa sallam kepadanya. Suwaibah al-Aslamiyah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib. Penyusuan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam oleh ibunya dan dibantu oleh Suwaibah ini, berlaku dalam 2 bulan.

 

Setelah dua bulan, sebagai mana yang tersebut di atas, rombongan ibu susuan dari perkampungan Bani Sa’ad pun tiba di Makkah. Namun, tiada seorang pun singgah di rumah Nabi sallallahu alaihi wa sallam kerana baginda sallallahu alaihi wa sallam  adalah anak yatim. Berapa sangatlah upah yang dapat diberikan. Datuknya, Abdul Mutalib, bukanlah seorang yang mampu, walaupun dia seorang pemimpin yang terkenal.

 

Semua wanita mendapat anak untuk disusukan, kecuali yang bernama Halimatus Sa’diyah. Dia dan suaminya, merasa malu untuk balik ke kampong mereka dengan tanpa membawa seorang anak pun. Dalam masa yang sama, dia dan suaminya merasa kasihan dengan cucu Abdul Mutalib, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam balik ke kampung untuk disusukan.

 

…ke artikel: “Kelahiran Hingga Perkahwinan 2”, [KLIK SINI]

Kelahiran Hingga Perkahwinan 1

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment