Sirah Nabi

Muhammad (s.a.w): Kelahiran Hingga Perkahwinan 2

Kelahiran Hingga Perkahwinan 2

Kelahiran Hingga Perkahwinan 2

…ke artikel: “Kelahiran Hingga Perkahwinan 1”, [KLIK SINI]

 

Pembedahan Dada Nabi Muhammad (s.a.w)

Berlaku, ketika Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam berusia, kira-kira dua hingga ke empat tahun.

Peristiwa ini, diceritakan sendiri oleh Halimatus Sa’diyah, sebagai berikut:-

Bahawa Nabi sallallahu alaihi wa sallam sedang bermain dengan anak lelakinya di kandang kambing, belakang rumah. Tiba-tiba anak Halimah berlari kepada Halimah dan suaminya Abu Zuaib, menceritakan bahawa Nabi sallallahu alaihi wa sallam telah ditangkap dua lelaki berbaju putih. Dibaringkan dan dibedah perutnya. Mereka menggerak-gerakkan badan Nabi sallallahu alaihi wa sallam.

Mendengar itu, Halimah dan suaminya bergegas ke tempat yang disebutkan. Nabi sallallahu alaihi wa sallam didapati berwajah pucat. Halimah memeluknya dan bertanya tentang apa yang telah berlaku. Kata Nabi sallallahu alaihi wa sallam mereka mencari sesuatu dalam perut Nabi sallallahu alaihi wa sallam.

Peristiwa ini, menurut Halimah, menyebabkan Abu Zuaib berfikir memulangkan Nabi (s.a.w) kepada keluarganya. Kepada Aminah, Halimah menyatakan fikirannya bahawa apa yang berlaku itu adalah ganguan jin. (Ini ada dinyatakan di dalam Sirah Ibnu Hisyam). Namun, menurut Aminah, perkara itu tidak akan berlaku kerana ada perkara besar disebaliknya. Dia yakin ada keadaan penting akan berlaku kepada anaknya di masa hadapan. Dia menceritakan kepada Halimah bahawa semasa Nabi sallallahu alaihi wa sallam dalam kandungan, dia ada melihat satu cahaya keluar dari tubuhnya menyuluh istana-istana di Busra yang termasuk di daerah Syam (Suria). Selama mengandungkannya, dia tiada merasakan keberatan atau kepayahan. Ketika lahir, Nabi sallallahu alaihi wa sallam meletakkan tangannya ditanah dan mengangkat kepalanya.

Keterangan itu, memberanikan Halimah untuk membawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam pulang kembali ke tempat tinggalnya, tetapi tidak dinyatakan berapa lama. Menurut keterangan lain, sehingga genap umur Nabi 4 tahun. El-Suhaili, ada menyebutkan, sehingga 5 tahun 1 bulan. Dalam sirah Ibnu Hisyam, tiada dinyatakan.

Menghantar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam pulang

Nabi sallallahu alaihi wa sallam hilang, di dalam perjalanan pulang ke Makkah. Ini berlaku, ketika mereka sudah dekat dan ketika mereka hendak memasuki kota Makkah dan berlaku pada malam hari. Telah puas dicari, tapi tak jumpa. Maka, terpaksalah diberitahu kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib ke Ka’bah dan berdoa. Ramai yang menolong untuk mencari. Akhirnya, ditemui oleh Waraqah dan seorang lagi. Mereka menghantarnya kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib mendukung cucunya ke Ka’abah dan berdoa mohon perlindungan untuk cucunya itu. Nabi diserahkan kepada ibunya. Menurut setengah pendapat, umurnya 5 tahun. Halimah pulang ke pergunungan. Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam dipelihara ibunya dengan pengawasan datuknya selepas itu.

Berziarah Ke Yasrib Dengan Ibunya Aminah

Setelah hampir genap setahun, Nabi bersama ibunya telah berziarah ke Yasrib untuk mengunjungi maqam suaminya. Jarak di antara Makkah ke Yasrib adalah 450 kilo meter. Ummu Aiman, banyak membantu dalam perjalanan. Di sana, tiada keterangan, apakah; mereka bermusafir bertiga sahaja, atau; menumpang kafilah lain. Begitu juga tiada keterangan tentang; apa yang terjadi dalam perjalanan. Namun di sana, para penulis sirah membuat jangkaan bahawa tentulah Aminah banyak menceritakan tentang Abddullah kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam di sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan yang panjang itu, Aminah tentunya dapat merasai penderitaan suaminya menempuh perjalanan lebih jauh untuk kepentingan mereka sekeluarga.

Mereka tinggal sebulan di Yasrib bersama keluarga mereka di Madinah, Bani An-Najar. Sebabnya, tidak pasti. Adakah kerana untuk memuaskan penziarahan, atau kerana ditahan oleh kaum kerabat Abdul Mutalib yang ada di sana, atau; menanti kafilah yang pulang, sebagai teman perjalanan. Ada yang berpendapat kerana ketiga-tiga sebab di atas.

Tiada apa-apa peristiwa penting yang terjadi selama tinggal di Yasrib.

Kelahiran Hingga Perkahwinan 2

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment