Feqah Taharah

Tayamum (2)

Pembahagian Tayamum

Tayamum terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama; Tayamum yang difardhukan, ke dua; Tayamum yan disunatkan.

Difardhukan tayamum bagi setiap apa yang difardhukan wudhu’ dan mandi baginya seperti dari bersolat, memegang mashaf dan yang seumpama itu.

Sunat, bagi apa yang disunatkan baginya wudhu’ sebagaimana apa bila nak bersolat nafil dan tiada didapati air untuk berwudhu maka sah baginya bertayamum dan bersolat. Maka apa bila solat itu sunat, maka tayamum baginya sunat; maknanya, pahala ke atasnya adalah pahala sunat. Sesungguhnya, solat, tidak sah tanpa tayamum. Maka berwudhu’ atau bertayamum itu syarat bagi sah solat, walaupun zat hukumnya sunat.

Syarat-Syarat Tayamum

Tanpa pembahagian kepada syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah. Ianya ada lapan;

1. Ketiadaan air.
2. Lemah dari menggunakan air.
3. Tahu bahawa telah masuknya waktu. Maka tidak sah tayamum sebelum masuk waktu solat.
4. Dan mendahulukan penyingkiran najis dari badan apabila ia selain dari yang dimaafkan darinya. Maka jika bertayamum sebelum penyingkiran najis maka tidaklah sah tayamumnya.
5. Islam; melainkan apabila ia ahli kitab yang terputus haidhnya atau nifasnya. Maka sesungguhnya sah tayamumnya untuk menghalalkan bagi suaminya kerana dharurah.
6. Tiada haidh atau nifas.
7. Tiada penghalang di antara tanah dan sapuan.
8. Mencari air ketika ketiadaannya di atas apa yang telah didatangkan.

Sebab-sebab Yang Menjadikan Tayamum Disyariatkan

Merujuk sebab-sebab ini kepada dua perkara.
1. Ketiadaan air; dengan bahawa tidak didapatinya sumber. Atau ada air tapi tak cukup untuk bersuci. Jika terdapat air, tapi tak cukup untuk bersuci, wajib ke atasnya menggunakan apa yang mudah baginya darinya pada sebahagian anggota-anggota bersuci, kemudian dia bertayamum dari baqi.
2. Lemah dari menggunakan air, atau air yang ada itu hanya cukup untuk keperluan yang lain. Bahawasanya terdapat air yang cukup untuk bersuci. Tetapi berkemampuan ke atas memakainya. Atau adalah dia mampu ke atas memakainya, tetapi dia memerlukannya untuk minum dan seumpamanya atas pendetelan yang datang.

Itu semua di atas sebab-sebab bagi kelemahan menggunakan air.

Dan ada pun dari ketiadaan air; maka sesungguhnya bertayamum bagi tiap-tiap apa yang terputus atas taharah dengan air dari solat maktubah, solat jenazah, solat Jumaat, solat Raya, solat tawaf, solat nafilah, dan lain-lain.
Dan tiada beza pada ketiadaan air, di antara sihat atau sakit, musafir atau di rumah dan lain-lain.

Apabila adalah maksiat pada perjalanan: Maka jika tiada air dan tiada didapati sumbernya, maka bertayamumlah dan bersolatlah. Kemudian mengulang solatnya (bila ada air). Ada pun jika lemah daripada menggunakannya kerana sakit atau selainnya, maka tidak sah baginya tayamum; melainkan apabila dia bertaubat dari maksiatnya. Maka apabila dia bertayamum selepas itu dan bersolat, tiadalah dia mengulang solatnya.

Ada pun apabila terdapat air, tetapi lemah menggunakannya dengan sebab dari sebab-sebab syar’iey, maka sesungguhnya dia seperti ketiadaan air, maka dia bertayamum bagi apa yang dia terhalang atas bertaharah.

Dan dari sebab-sebab lemah, bahawasanya mengalahkan ke atas keyakinannya pengalaman, sakit untuk menggunakannya atau menambah kesakitan atau melambatkan penyembuhan; berdasarkan pada yang demikian itu kepada pengalaman atau maklumat daripada tabib muslim yang pakar; maka mencukupi baginya tabib yang pakar (maka boleh baginya bertayamum); tetapi jika tabibnya kafir’ maka ada syarat bahawasanya mengambil tempat kebenarannya ke dalam diri si yang bertayamum itu.

Ada pun pengalaman tanpa asas yang terang; dan baginya bahawa dia berpegang pada sakit atas dirinya, apabila dia mengetahui tentang ubatnya; maka jika tidak ada ubat dan dia tiada pengetahuan tentang ubat harus baginya tayamum dan dia mengulangi solat selepas sembuh.

…………………………………..

Bersambung ke: ” Tayamum (3) “

_________________________________________

Bank Islam Malaysia Berhad – 12168020073576

Maybank – 164799034703

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment