Politik

Tiada Kawasan Atau Cawangan PAS Yang Akan Terbubar . . .

Tiada Kawasan Atau Cawangan PAS Yang Akan Terbubar . .
Iklan

Insya Allah; dengan hampir 1,000 cawangan PAS dan hampir 100,000 ahli PAS di Selangor, maka yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti.

Apa yang akan berlaku adalah jawatan-jawatan yang telah dikosongkan, akan diisi semula dengan ahli-ahli PAS yang benar-benar istiqamah berpegang dengan prinsip-prinsip dan dasar-dasar perjuangan PAS yang haqiqi.

Selama ini pun, di dalam PAS, ada ramai ahli dan para petugas parti yang ikhlas. Hanya selama ini, mereka diam kerana tidak suka menonjolkan diri dan tidak ‘hubbur-riyasah’. Ya, oleh kerana sudah ada yang berdiri di depan, biarlah mereka bekerja di belakang sahaja. Namun, mereka tetap ada dan bersedia untuk mengambil alih, jika keadaan memerlukan.

Mereka yang selama ini memimpin dan kerap berdiri di atas pentas ceramah, janganlah lupa bahawa bukan mereka yang menyediakan pentas ceramah, tempat mereka berdiri itu. Bukan mereka yang menggantung kain rentang untuk memanggil orang ramai ke tempat mereka berceramah. Apa yang mereka lebih patut sedar juga adalah bahawa ada dikalangan mereka yang bekerja menyiapkan pentas tempat mereka berdiri atau apa sahaja persiapan untuk berceramah atau berucap itu, ‘seseorang’ yang juga mampu berucap dan memimpin parti; malah mungkin akan lebih baik dari mereka kerana tidak direnjati oleh sifat ego dan sombong. Cuma, ‘mereka’ memiliki keperibadian yang ikhlas, tawadhu’ dan tidak cintakan kedudukan.

Insya Allah, mereka yang telah ‘gugur’ dari jalan perjuangan ini akan digantikan. Pentadbiran parti di kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan, akan berjalan dengan lebih lancar; kerana darah-darah kotor yang selama ini menyekat perjalanan roh perjuangan parti yang sebenar telah bersih disedut melalui proses bekam (pembersihan) yang sedang dilalui oleh parti.

Selepas menjalani proses ‘bekam’ ini, insya Allah, parti akan bergerak dengan lebih segar menuju kemenangan. Allahu akbar!

Tiada Kawasan Atau Cawangan PAS Yang Akan Terbubar . . .

Ditengah, ustaz Mohd Yusof Abdullah, permata sebenar Kota Raja yang selama ini…

Dalam hal ini, Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS Pusat, pada 19 Ogos 2015, ada menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang akan terbubar walaupun ada pimpinannya dan sebahagian ahlinya keluar.

Katanya lagi bahawa: “Parti mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian. Namun, PAS mempunyai peruntukan dalam perlembagaan parti bagi meneruskan aktiviti parti. Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan. Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang.

Beliau juga mengucapkan terima kasih bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, di atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini. Parti menghormati hak samada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti. Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap sebagai satu penyelesaian.

Disebalik ucapan terima kasih sebagai yang tersebut di atas, Tuan Ibrahim Tuan Man berbesar hati pula mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti.

Dia menyeru ahli-ahli PAS, bersama-samanya dan para pemimpin PAS yang lain untuk meneruskan perjuangan dan aktiviti parti, meningkatkan mujahadah, mengikhlaskan niat dalam perjuangan dan bersabar dalam menempuh segala mehnah dalam perjuangan ini. Dia juga mengajak semua ahli-ahli PAS yakin bahawa selagi mana semua berada di atas landasan benar, maka Allah akan membantu.

YB Dato’ Iskandar Abdul Samad, selaku Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS┬áNegeri Selangor, pada tarikh yang sama, memaklumkan bahawa Badan Perhubungan Negeri Selangor sedia mengambil alih mana-mana Kawasan atau Cawangan demi kelancaran pentabiran Parti.

Pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah berbincang dengan YB Dato’ Setiausaha Agung PAS dan bersetuju bahawa sebarang pengambilalihan adalah selari dengan Perlembagaan PAS seperti butiran berikut;

FASAL 26 (9) j – Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri / Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa Tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Katanya lagi: “Pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah turut melakukan perbincangan-perbincangan di peringkat akar umbi dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengenalpasti pemimpin dan penggerak tempatan untuk mentadbir dan menggerakkan mana-mana Kawasan atau Cawangan yang terlibat.

Iklan

About the author

Hishamuddin Abdul Aziz

Leave a Comment